[x]

Maya Karin Kembali Single

Sebelum ini Maya Karin pernah mengakui dirinya dilamun cinta bersama seorang lelaki dari luar negara. Nasib baiknya, Maya Karin memang sangat pandai menyembunyikan kekasihnya hinggakan wajah lelaki tersebut belum pernah terpampang dimedia.

Namun menerusi artikel Kosmo, Maya Karin akhirnya mengakui dia telahpun berpisah dengan kekasihnya itu.

Jelas Maya, sebab utama yang menjadikan hubungan itu goyah apabila masing-masing mulai sibuk dengan karier dan jarang berkesempatan meluangkan waktu bersama.

"Hidup dan kerjaya saya ikut arus. Saya bukan seorang wanita yang melawan gerak angin tapi sekali-sekala jika perlu saya akan memberontak.

"Sekarang saya sudah kembali solo dan ada banyak sebab yang memutuskan hubungan kami berdua. Salah satunya kerana kami terlalu sibuk hingga tiada ruang untuk diluangkan bersama-sama.

"Selain itu, faktor jarak menjadi penghalang percintaan kami untuk kembang dengan sempurna. Susah juga untuk terbang ke sana setiap masa, bagi saya hubungan tidak patut terlalu susah dan tidak harus terlalu berjuang untuk mempertahankannya,"

"Buat masa sekarang Tuhan tidak berikan saya jodoh yang kuat, jadi mungkin selepas ini saya perlu membuka hati kepada individu lain pula. Ya, kami berpisah dengan cara baik atas dasar keadaan yang tidak mengizinkan.

"Saya sendiri pun ada komitmen lain di Malaysia, ada kontrak dan janji yang perlu saya tunaikan, jadi saya perlu profesional," tambahnya.

Selain Maya yang pernah beberapa kali terbang ke luar negara untuk bertemu jejaka berkenaan, pernah sekali jejaka itu bertamu di bumi Malaysia untuk berjumpa dengan Maya sendiri.

Maya berpegang kepada prinsip profesionalisme, memandangkan dia juga terikat dengan kontrak dan beberapa projek di Malaysia, tidak harus membiarkan dirinya hanyut kerana cinta.

Enggan membiarkan dirinya terpukul dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan peribadinya, Maya kini sibuk menguruskan kerjayanya yang semakin berkembang.
sumber:kezoom

0 comments:

Post a Comment