[x]

Showing posts with label Info Selebriti. Show all posts
Showing posts with label Info Selebriti. Show all posts

Aidil Zafuan sanggup terbang ke Bali kerana isteri mengidam martabak manis

Ini nama dia cinta sejati. Walaupun dah dekat sebulan, tapi Aidil Zafuan tetap gigih melayan kehendak isterinya, Zarema Zainal yang mengidam martabak manis.

Mungkin disebabkan makanan tersebut sukar dicari di Malaysia, maka pasangan ini dilihat telah terbang ke Bali semata-mata untuk mendapatkan apa yang diidam. Tak untung ke dapat suami macam ni?

Alang-alang dah sampai sana, takkan pergi balik hari semata-mata untuk makan, betul tak? Nampaknya, Aidil turut mencuri peluang untuk terus bercuti di sana bersama adik kembarnya dan Ayu Raudhah.

Baguslah, selagi masih boleh berjalan naik kapal terbang, lebih baik melancong sepuasnya. Mana tahu nanti bila anak dah lahir, tak cukup masa pula nak bercuti panjang.

Tapi kami tertarik melihat sekeping gambar yang tersebar di Internet menunjukkan Aidil-Zarema dan Zaquan-Ayu double date menunggang motor bersiar-siar di Bali. Bukan setakat Aidil dan Zaquan sahaja kembar, tapi makin lama muka Zarema dan Ayu pun makin nampak seiras.

Apapun, kami mendoakan agar Zarema selamat melahirkan anak sulungnya kelak. Korang rasa anak ketiga Aidil ni lelaki ke perempuan? Mungkin dapat kembar pula kali ni.
Sumber :Ohbulan







Micheal Schumacher Bakal Lumpuh, Hilang Ingatan & Tak Mampu Bercakap

Seorang bekas pemandu Formula Satu (F1) mendakwa legenda sukan itu, Michael Schumacher kini 'lumpuh' dan terpaksa menggunakan kerusi roda, 'tidak berupaya bercakap dan mengalami masalah ingatan'.

Philippe Streiff, bekas pemandu F1 juga menggunakan kerusi roda sejak nahas di Brazil pada 1989 ketika ujian pra musim berkata, Schumacher tidak berupaya untuk bercakap dan mengalami masalah ingatan.

Streiff, yang juga kawan baik Schumacher berkata: "Dia semakin baik tetapi semuanya agak relatif. Ia amat sukar. Dia tidak boleh bercakap.

"Sama seperti saya, dia guna kerusi roda, lumpuh. Dia mengalami masalah ingatan dan tidak boleh bercakap."

Streiff, 59, melawat Schumacher ketika pemandu Jerman itu dirawat di Hospital Grenoble, Perancis selepas dia terbabit dalam nahas ski pada Disember sehingga mengalami kecederaan di bahagian otak.

Schumacher, 45, dipindahkan ke Hospital Lausanne di Switzerland pada Jun lalu dan kini dirawat di rumahnya di Lake Geneva.

Sehubungan itu, jurucakap Schumacher, Sabine Kehm berkata, komen Streiff adalah "pandangan peribadinya" dan beliau tidak mahu mengulas lanjut.

"Streiff tidak pernah berhubung dengan kami," katanya.

Sementara itu, doktor yang merawat Schumacher pada Oktober lalu berkata, bekas juara F1 itu menunjukkan perkembangan positif tetapi memerlukan masa beberapa tahun untuk sembuh.

Doktor Perancis, Jean-Francois Payen juga memuji isteri Schumacher atas kasih sayang yang ditunjukkan sejak suaminya terbabit dalam nahas berkenaan.

Dr Payen merawat Schumacher di Hospital Grenoble selepas dia dibawa dari lokasi nahas.

"Saya dapati ada sedikit perkembangan tapi kita perlu memberinya masa. Sama seperti pesakit lain, kita perlu beri masa setahun hingga tiga tahun, jadi anda perlu bersabar," katanya.

Dr Payen berkata, beliau masih merawat bekas pemandu berusia 45 tahun itu di hospital Lausanne dan di kediaman Schumacher. - Agensi
sumber:kezoom

Sebab sebenar Putera William dan Kate Middleton bercerai?

Kisah percintaan pasangan diraja ini sentiasa mendapat perhatianmedia dan umum lagi-lagi selepas kelahiran putera sulung mereka,George Alexander Loius yang lahir pada Julai tahun lalu.

Siapa lagi kalau bukan, Putera William dan Kate Middleton yang dilihat sentiasa mesra dan romantis bersama!
Namun, baru-baru ini tersebar perkhabaran perihal rumah tangga pasangan diraja ini dilanda masalah hingga dikatakan mungkin berakhir tidak lama lagi.

Sudah tentu berita ini mengejutkan, lagi-lagi Kate Middleton sedang sarat mengandung anak kedua.
Sumber terdekat Istana Buckingham pergolakan rumahtangga pasangan ini berpunca daripada masalah kesihatan Kate yang mengalami alahan jenis hyperemesis gravidarum, membuatkannya mengalami muntah dan mual yang ekstrem.

Kesannya, pasangan ini dikatakan sering berbalah disebabkan perkara remeh-temeh.

Masalah dihangatkan lagi apabila baru-baru ini Kate didakwa membuat keputusan mahu menyambut hari Natal di kampung halamannya, Buckleburry namun William pula memaksa agar mereka menyambutnya bersama keluarga diraja sahaja.

Perkara ini menambah lagi ketegangan dalam rumahtangga hingga ada pihak menjangkakan perkahwinan mereka bakal berakhir selepas kedua-duanya dilihat tidak mahu mengalah dan tak lagi gembira bersama.
Bagaimanapun pihak istana masih belum memberi kenyataan rasmi perihal pasangan diraja ini.
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

Kolekasi gambar isteri Dato Terlajak Laris paling jelita

Pengasas produk kesihatan dan kecantikan D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 27, mempunyai seorang isteri jelitawan bernama Datin Nur Shahida Mohd Rashid.

Sejak berkahwin, mereka telah dikaruniakan dua cahayamata iaitu Qadejah Eh Zahra, 4, dan Ibraheem Adham, 2. Mereka kini menetap di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Berikut ialah 16 keping foto wajah terkini isteri Datuk Terlajak Laris yang amat cantik.
Sumber foto : Instagram Datin Nur Shahida












Zaquan Adha Cemburu Gandingan Ayu Raudhah & Iqram Dinzly?


Satu lagi kes cemburu dengan lakonan pasangan dalam filem. Jika sebelum ini kita semua dengar akan kisah Diana Danielle yang cemburukan Nora Danish bersama Farid Kamil, kini giliran si suami pula cemburukan isterinya.

Namun bukanlah Farid Kamil, tetapi Zaquan Adha yang merupakan suami kepada Ayu Raudhah yang terlibat dengan filem yang bakal ke pawagam Lagenda Budak Setan 3: Kasyah. Dalam filem tersebut, Ayu Raudhah berlakon bersama Farid Kamil, Maya Karin, Iqram Dinzly dan ramai lagi.

Menerusi akaun Twitter beliau hari ini, Zaquan Adha meluahkan rasa tidak puas hati melihat isteri beliau ‘diperlakukan sebegitu’ dalam filem tersebut dan terus mengeluarkan arahan yang isterinya itu tidak akan terlibat lagi dengan mana mana penggambaran.



Kenyataan Zaquan Adha itu menarik perhatian Iqram Dinzly dan gandingan Ayu Raudhah dalam filem itu membalas kenyataan tidak puas hati itu dengan mengatakan berlakon di layar perak tidak sesekali sama dengan bermain bola sepak — merujuk kepada kerjaya Zaquan Adha.




Zarema Zainal, Isteri Aidil Zafuan Semakin Berseri Sejak Hamil

Isteri selebriti sukan tempatan Aidil Zafuan Abdul Razzak, iaitu Zarema Zainal semakin berseri sejak bertudung dan hamil. Keduanya kelihatan gembira ketika bercuti di Universal Studios, Singapura baru-baru ini. Turut serta dalam percutian tersebut ialah adik Aidil dan iaitu Zaquan Adha dan isteri, pelakon Ayu Raudhah Che Wan.


Teruja sebentar kami melihat ‘baby bump’ Zarema semakin jelas. Khabarnya peminat Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan Johor Darul Takzim bersama-sama Zarema tidak sabar-sabar menanti kelahiran anak mereka yang pertama dan teruja mahu melihat bayi mereka.

Semoga segalanya dipermudahkan buat Zarema dan Aidil dalam menyambut kelahiran anak pertama mereka itu.


Kredit Gambar : Itsmepicture