[x]

Showing posts with label Info Setempat. Show all posts
Showing posts with label Info Setempat. Show all posts

Honda Civic Terbang Merentasi Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak Dan Jalan Silang


Sebuah kemalangan ngeri yang membabitkan Honda Civic yang terbang kira-kira 200 meter merentasi tiga jalan iaitu Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, dan Jalan Silang.

Kereta ini telah terbalik dan tersadai di Jalan Silang. Dua mangsa didakwa mengalami kecederaan parah di mana pemandunya adalah seorang wanita.

Kren DBKL terpaksa digunakan bagi mengangkat Honda Civic tersebut. Punca kemalangan dipercayai daripada memandu dengan had laju yang tinggi.


Luahan hati wanita gambar "selfie" bersama suami dihina dan diejek

Berikutan tersebarnya gambar mesra seorang wanita cantik dengan lelaki yang merupakan suaminya di media sosial semalam, wanita itu tampil meluahkan perasaannya apabila ramai yang memberikan komen negatif dan mengejek serta menghina gambar mereka berdua.


Baca luahan hati di bawah:

Ya Allah. Tak habis lagi! Habis mengucap dah aku ni! Salah apa aku sampai mcm ni teruk nya. Dah kawin salah. Tak kawin lagi lah salah! Kau siapa nak menghina dia? Lantak lah dia muka mcm mana pun. Bila aku terima dia, aku terima segala kekurangan dia. Aku tak kesah sikit pun korg nak anggap aku apa. Tp jgn him. Aku tak suka. Aku kat sini rasa sakit sgt!
Cuba fikir dgn cara yang waras, Untung apa korg bash org? Dapat duit ke? Aku rasa tak. Dpt dosa ada lah. Nak suruh aku sabar, Yes aku sabar. Mmg aku sabar. Tapi bila org hina org aku sayang, and paling penting suami aku sendiri. Takkan aku nak diam wat dunno? Kemom lah.
Siapa yg ada dekat tempat aku pun nak rasa benda yg sama. Maybe dah menangis melalak mcm org gila. Tp aku rasa takde untung pape pun kalau aku menangis bagai nak rak. Takde sbb aku nak menangis bagai. 
Semua orang mampu hina org jee. And satu lagi. Ikut suka hati aku lah nak selfie mcm mana pun. Korang takde 'HAK' nak melekehkan kita org. Camera, IG, semua kite org punya bkn beli guna duit uolls pun so tak perlu nak menghina org seteruk tu!.
Seteruk teruk dia. Dia cukup imam untuk membimbing aku ke arah kebaikan. Cukup lah! Kalau setakat muka handsome duit tarak, iman tarak, buat apa? Kau ingt nak bayar apa apa guna handsome & cantik? Kau ingt di padang mahsyar nanti nak guna muka handsome tu?
Zaman bila tu? Tu zaman bdk bdk boleh lah bro. Bawak mengucap bebayak ya. Aku berterima kasih sgt yg menghina kite org tu, nanti di padang mahsyar jgn cari kite org tauu. Hehehehe askum.

AIRASIA SEDIA AMBIL PEKERJA MAS YANG DIBERHENTIKAN


KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd bersedia untuk mengambil beberapa pekerja Malaysia Airlines (MAS) berikutan rancangan Khazanah Nasional Bhd untuk memberhentikan 6000 kakitangan di bawah pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan itu yang dilancarkan lebih dari seminggu yang lalu.

6,000 pekerja mewakili kira-kira 30 peratus daripada jumlah 20,000 keseluruhan tenaga kerja di MAS.

"AirAsia X dan AirAsia yang semakin berkembang, sudah tentu kita sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengambil pekerja dan kita sedang melakukannya (menyerap kakitangan MAS).

"Kami telah berkembang daripada 200 pekerja kepada 15,000 dan ramai daripada mereka datang dari MAS," kata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan kos rendah tersebut, Tan Sri Tony Fernandes kepada pemberita Bernama selepas melancarkan kempen kerjasama, "Fill Up And Fly Free" dengan Petronas Dagangan Bhd di sini hari ini.

Kira-kira 50 peratus daripada pekerja AirAsia dahulunya dengan bekerja dengan MAS.

Penstrukturan semula MAS dijangka menelan belanja RM6 bilion 

Peraturan Baru Lampu Kereta JPJ Bermula 1 Oktober 2014

Satu peraturan baru lagi yang akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap pemandu jalan raya yang melakukan kesalahan menggunakan lampu aksesori tambahan pada kenderaan bermula 1 Oktober 2014. Ops Strobe Light (LED Flash Light) akan dilaksanakan secara 2 peringkat iaitu Ops Berbentuk Pendidikan (Secara berperingkat sehingga 31 Oktober 2014) dan Ops Berbentuk Hukuman (berkuatkuasa pada 1 November 2014). Mereka yang ditahan ketika masih menggunakan lampu aksesori tambahan pada atau selepas 1 November 2014 akan dikenakan denda tidak melebihi RM 300 dan pihak JPJ akan meminta pemilik kenderaan melucutkan ‘strobe light’ dari kenderaan mereka.






Pemasangan lampu aksesori yang tidak dibenarkan JPJ

Pemasangan lampu HID secara retrofit. 

Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta. 

Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang. 

Tarikh Berkuatkuasa
Mulai 1 Oktober 2014

Kadar Kompaun Saman 

Maksimum RM300 bagi setiap kesalahan

Masih Muda Dan Cantik, Kenapa Bunuh Diri?


Seorang suri rumah telah dilaporkan meninggal dunia selepas bertindak nekad terjun dari kediamannya di Apartmen Cammelia, Kajang sekitar jam 1.45 tengah hari 14 Ogos 2014.

Isterinya nekad mahu terjun selepas bertengkar bersama suami. Ketika kejadian berlaku, si suami berada di dalam bilik untuk mengemas pakaian.

Sebaik mengetahui isterinya telah terjun, si suami bergegas turun tetapi sudah terlambat kerana mangsa telah meninggal dunia kerana kecederaan parah di kepala.

Mangsa yang baru sahaja 28 tahun mengambil jalan singkat ini kerana tertekan dengan masalah rumah tangga sedangkan perjalanan hidupnya masih panjang jika tidak diakhiri dengan jalan singkat.

Menerusi gambar-gambar arwah di Facebook, dia bukanlah seorang tidak mempunyai rupa dan keupayaan untuk meneruskan hidup meski pun tanpa lelaki yang tidak inginkannya lagi.


KILANG KICAP YANG MENJIJIKKAN!!


GEORGETOWN – Pengotor. Itu saja perkataan paling sesuai menggambarkan peribadi pengusaha yang menghasilkan makanan tanpa pedulikan kebersihan seperti yang terbukti ketika pemeriksaan di sebuah kilang membuat kicap di negeri ini, semalam.

Wartawan Sinar Harian yang berpeluang mengikuti kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Timur Laut dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membuat pemeriksaan, terkejut melihat tempat menyimpan soya di situ dipenuhi tahi cicak dan lipas.

Penolong Pegawai Kesihatan Daerah Timur Laut Mohd Khusairi Hassan berkata kecuaian menjaga kebersihan, menyebabkan pihaknya mengarahkan premis berkenaan ditutup selama dua minggu untuk dibersihkan.

“Selepas memeriksa premis kilang berkenaan, kami dapati ruang menyimpan kacang soya, iaitu bahan mentah untuk membuat kicap, amat kotor. Begitu juga dengan ruang memproses kicap.


“Kami akan memantau kerja-kerja pembersihan ini bagi memastikan pemilik kilang patuh kepada arahan. Selain itu, mereka juga perlu mendapatkan khidmat syarikat kawalan serangga untuk membasmi serangga yang banyak di sini.

“Kami hanya akan membenarkan kilang ini dibuka dan beroperasi semula apabila berpuas hati dengan langkah yang diambil,” katanya kepada Sinar Harian.

Pemeriksaan yang dibuat secara bersepadu oleh dua agensi berkenaan juga mendapati lantai kilang itu berlendir seperti sudah lama tidak bercuci, manakala baunya begitu hanyir dan memualkan.


Bukan itu sahaja, malah kilang kicap ini juga dipercayai menggunakan botol yang dikitar semula untuk mengisi kicap baharu.

Mohd Khusairi berkata, tindakan tegas itu adalah bagi memberi peringatan kepada pemilik kilang untuk sentiasa mengutamakan kebersihan.

“Perlu diingat, kilang berkenaan memproses makanan. Kualiti makanan dan kebersihan harus dijaga bagi memastikan kicap yang dihasilkan tidak tercemar.

“Dalam menguruskan sesebuah kilang memproses makanan, kawasan memproses harus sentiasa bersih dan selamat serta tiada serangga atau haiwan di persekitaran,” katanya.



Sumber : Sinar Harian

Penuntut Wanita UiTM Parah Di Tikam 5 Kali

Seorang penuntut wanita UiTM berusia 20 tahun parah ditikam penjenayah dalam kejadian samun di rumah sewanya di Lendu, Alor Gajah pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi, mangsa yang menuntut di tahun akhir ditikam sebanyak lima kali di bahagian dada selepas berlaku pergelutan dengan suspek yang menceroboh masuk rumahnya di tingkat satu sebuah apartmen.

Difahamkan, gadis itu tidur bersendirian dalam sebuah bilik sebelum seorang lelaki tidak dikenali memanjat dari belakang bilik dan masuk ke dalam rumah sebelum disedari mangsa.

Berlaku pergelutan antara mangsa menyebabkan suspek berang sebelum menikamnya bertubi-tibu di dada sebelum melarikan diri bersama sejumlah wang dan kunci kereta.

Mangsa yang parah di dada sempat meminta pertolongan rakan sebilik sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan.

Polis dikatakan sudah mengenalpasti suspek berdasarkan kepada penemuan kunci kereta yang dicuri di sebuah rumah berdekatan dan usaha mengesan lelaki itu sedang giat dilakukan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Raja Sharom Raja Abdulah mengesahkan kejadian.


Kertas Sains UPSR Bocor, Lembaga Peperiksaan Tangguh Ke 30 September


Kertas peperiksaan Sains Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bocor di media sosial akan ditangguhkan kepada 30 September..kertas Sains yang mengikut jadual akan berlangsung esok 11 September akan ditangguhkam..

Berikut maklumat yang telah dikeluarkan oleh Pengarah Peperiksaan LP...dimana silapnya sehingga maklumat sulit seperti itu boleh bocor...apapun tindakan pantas Lembaga Peperiksaan harus dipuji..kini menjadi tandatanya kepada para pelajar yang akan menduduki lertas itu samada kenyataan Akhbar ini benar atau tidak...

Hasil maklumat daripada beberapa orang guru setakat ini..unit2 peperiksaan di peringkat daerah belum mendapat arahan namun tindakan awal turut diambil apabila Penyelia Kawasan dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kertas 018 028 038 drpd Bilik Kebal.

Van Putih, Ibu Mangsa Trauma Teruk

Berikutan seorang penjenayah yang juga penculik van putih berjaya diberkas di Masai,Johor baru-baru ini atas bantuan orang ramai, ibu mangsa yang melihat kejadian anaknya diculik didepan mata menjadi trauma setiap kali van berwarna putih melintasi depan matanya.


Menurut laporan harian metro, setiap kali ternampak van putih melintas di depan rumahnya di Taman Cahaya Masai, jantung Rahayah Bul, 42, berdegup kencang dan badannya menggigil berikutan kejadian anak perempuannya yang berusia sembilan tahun cuba diculik seorang lelaki menaiki kenderaan seperti itu, Sabtu lalu.

Rahayah berkata, sehingga kini dia tidak dapat melupakan detik cemas anak tunggalnya, Nur Ainna Haili dicekik dan diacu pisau pada leher oleh penjenayah yang mahu mencuri Perodua Myvi anak saudaranya.

Menurutnya, sejak heboh dengan kejadian van putih menculik kanak-kanak, dia sentiasa berjaga-jaga dan tidak jemu berpesan kepada pengasuh supaya tidak membenarkan anaknya bermain di luar rumah ketika dia bekerja.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 2 petang itu, dia tidak menyangka lelaki memandu van putih bertulis ‘Majlis Perbandaran Pasir Gudang’ (MPPG), cuba menculik anaknya yang dipanggil Ain, di depan matanya.

“Sejak kejadian itu saya jadi macam orang tak betul. Tak boleh nampak van putih, tak boleh nampak orang tak kenal. Saya jadi trauma dan menggigil.

Sumber : HMetro

Pisang Berbuah Di Batang



Pisang lemak manis yang ditanam Mohd Salleh berbuah di tengah batang.MERLIMAU - Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku kepada seorang peniaga kedai makan apabila pokok pisang lemak manis yang ditanam di belakang rumahnya di Jalan Pinang, Kampung Sempang, dekat sini berbuah di tengah batang.

Mohd Salleh Sulaiman, 49, berkata, kejadian itu disedarinya ketika mahu membersihkan kawasan belakang rumahnya beberapa hari lalu.

Menurutnya, lebih istimewa lagi apabila tandan pisang itu keluar menegak dan hanya sebesar tapak tangan.

"Ini kali pertama saya menemui pokok pisang yang unik dan pelik kerana tumbuh di batang pokok malah saiznya buahnya sangat kecil," katanya.

Tambah Mohd Salleh, sejak berita mengenai kejadian unik itu tersebar, orang ramai termasuk dari luar Melaka datang untuk melihat sendiri serta merakamkan gambar.

“Ada juga orang dari Kuala Lumpur yang datang dan ambil gambar memandangkan kejadian ini jarang-jarang berlaku dan pertama kali berlaku di salah satu pokok pisang yang ditanam di belakang rumah kami,” katanya.

Sumber :Sinar Harian

Cerita Sebenar Wanita Bertudung Bergambar Dengan Seekor Anjing Menjadi Viral Di Facebook


Gara-gara memuat naik sekeping gambar dengan seekor anjing, seorang wanita bertudung dikecam oleh netizen tanpa mengetahui cerita sebenar di sebalik gambar. Justeru, ramai yang memberikan pandangan negatif mengenainya, tidak kurang juga ustaz/ustazah ‘mee segera’ memberikan pandangan yang tidak sahih.

Mengetahui gambarnya menjadi viral di laman Facebook, wanita berkenaan tampil memberikan penjelasan terperinci agar orang ramai tidak terus percaya dengan penyebaran palsu kononnya dia saja-saja bergambar dengan anjing berkenaan. Baca penjelasan beliau di bawah:

“Sebab ramai orang kita ni PEMALAS selidik dan baca komen dulu sy post lagi sekali untuk para pemalas nahh. 

Akak kenapa tak ambik caption saya sekali? Kat caption saya dah terang-terang ada perkataan DONEVISIT. Maksudnya saya pergi melawat anjing ni selepas saya resque dia di tengah jalan raya berdarah-darah yang tak ada siapa peduli langsung dengan haiwan.

Yah, orang kita anggap jijik ni. Mungkin dah mati kalau takde siapa ambil dia. Ini office seorang indian guy yang ambil bela anjing tu.

Isu saya pegang anjing ni tolong bagi dalil kat saya pegang anjing tu berdosa. Kalau saya sertu badan saya, saya dah bersih 100%. Jangan tanya yakin ke bersih sebab was-was tu hasutan syaitan. Was-was tu orang empunya diri yang rasa. Kalau saya was-was lagi biasanya saya basuh lagi sekali sampai hilang was-was.

Korang mengata tanpa usul periksa selagi tak minta maaf boleh bersih tak dosa tu? Kenapa nak pegang kalau dah tau kena sertu bagai? Saya tak minta ada rasa kesian yang melampau kat haiwan. Saya tahu yang saya sentuh anjing tak berdosa. Jadi apa yang saya nak takut? Dalam gambar ni, saya rasa saya bertudung lengkap baju lengan panjang. Satu-satunya orang anggap gambar ini berdosa sebab ada anjing dalam tu.

Kenapa upload? Ramai yang nak tahu perkembangan anjing tu. Ramai yang dah derma untuk kos pembedahan dia. Jadi saya upload untuk kawan-kawan saya. Ada yang saya tak dapat di approve. Jadi follower saya je. Jadi saya publickan. Biar yang mana follow saya dan dah derma untuk anjing ni dapat tahu perkembangan dia sekali.

Banyak cara lagi nak buat baik? Ini pilihan saya. Saya tak rasa baik pun buat benda ni semua. Tapi atas rasa tanggungjawab sesama makhluk bernyawa, buang kayu tajam tengah jalan pun dah kira buat baik. So terpulang pada individu nak berbuat baik cara mana pun selagi tidak melampaui batas. 

Yang cakap pasal jaga kebajikan mak ayah dan orang tu, saya nurse, bontot mak ayah orang lain pun saya cuci. Insha Allah mak ayah saya takkan saya abaikan. Terima kasih atas teguran. Last but not least, kat Malaysia je pegang anjing orang anggap riak. Tq."

Begitulah penjelasan dari wanita empunya gambar. 

Penjenayah Van Putih Berjaya Di Berkas?

Kini beberapa media sosial mula melaporkan kisah penjenayah/penculik van putih yang berjaya diberkas pihak berkuasa di Masai, Johor dengan bantuan orang ramai pada 06/09/2014 yang lalu.



Menurut laporan, lelaki (suspek ) tersebut hanya seorang diri cuba melarikan seorang budak.


Menurut komen seorang pembaca pula, lelaki tersebut (keturunan cina Sarawak) mempunyai banyak tatuu dibadan.


Seorang lagi pengguna turut mengakui terlibat dalam mengejar van tersebut yang telah melanggar kenderaannnya sewaktu cuba melarikan diri.

Benar atau tidak, ramai juga yang berasa hairan kerana suspek hanya berseorangan. Tetapi satu komen pengguna melaporkan yang lain telah berjaya melarikan diri.




Apapun, kita tunggu jawab balas dari pihak berkuasa nanti.


Abaikan maklumat palsu kejadian tsunami di utara semenanjung - Jabatan Meteorologi


ALOR SETAR: Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) meminta orang awam mengabaikan sebarang maklumat palsu yang tersebar di media sosial berkaitan kejadian tsunami yang dilaporkan bakal melanda kawasan pantai sekitar utara semenanjung.

JMM melalui laman rasmi Facebooknya berkata, pihaknya sedang menjalankan latihan komunikasi Exercise Indian Ocean Wave (IOWAVE) 2014 pada hari ini dan esok.

IOWAVE membabitkan kerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

MH17: Keluarga reda hanya jenazah Tambi tiba esok

Allahyarham Tambi bersama isteri Ariza dan semua anak mereka yang terkorban dalam tragedi MH17. -Gambar fail

KUCHING: Biarpun bersedih hanya jenazah Tambi Jiee akan dibawa pulang esok, anggota keluarga pasangan Tambi dan Ariza Ghazalee tetap bersyukur serta reda sambil berdoa semoga tiga lagi jenazah anak pasangan tersebut dapat segera dikenal pasti.

Allahyarham Tambi, 49, bersama isterinya Ariza dan semua anak mereka - Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13, - terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 pada 17 Julai lepas.

Pada 22 Ogos lalu, jenazah dua beranak, Ariza dan Muhammad Afif, disolatkan di Masjid Jamek, Petrajaya sebelum disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Semariang.

Mazalina, kakak kepada Ariza, berkata mereka sudah bersedia untuk menerima jenazah Tambi sambil tidak putus-putus berdoa semoga tiga lagi anak pasangan itu segera dikenal pasti.

"Kita jemput semua umat Islam untuk hadir sama-sama mengerjakan solat jenazah yang akan diadakan sebelum solat Zohor di Masjid Jamek, Petra Jaya sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Semariang untuk dikebumikan," katanya.

Mazalina berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sebelum beliau bersama suaminya, Irwan Zulkarnain Hasbi berlepas ke Kuala Lumpur menggunakan pesawat MH2521 jam 2.35 petang ini sebagai wakil keluarga Ariza.

Menurutnya dua lagi wakil anggota keluarga Tambi akan ke Kuala Lumpur pukul 4 petang ini untuk turut sama-sama menghadiri istiadat penghormatan di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL esok.

Jenazah kemudian akan dibawa ke Kuching dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia dan tiba di Pangkalan Udara Kuching pada 11.15 pagi, katanya.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine selepas ditembak jatuh pihak tidak bertanggungjawab.


Lumba Haram 4 buah Misubishi Evo dan Nissan Skyline Berakhir dengan Tragedi


Kemalangan maut yang berlaku di Johor Bahru pada malam merdeka yang dipercayai lumba haram berakhir dengan tragedi. 

Kemalangan ini melibatkan 4 buah Mitsubishi Evo dan sebuah nissan skyline. Kemalangan yang berlaku pada kelajuan tinggi itu menyebabkan 2 mati di tempat kejadian manakala tiga sempat melarikan diri. 






Bom Peninggalan Perang Dunia Kedua Dimusnah Pada Isnin

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Usaha memusnahkan sebutir bom lama yang ditemui di kawasan hutan di Bukit Cheras Awana, Batu 9, Cheras semalam, akan dilakukan pagi Isnin.

Bom itu dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua dan usaha memusnahkannya akan dilakukan sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB).

Pegawai Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ASP Abdul Hadi Abd Rasip berkata sehubungan itu, polis menasihati orang ramai agar menghentikan sebarang aktiviti rekreasi seperti memanjat bukit di kawasan Bukit Cheras Awana dan sekitarnya, bermula esok hingga Selasa.

"Bertindak atas maklumat awam, sepasukan UPB dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah melaksanakan operasi menjejaki bom itu hari ini dan menemui sebutir bom lama, bagaimanapun setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada ia masih aktif ataupun tidak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Hadi berkata bom lama itu, dianggar seberat hampir 500 paun, dijumpai orang awam dalam kawasan hutan di sini pada kira-kira 7 malam, semalam (Sabtu).

"Setakat hari ini, kita tidak dapat melaksanakan operasi memusnah bom berkenaan berikutan UPB menghadapi masalah membawa masuk peralatan mereka kerana keadaan kawasan itu yang berbukit dan hutan tebal," katanya.

Sumber : mstar Online

JPJ BURU KENDERAAN LAMPU BERAKSESORI


Ipoh – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan penguatkuasaan dengan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu jalan raya yang melakukan kesalahan menggunakan lampu aksesori tambahan pada kenderaan dan menggunakan jenis nombor pendaftaran tidak dibenarkan bermula 1 Oktober ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Ismail Ahmad berkata, inisiatif meningkatkan penguatkuasaan terhadap kesalahan itu dilakukan selepas mendapati ia juga adalah salah satu penyumbang kepada kemalangan jalan raya.

Katanya, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua pengarah negeri bagi menyelaraskan tindakan serta operasi yang akan dilakukan nanti dan berharap pengguna kenderaan tidak melakukan kesalahan itu kerana mereka akan berhadapan dengan saman maksimum sebanyak RM300 bagi setiap kesalahan dilakukan.

“Penguatkusaan terhadap kesalahan itu sudah dilakukan sebelum ini namun bermula 1 November ini JPJ akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap pemandu yang melakukan kesalahan ini.

“Selain kesalahan itu, kita juga sudah mula meningkatkan penguatkuasaan terhadap kenderaan berat yang membawa lebih muatan sejak 1 September lalu dan sehingga kini bagi kesalahan membawa lebih muatan sebanyak 4871 saman sudah dikeluarkan bermula 1 Januari sehingga Khamis lalu,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di sini sebentar tadi. – myMetro Online

PULUHAN RIBU CALON BUNTU, SOALAN SPA GAGAL DIMUAT TURUN


PETALING JAYA – Puluhan ribu calon yang sepatutnya menduduki peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi jawatan pegawai penguatkuasa kastam Gred W41, terpinga-pinga apabila soalan peperiksaan gagal dimuat turun pada pagi Sabtu.

Namun, Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, mereka menyedari masalah tersebut dan menyakinkan calon masih boleh menduduki peperiksaan tersebut pada Sabtu sebaik saja gangguan itu berjaya diselesaikan.

“Kira-kira 18 pelayan (komputer) tergendala dan kami berjaya memperbaiki sembilan daripadanya pada ketika ini.

“Pasukan teknikal kami berusaha untuk memperbaiki masalah itu dan kami meminta calon untuk berada dalam keadaan sedia bagi menduduki peperiksaan itu pada bila-bila masa saja hari ini,” katanya ketika dihubungi The Star Online pada Sabtu.

Beliau berkata calon hanya dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut pada Sabtu.

Ramai calon menyatakan aduan mereka di laman Facebook SPA dengan berkata, soalan peperiksaan tidak kelihatan walaupun mereka menunggu berjam-jam lamanya.

Peperiksaan yang itu dijadualkan bermula pukul 9 pagi itu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengetahuan am, penyelesaian masalah dan penilaian psikometrik.

Peperiksaan itu boleh diduduki secara online dari mana-mana lokasi selagi mempunyai capaian Internet.

Seramai 85,000 calon sepatutnya menduduki peperiksaan itu.- mStar

ELAK CUKAI: KASTAM RAMPAS 16 KERETA MEWAH

Sebahagian daripada 16 kereta mewah yang dirampas Kastam di sebuah rumah di Rawang pada Jumaat.

PETALING JAYA: Sebanyak 16 kenderaan mewah keluaran pelbagai syarikat terkemuka dirampas dalam operasi di Bandar Country Homes, Rawang.

Sepasukan pegawai penyiasat Jabatan Kastam Diraja Malaysia bertindak sedemikian dalam menyiasat kes membabitkan perbuatan cubaan mengelak membayar cukai.

Pemeriksaan ke atas rumah dua tingkat pada pukul 3 petang, Jumaat itu menemui kenderaan keluaran syarikat antarabangsa seperti Mazda, Audi dan Honda, termasuk yang memiliki nombor pendaftaran Singapura.


Dipercayai aras bawah kediaman itu digunakan khusus untuk menyimpan kenderaan yang kebanyakannya diubah suai sebelum didaftarkan semula di negara ini.

Sebanyak 12 kenderaan berkenaan dihantar ke Majlis Perbandaran Selayang untuk sementara, manakala bakinya akan menyusul kemudian.

Soal siasat di kalangan jiran mendapati mereka tidak tahu mengenai adanya sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang berlaku di kediaman itu.

Difahamkan, MPS akan mengambil tindakan terhadap pemilik rumah itu kerana mengubahsuai kediaman berkenaan tanpa mematuhi syarat yang ditetapkan.

NUTP SELAR TINDAKAN GURU VIRALKAN KERTAS JAWAPAN 'KELAKAR' ANAK MURID KE MEDIA SOSIAL

ANTARA jawapan pelajar yang menjadi ‘viral’di laman sosial.

Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengutuk tindakan penyebaran kertas jawapan soalan murid sekolah rendah yang dijadikan bahan jenaka sehingga ia menjadi ‘viral’ yang dipercayai dilakukan segelintir guru sekolah rendah di negara ini.

Presidennya Hashim Adnan berkata, tindakan itu bukan saja melanggar etika profesion perguruan, malah lebih buruk mengikis perasaan hormat terhadap guru berkenaan apabila tindakannya diketahui murid yang menjadi ‘mangsa’ guru terbabit.

“Kebelakangan ini, saya menerima banyak gambar seperti itu yang menjadi ‘viral’ melalui pelbagai aplikasi sosial terutama WhatsApp dan saya percaya gambar itu dirakam dan disebarkan guru yang menyemak soalan murid berkenaan.

“Guru tidak sepatutnya merakamkan gambar soalan dan jawapan menggunakan telefon bimbit dan berkongsi dengan rakan sebagai bahan jenaka kerana ia mungkin boleh mendatangkan kesan buruk kepada murid terbabit.

“Bayangkan jika perkara ini berlarutan, pasti lama-kelamaan murid akan hilang perasaan hormat kepada guru yang mengaibkannya di seluruh dunia,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam. ─ myMetro online