[x]

Shahrizal Jaszle Buat Hal, Tak Hadir Sesi Fotografi Majalah


 EH, apa kes pelakon Shahrizal Jaszle tak hadir sesi fotografi majalah Media Hiburan (MH) ni?

Menerusi laporan di laman web majalah tersebut, pelakon ‘Kristal Maya’ itu sepatutnya digandingkan dengan Amyra Rosli pada tarikh 18 September yang lalu.

Tarikh tersebut juga telah dipersetujui oleh pengurus yang juga adiknya, Syahid.

MH juga telah menghantar mesej ‘reminder’ menerusi Whatsapp pada 15 September dan ia dibalas secara positif oleh Syahid.

Malah dia turut meminta supaya menghantar semula ‘detail’ sesi fotografi tersebut.

Bagaimanapun, apabila tiba hari penggambaran, kedua-duanya tidak muncul-muncul dan Syahid pula tidak dapat dihubungi.

Hai, elok-elok nama dah naik semula, buat hal pulak!

Tak tahulah sama ada ia berpunca daripada masalah pengurusan atau Shahrizal sendiri, tapi perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku.

Jangan sampai media serik untuk bekerjasama dengan anda sudahlah ya!

P/S: Kes khalwat pun tak selesai lagi…
sumber – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment