[x]

"Jangan Gaduh Dengan Wartawan" - Sharnaaz Ahmad


Pelakon Sharnaaz Ahmad menasihati golongan artis agar tidak bermusuhan dengan pihak media sekiranya berlaku sebarang salah faham kerana perkara itu tidak akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, golongan artis juga harus berani mengakui kesilapan yang dilakukan selain bersikap merendah diri dalam apa jua keadaan sekiranya mahu berjaya dalam bidang seni.

"Dulu saya sendiri pernah dihentam pihak media dan saya terima kerana kita salingmemerlukan dan sekiranya berlaku sebarang masalah kita sepatutnya bincang elok-elok supaya dapat mengelakkan masalah lebih besar berlaku.

"Saya juga pernah melakukan kesilapan dan tidak ada salahnya untuk merendahkan ego dan mengaku kesilapan sendiri bagi menjernihkan suasana yang keruh," katanya kepada mStar Online semasa ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharunya berjudul Dollah Superstar di Cathay E@Curve di sini pada Selasa.

Terdahulu penyanyi Shila Amzah melakukan kontroversi apabila menuduh media Melayuhanya lebih mementingkan cerita sensasi berbanding akhbar Cina.

Status itu dimuat naik menerusi laman sosial Instagram miliknya sebelum ini sehingga mengundag perdebatan ramai.

Dalam pada itu Sharnaaz turut menegur bekas kekasihnya itu agar berbuat baik dengan pihak media kerana berkenaan mencipta populariti selama ini dengan bantuan rakan-rakan wartawan.

Katanya, adalah tidak wajar untuk menuduh golongan media hanya mencari ceirta-cerita sensasi tanpa melihat pertolongan yang mereka berikan selama ini.

”Sebelum Shila ke China, media-media Melayu yang banyak membantu kerjayanya. Jadi, dia kenalah berusaha untuk menjernihkan keadaan,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz memberitahu, medium laman sosial seperti Facebook dan Instagram turut menyumbang kepada salah faham lebih besar dalam sesuatu isu melibatkan media dan artis.

Jelas Sharnaaz, pandangan dan fahaman individu yang membaca akan menyebabkan sesuatu keadaan itu bertambah keruh dan sebaik-baiknya kedua-dua pihak berjumpa secara bersemuka sekiranya berlaku sesuatu isu.

"Media sosial ini bahaya kerana ia boleh menyebabkan sesuatu isu itu bertambah keruh dengan pandangan dan perdebatan daripada pihak lain," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, bercakap mengenai filem terbaharunya, Sharnaaz berkata, ia sebuah naskhah yang berbeza daripada karya lain pernah dibintanginya sebelum ini.

Jelas Sharnaaz, biarpun sudah beberapa kali bekerjasama dengan Kabir Bhatia, namun suntikan pengarah itu terhadap filem berkenaan berbeza dan lebih kepada humorspontan.

"Paling seronok sebab dapat bergandingan dengan Awie dalam filem ini dan ia satu peluang yang cukup berharga selain jalan ceritanya yang berbeza membuatkan saya tertarik untuk terlibat sama," katanya.
sumber:http://www.mstar.com.my/

0 comments:

Post a Comment