[x]

Pelik, Cerek Tersangkut Kat Kepala Budak

Aduihh...macamana la cerek boleh tersangkut kat kepala budak?? Kes yang jarang-jarang sangat berlaku nih....tapi tak pelik la kan....klau dah nama bebudak, segala mende dia nak cuba....termasuk la masukkan kepala dalam cerek..


Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun setengah di Chile berpantang maut sebelum ajal selepas anggota bomba berjaya mengeluarkan cerek yang tersangkut di kepalanya.

Kanak-kanak malang itu bermain dengan cerek tersebut sebelum memasukkannya ke dalam kepala ketika ibu mangsa bergegas menjawab panggilan telefon.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital di Santa Cruz di mana pasukan perubatan berusaha mengeluarkan cerek tersebut.

Lima anggota bomba dikerahkan ke hospital itu untuk memotong cerek tersebut.

Kanak-kanak perempuan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
sumber:kezoom

0 comments:

Post a Comment