Kisah Sebenar Gerai Peniaga Wanita Disita DBKL
Sebuah video yang memaparkan penguatkuasa DBKL mengambil tindakan terhadap seorang peniaga yang berniaga secara haram di Tasek Permaisuri telah tersebar luas di laman sosial Facebook.
Menerusi video berkenaan, jelas menunjukkan peniaga berkenaan mengasari anggota DBKL yang menjalankan tugas. Inilah cabaran sebagai seorang penguatkuasa terpaksa berdepan dengan individu yang enggan patuh pada undang-undang, kemudian bertindak seperti samseng.
Kejadian yang berlaku petang kelmarin, penguatkuasa DBKL terpaksa mengambil tindakan menyita barang perniagaan wanita terbabit berikutan keengganannya untuk beredar dari kawasan tersebut.
Memang rata-rata parking kereta di tempat itu dijadikan sebagai lot-lot perniagaan secara haram sehingga orang awam yang berkunjung ke situ susah nak mencari parking. Ini bukanlah kali pertama peniaga haram diserbu tetapi mereka masih berdegil dan keras kepala.
“Tak halang kalau nak mencari rezeki, tetapi janganlah sampai menyusahkan orang awam. Sampah sarap, jangan cakaplah kalau dah berniaga di situ” katanya.
Orang ramai perlu faham bahawa anggota DBKL hanya menjalankan tugas mengikut arahan dari pihak atas berdasarkan aduan orang awam.
Peniaga berkenaan juga sepatutnya tahu akan risiko berniaga tanpa lesen.
“Apabila peniaga terbabit berniaga tanpa lesen di kawasan berkenaan dalam satu tempoh yang lama sebenarnya sengaja mencari masalah. Bukannya mudah DBKL nak mengesan peniaga haram di tepi taman awam yang tidak mahsyur melainkan ada orang yang membuat aduan.
“Siapa complaint? Semestinya peniaga yang berlesen atau penduduk setempat yang menggunakan taman itu. Adalah tidak adil menggatakan DBKL hanya mengambil tindakan terhadap bangsa melayu sahaja sedangkan DBKL juga pernah mengambil tindakan terhadap peniaga cina yang berniaga tanpa lesen.” kata sumber kedua.
sumber:http://velocityhunt.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment