[x]

Gambar Siti Saleha di Halloween Party yang menyeramkan

Nampaknya, Halloween Party yang biasa disambut di negara Eropah kini mula mendapat tempat di kalangan artis-artis Malaysia dewasa ini.

Tahun lepas sahaja, ramai artis turut terlibat sama dan tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama berseronok di dalam parti ini. Tak percaya, korang tengok sendiri gambar Siti Saleha di bawah. Memang seram pula di buatnya, tak gitu?

sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

Foto Romantik Hafiz Suip Dan Kekasih

Baru baru ini ada muncul khabar angin yang mengatakan Hafiz Suip telah terbang bercuti ke Perth di Australia bersama kekasihnya. Bertemu penyanyi ini di sidang media Konsert LIVE Kris Dayanti semalam, beliau tidak menafikan perkara itu.

“Sebenarnya saya pergi ke sana bercuti sambil bekerja. Tujuannya adalah mengikuti ayah (kekasih) melawat projek yang diusahakan di sana. Sambil itu juga kami menyambut ulangtahun kelahiran ibunya (Kekasih) di sana sekali. Selama 4 hari berada di sana,” jelas Hafiz Suip.

Nyata Hafiz Suip bukan pergi berdua sahaja dengan kekasihnya itu seperti yang didakwa beberapa sumber namun jika sudah diundang bercuti bersama bakal keluarga mertua, bilakah agaknya bakal berlangsung majlis perkahwinan penyanyi popular ini?

Hafiz Suip berkata tiada sebarang tarikh atau persiapan yang dilakukan ke arah perkahwinan atau pertunangan. Baginya biarlah kekasihnya itu menamatkan pembelajarannya sekitar tahun 2016 dan bergelar seorang akauntan. Mungkin akan bertunang pada tahun hadapan.

“Saya tak mahu mengganggu privasinya dia. Biarlah dia habiskan pelajaran dia dahulu dan apabila dia sudah bersedia barulah kita akan ke peringkat yang seterusnya. InshaaAllah akan bertunang pada tahun hadapan. Sekiranya jodoh sudah sampai saya sudah bersedia,” ujarnya.









sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

Gambar Seksi Farahdhiya Jumpa Ultraman

ekali sekala tengok Farahdhiya ni memang jatuh hati. Dahlah putih melepak, cantik pula tu. Tapi, lama betul tak dengar berita pelakon dan penyanyi jelita ni kan?

Sesekali kami jengah juga laman Instagram Farahdhiya. Menerusi pengamatan kami, sebenarnya banyak juga aktiviti yang dilakukan si cantik ini bersama teman-teman rapatnya.

Tapi, yang paling menarik perhatian kami adalah foto Farahdhiya diapit Ultraman. Memang sempoibaq hang!

Wahh, bertuah betul jadi Ultraman, dapat jumpa Farahdhiya di Pavilion. Kami ni, mampu intai di Instagram je untuk mengubat rindu. Nasib baik Malaysia tak ada raksasa, kalau tak mana sempat nak bergambar kan? Haha!

Tapi, kami lihat makin cantik tertarik kau memang da bomb pula badan Farahdhiya ni. Dah saing-saing Che Ta uols. Tak percaya? Korang tengoklah sendiri.

Mungkin faktor baju yang melekat ditubuh Farahdhiya menampakkan lagi susuk tubuhnya yang langsing itu kot.

Apapun, buat korang yang merindui lakonan Farahdhiya, jangan lupa saksikan drama terbaru lakonannya iaitu Cahaya Dihujung Nyawa yang bakal disiarkan di Hypptv tak lama lagi.




sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

Foto Ketat Diva Kris Dayanti

Diva Indonesia Kris Dayanti atau lebih mesra dengan singkatan namanya KD telah menjawab teka teki pasangan yang bakal berduet bersamanya di Konsert Kris Dayanti Live di KL 22 November ini apabila Hafiz Suip telah dipilih oleh pihak pengurusan dan Kris Dayanti sendiri.

Hafiz Suip bakal menjadi pasangan duetnya pada malam tersebut seterusnya menyanyikan 3 buah lagu termasuk 2 lagu duet dan solo. Dia yang buat pertama kalinya bertemu Hafiz di sidang sedia yang diadakan di Royale Chulan yakin dan optimis bahawa penyanyi muda itu mampu untuk menggalas cabaran ini di konsertnya yang akan diadakan di Plenary Hall, KLCC.

“Saya baru pertama kali bertemu dengan Hafiz dan saya tahu dia bagus kerana menang anugerah di APM bersama dengan Rossa. Selain itu juga, saya pernah mendengar rakamannya di Jakarta. Melihatkannya dia seorang yang sopan sangat menghormati orang-orang di sekelilingnya”

“Saya yakin pasti ada magnet dan energi positif pada dirinya yang mampu membuatkan dewan konsert pada malam itu terpegun atas persembahan-persembahan yang akan dilangsungkan. Malah peminat-peminat dia juga mungkin akan datang untuk menyaksikan dia dan saya beraksi pada malam konsert itu nanti,” katanya yang penuh teruja.

Kris Dayanti juga akan menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti, Mencintaimu, Pilihlah Aku dan banyak lagi, dalam modulasi yang berbeza atau diberikan nafas yang baru mengikut edaran masa terkini. Dia juga akan menyanyikan lagu Learning From Love iaitu lagu yang cukup bermakna sekali pada dirinya, kerana lagu itulah membuatkan dirinya bergelar juara Asia Bagus sekitar 90an.


Sementara itu, umum mengetahui Kris Dayanti merupakan artis yang seringkali juga dikaitkan dengan kontroversi dan disebabkan itulah penyanyi bersuara lunak ini tidak pernah peduli untuk mengambil pusing atau membalas semula kenyataan-kenyataan tersebut.

Baginya dia lebih suka untuk bersikap terbuka dan berkongsi apa sahaja kepada peminatnya.

“Saya tidak kecil hati, lagipun saya bukan seorang yang tipikal orang seperti itu. Mungkin suami saya panas baran sedikit. Karakter saya seperti itu, saya suka sifat keterbukaan, tapi jangan disalahertikan pula,” katanya ringkas.
p/s : Semua gambar dan tulisan artikel milik penuh PORTAL ROTIKAYA





sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

Gambar wajah sebenar awek baru Mamat Sepah

Tak sangka pula bekas pelawak dari kumpulan Sepah, Mamat sudah mempunyai kekasih baru yang lebih jelita, cukup seksi dan menawan.

Mungkin inilah antara kelebihan seorang artis yang bergelar pelawak. Mudah didekati wanita-wanita untuk dijadikan kekasih hati. Contoh paling dekat ialah Tauke Jambu yang sering bertukar-tukar kekasih dan pernah bercerai tiga kali.

Nak tahu lebih detail pasal si Mamat Sepah ni, mari baca biodata ringkas beliau di bawah. Jangan lupa tengok wajah sebenar awek baru Mamat dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Nama penuh: Mohd Noor Bin Murad
Nama Panggilan: Mamat
Umur: 26 tahun
Asal: Kulai, Johor
Raja Lawak: Musim ke-3
Drama/Telemovie/Filem: Telemovie: Bujang Sepah Si lalalitampom, Burger Layan Diri dan Ibu Mee Segera
Pencapaian: Juara Raja Lawak musim ke-3, Juara Maharaja Lawak 2011



sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

Rupanya inilah 2 foto yang sebabkan Rita Rudaini dan Remy Ishak digosip bercinta

Hanya kerana sekeping gambar Rita Rudaini bersama anak saudara Remy Ishak dimuatnaik ke akaun Instagram pelakon lelaki itu, ada pula timbul khabar angin yang mengatakan pasangan itu sudah mula bercinta nyata ianya hanya rekaan dan impian peminat.

Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Rita Rudaini sendiri mengakui yang beliau kurang senang dengan gosip yang sedang diperkatakan ramai ini.

“Maruah saya diperlekeh bila orang luar komen macam-macam. Tahu sajalah status janda ni orang mudah fitnah macam-macam sesuka hati mereka. Kenapa pula isu ini (bercinta dengan Remy) timbul tiba-tiba dan mengapa sekarang?”

“Sedangkan saya sudah kenal Remy dan pernah berlakon bersama beberapa kali sebelum ini tapi tak ada pun orang nak gosipkan. Hanya kerana saya kebetulan bergambar dengan anak buahnya di lokasi tiba-tiba orang tuduh kami bercinta. Kelakarlah dan tak masuk akal,” ujarnya.

Sementara itu, Remy Ishak menerusi akaun Twitter beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati hati dengan satu akaun
Facebook palsu yang digunakan untuk meninggalkan komen negatif di internet melibatkan dirinya dan Rita Rudaini.

Remy Ishak berkata beliau tidak mempunyai sebarang akaun Facebook. Gigih juga rupanya orang yang berusaha untuk melaga-lagakan dua selebriti ini 
sumber: - PORTAL ROTIKAYA

.


Pelekat peti sejuk punca kanser?


Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan dakwaan magnet pelekat peti ais boleh menyebabkan kanser seperti yang disebarkan di media sosial.

AUTA

Satu kajian daripada Universiti Princeton mendakwa pihaknya menemui kesan menakutkan apabila pelekat magnet peti sejuk boleh menyebabkan penyakit kanser.

Laporan itu dikongsikan beberapa blogger serta fanpage terkenal yang mempunyai jutaan pengikut.

Walaupun sudah lima bulan kajian itu dibuat namun sehingga semalam masih ada pemilik akaun
Facebookberkongsikan perihal penemuan kajian tersebut. Sehingga kini lebih 6,000 pengikut laman Fanpage itu berkongsi laporan mengenai bahayanya pelekat magnet peti sejuk itu.

Laporan itu mendakwa makanan seperti ayam, daging, ikan dan sayuran yang disimpan di dalam peti sejuk itu akan dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet hasil daripada pelekat magnet yang diletakkan di pintu peti sejuk itu.

Malah, orang yang memakan makanan daripada peti sejuk itu berpeluang menghidap penyakit kanser apabila sel aktif hasil elektromagnet itu akan merebak secara senyap.


FAKTA

Menurut Pakar Sains Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Aminah Abdullah, fakta yang dikemukakan itu adalah palsu.

Beliau berkata, tidak mungkin pelekat magnet itu mampu menembusi pintu sesebuah peti ais dan mempengaruhi keadaan makanan di dalamnya.

“Pelekat hiasan yang hanya diletakkan di luar pintu peti ais, tidak mungkin boleh masuk dalam makanan.

“Apatah lagi keadaan suhunya yang sejuk menyukarkan makanan itu bertindak balas dengan faktor yang lain,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah mendengar penemuan seumpama itu dilakukan mana-mana universiti setakatini.

“Saya harap orang ramai tidak mudah percaya dan menyebarkan perkara yang tidak sahih,” katanya.
Sumber: Sinar Harian

Ketam gergasi, Crabzilla muncul lagi


Foto di kiri menunjukkan Crabzilla hampir dengan kanak-kanak di Whitstable, England, dan foto di kanan adalah penampakan pertama Crabzilla di lokasi sama - Weird Whitstable/Quinton Winter

Whitstable: Crabzilla, seekor ketam gergasi muncul lagi di pinggir pantai Whitstable, England. Kali ini, haiwan krustasea itu dilihat hampir dengan dua kanak-kanak lelaki yang sedang memancing.

Crabzilla pertama kali dilihat di Whitstable dari foto udara tahun lalu. Gambar tersebut dianggap hoax kerana ia dengan mudah dimanipulasi oleh perisian photoshop. Begitu juga, gambar kedua Crabzilla, yang mungkin dianggap satu penipuan.

Ketika ini ketam terbesar di dunia adalah ketam labah-labah di Jepun, yang membesar sehingga 365 sentimeter dan berat 19 kilogram.
Sumber: metrotvnews.com

Budak 5 Tahun Mati Terjerut Tali Buaian

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui mati terjerut pada tali buaian di rumah datuknya di FELDA Lui Muda, Jempol, petang semalam.

Difahamkan dalam kejadian jam 3.40 petang itu mangsa bermain dengan buaian berkenaan di bahagian dapur.

Ketika kejadian hanya mangsa Isma Umairah Radzuan dan bapa saudaranya berusia 21 tahun berada di rumah manakala datuk dan neneknya berada di luar atas urusan tertentu.

Menurut sumber, bapa saudara mangsa yang meninjau di dapur selepas pelik kerana kanak-kanak itu senyap tidak seperti kebiasaannya ketika bermain.

Katanya, sebelum ini mangsa dikatakan kerap bermain di buaian berkenaan.

"Bapa saudara mangsa segera memotong tali buaian itu sebelum membawa kanak-kanak itu ke Klinik Kesihatan Lui Muda.

“Namun, doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Jempol," katanya.

Sumber itu berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk bedah siasat.

ketua Polis Daerah Superintendan Hamzah Alias dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
sumber:kezomm

Erin Malek & Suami Bulan Madu Di Los Angeles

Seronoknya melihat kebahagiaan yang jelas terpancar di wajah Erin Malek dan suaminya, Farriz Fauzy. Setelah selesai dengan majlis perkahwinan, mereka berdua kini berada di Los Angeles untuk berbulan madu di sana. Banyak tempat-tempat menarik yang telah dijelajahi oleh Erin dan Farriz. Jeles pun ada jugak melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Erin Malek.

Semoga bulan madu Erin dan Farriz akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri mereka berdua. Mana tahu balik nanti ada berita baik mengenai kehadiran orang ketiga.








Nur Fazura Artis Pertama Malaysia Ada Rancangan Realiti Sendiri

Wow. Tahniah diucapkan kepada Nur Fazura kerana menjadi artis Malaysia pertama yang bakal mempunyai rancangan realiti sendiri. Menariknya rancangan yang diberi nama ‘Facing Up To Fazura’ ini akan ditayangkan di saluran antarabangsa E!. Pastinya para peminat Fazura sudah tidak sabar lagi untuk menonton 5 episod yang bakal ditayangkan pada Disember ini yang akan memaparkan kehidupan peribadi pelakon jelita ini.

Kata Fazura menerusi Berita Harian:-

Menerusi program itu nanti saya mahu mereka yang tidak mengenali diri saya akan lebih kenal siapa Fazura sebenarnya. Semua yang dipaparkan dalam program ini adalah realiti dan bukannya rekaan.

Sejujurnya saya sangat terharu dan teruja apabila saluran E! mahu mengabadikan kisah saya dalam program terbitan mereka.

 Diharap selepas ini, akan lebih ramai artis yang diberikan tawaran sebegini. Barulah makin meriah dunia hiburan tanah air kita.
sumber: http://beautifulnara.com/

Siti Nurhaliza Kecewa Sikap Peniaga Produk 'Penipu'


Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menasihati penjual produk kecantikan di negara ini agar tidak menipu pelanggan dengan menggunakan gambar wajah-wajah artis untuk melarikan perniagaan mereka.

Siti, 35, yang turut dieksploitasi apabila wajahnya digunakan bagi tujuan berkenaan berkata, ia adalah tidak wajar kerana langkah itu pasti akan memberi kesan langsung kepada orang ramai.

"Saya memang agak terkilan apabila ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan nama dan gambar saya untuk tujuan-tujuan tertentu dalam melariskan barangan yang dijual.

"Jika tujuan mereka menggunakan artis supaya orang percaya dengan keberkesanan produk berkenaan tetapi adalah tidak adil jika memaparkan gambar artis yang tidak ada kena mengena langsung dengan apa yang mereka jual. Bila peminat atau pengguna percaya, mereka akan membelinya," kata Siti yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Antara iklan produk menggunakan wajah Siti Nurhaliza yang dipaparkan di laman internet.

Siti berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tindakan beberapa pengusaha produk kecantikan yang telah memaparkan gambar wajah beliau bagi tujuan promosi di laman sosial Facebook kononnya produk berkenaan terbukti berkesan selepas beliau menggunakannya.

Sementara itu Siti berkata, ini bukan kali pertama gambar wajahnya digunakan tanpa kebenaran, malah banyak produk lain yang turut mempromosikan barangan mereka dengan cara meletakkan beberapa tulisan berbentuk testimoni menceritakan kebaikanproduk tersebut.

Keadaan itu turut merisaukan Siti kerana namanya sebagai seorang artis turut terjejas sekiranya produk itu mendatangkan risiko kepada pengguna.

"Sikap saya berdiam diri membuatkan mereka cubauntuk mengambil kesempatan. Saya harap mereka dapat memadam gambar saya yang tidak berkenaan dengan segera. Jika kita jujur sebagai peniaga dan barangan kita bagus, pelanggan tetap membelinya walaupun tidak melibatkan nama artis.

"Saya pun mempunyai produk iaitu SimplySiti dan tentunya saya juga menjaga kepentingan produk saya. Saya tidak pernah mahu menyekat orang mencari rezeki tetapi gunalah cara yang betul dan tidak menipu dengan mengiklankan artis tanpa kebenaran," ujarnya.
sumber:http://www.mstar.com.my/

Nurul Wahab Kecil Hati Kandungannya Ditegur


Penyanyi Nurul Wahab memberitahu perasaannya mudah tergores dan emosi terganggu sejak hamil anak kedua hasil perkahwinannya bersama Eric Daniel Depp, 49.

Nurul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 37, berkata, dia mudah terasa hati dengan kata-kata terutama apabila menyentuh soal kandungannya yang semakin membesar.

"Kandungan sudah masuk enam bulan dan memang saya rasa kali ini saya cepat sangat terasa hati terutamanya dengan orang yang rapat di sekeliling saya.

"Mereka menegur tentang perkara-perkara yang sememangnya dilalui oleh seorang ibu mengandung apabila ditegur berkaitan perut yang kelihatan membesar atau sukar untuk melahirkan jika bayi terlalu besar.

"Kata-kata itu sangat menguris hati bukan sahaja pada saya tetapi pada ibu-ibu mengandung yang lain. Kalau boleh janganlah cakap perkara begitu kepada orang yang sedang mengandung," ujarnya kepada mStar Online.

Nurul kecewa apabila segelintir rakan-rakannya tidak memahami perkara tersebut dan menjadikan ia sebagai satu gurauan.

Bagaimanapun, bagi mengatasi masalah tersebut, Nurul berkata, dia sentiasa memerlukan seorang rakan yang mendengar luahan perasaannya bagi menghilangkan tekanan.

Dia juga tidak boleh tinggal bersendirian di rumah berikutan sering melayan emosi terutama ketika suami bekerja.

"Biasanya jika berkecil hati saya akan luahkan rasa itu kepada orang lain supaya perasaan sedih itu hilang. Saya tidak boleh duduk sendirian di rumah sebab saya akan fikir perkara-perkara yang emosi," ujarnya kepada mStar Online.

Nurul bersama Eric dan anaknya Zachary.

Sementara itu, Nurul berkata, setakat ini dia masih aktif dengan aktiviti seni termasuk mengambil tawaran-tawaran untuk persembahan nyanyian.

Malah, dia juga bakal menganjurkan program jualan yang diberi nama An Intimate Bazaar of Health & Fashion bersama beberapa rakan artis pada 9 November depan di Regency Tower Apartment, dekat sini.

"Saya mungkin akan berehat pada bulan Disember nanti, sekarang sibuk lagi dengan aktiviti seni dan persembahan nyanyian.

"Pada 9 November depan juga saya akan anjurkan sebuah program jualan bersama beberapa artis seperti Dynaz Mokhtar, Daphne Iking dan Ning Baizura," katanya.

Nurul dan Eric yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis telah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Zachary Depp, berusia setahun.

Penyanyi itu juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, 15, hasilperkahwinan dengan suami pertama, komposer, Ajai.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Ibu Kecewa Anaknya Mangsa Buli Digantung Sekolah


Ibu kepada seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di sini yang dikatakan dibuli sekumpulan pelajar sekolah itu melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pihak sekolah yang tidak mengambil tindakan terhadap pelajar terbabit tetapi menggantung persekolahan anaknya.

Yuszaidah Yusuf, 41, berkata anaknya Mohd Afiq Afifuddin Mohd Tajuddin, 17, pelajar Tingkatan Lima sekolah itu, diserang dan dicederakan sekumpulan pelajar ketika diaberada dalam sebuah bilik air di sekolah tersebut pukul 10.45 pagi pada 8 Okt lepas.

Katanya apa yang menyebabkan dia keliru adalah apabila anaknya yang bengkak di muka dan bahagian mata kiri serta lebam di belakang badan pula dihukum pihak sekolah kerana dikatakan punca masalah dan dihukum gantung pengajian seminggu.

Katanya dia dan suaminya dimaklumkan seorang guru sekolah tersebut yang anak sulungnya itu dirawat di Bilik Kecemasan, Hospital Kulim pada hari kejadian dan dimaklumkan guru berkenaan bahawa anaknya itu terjatuh dalam bilik air.

"Melihat keadaan lebam di mata kiri, muka dan belakang anak saya itu menguatkan syak saya bahawa anak saya ini bukanlah jatuh tetapi sebenarnya perkara lain yang berlaku terhadap dirinya. Kemudian dia mengaku dikasari sekumpulan pelajar lain ketika dia berada dalam bilik air sekolah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Taman Kulim Techno City (KTC) di sini, Rabu.

Katanya memandangkan kesan-kesan bengkak di mata dan muka serta belakang anak lelakinya itu agak serius, dia dan suaminya Mohd Tajuddin Mohd Taib, 45, memutuskan untuk bertemu doktor di Bahagian Kecemasan Hospital Kulim.

Mereka kemudian mendapatkan rawatan sekali lagi di wad kecemasan sebelum membuat laporan polis.

Katanya memandangkan di Hospital Kulim tiada pakar mata, mereka mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan anak mereka dimasukkan ke wad pada 12 hingga 16 Okt.

"Seperkara yang malang setelah balik ke Kulim pada 16 Okt lalu kami dimaklumkan melalui telefon bahawa anak saya digantung belajar dari 16 Okt sehingga 22 Okt dan agak memeranjatkan kami. Setelah mendapatkan rawatan susulan di Alor Setar, anak saya itu mendapat cuti sakit sehingga 2 Nov," katanya.

Keluarga berkenaan memohon Kementerian Pendidikan supaya memberi pertimbangan lebih wajar berhubung masa depan anak mereka yang cedera akibat dibuli tetapi dikenakan tindakan tatatertib.

Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Abdul Aziz Muhammad ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menyiasat kes tersebut.
sumber:http://www.mstar.com.my/

Bawa Watak Lembut, Sharnaaz Ahmad Sedia Dipanggil Sotong


Bercakap kepada Sinar Harian hari ini, Sharnaaz Ahmad meminta para peminat melupakan watak ikonik Jebat lakonan beliau sebelum ini dan memberikan fokus kepada watak lembut lakonannya dalam drama Suamiku Encik Sotong ini.

“Ini adalah kali pertama saya mencabar diri untuk membawa watak seumpama ini. Malah saya mengambil masa sehingga dua bulan untuk menerima tawaran ini memandangkan watak ini jauh berbeza dengan diri saya. Namun, jalan cerita sangat menarik!”

“Menerusi drama ini, saya turut mengorbankan imej dengan membiarkan perut sedikit buncit walau pun mempunyai pusat gimnasium sendiri. Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf kepada penonton sekiranya lakonan kali ini tidak menjadi”

“Sehingga kini, saya tidak berani menonton playback takut timbul rasa tidak puas hati. Sejujurnya saya sudah mencuba sebaik mungkin. Kalau dulu orang panggil saya Jebat, sekarang saya bersedia dipanggil sotong,” ujar Sharnaaz Ahmad sambil ketawa.

Pelakon ini turut menambah yang drama ini bukan bertujuan untuk mengeksploitasi golongan lelaki lembut namun lebih kepada situasi golongan ini sering dipergunakan orang lain. 
sumber:http://www.rotikaya.com/

Gambar jejaka kacak, didakwa kekasih baru Nad Zainal

 Umum mengetahui pelakon bertubuh kecil, Nad Zainal telah putus cinta dengan Hefny Sahad selepas hanya menjalinkan hubungan cinta selama beberapa bulan sahaja.

Kini, aktres berusia 24 tahun itu sudah kembali solo dan gosip terbaru mendakwa bekas kekasihnya, Azwan Kombos bersedia untuk menerimanya kembali. Begitupun, tiada respon dari Nad setakat ini.

Hari ini, tiga keping gambar Nad Zainal bergambar dengan seorang jejaka kacak mencuri tumpuan orang ramai. Kami terpaku seketika selepas melihat Nad selamba bergambar romantik dengan si lelaki kacak itu sambil berpimpin tangan.

Opps kejap !! Sebenarnya, kami gurau je. Jejaka ni bukanlah teman lelaki baru Nad Zainal. His is Ultraman. Just kidding yer.. Hehe




Hantu melayang muncul di lokasi penggambaran Game of Thrones


Penampakan misteri muncul di lokasi penggambaran siri popular Game of Thrones di Dark Hedges, wilayah berhampiran Armoy, Ireland. Dalam foto yang diambil Gordon Watson, warga Ballycastle, terlihat sosok melayang berwarna kelabu.

Watson mengaku tak percaya saat melihat hasil fotonya di komputer. Menurut legenda tempatan, kawasan Dark Hedges memang terkenal angker, kerana dihuni sesosok hantu yang diyakini sebagai Grey Lady.

Seperti dikutip Mirror.co.uk, Isnin (27/10/2014), sebahagian warga Armoy menyebut Grey Lady adalah pelayan yang meninggal dunia secara misteri ratusan tahun lalu. Sebahagian lain meyakini Grey Lady adalah roh penasaran dari sebuah kubur yang tersembunyi dan terbengkalai.

Pada malam Halloween, kuburan itu disebut-sebut 'terbuka' dan Grey Lady bergentayangan bersama roh lain.

Dark Hedges dikenali dengan sekumpulan pohon besar jenis Beech yang saling menyilang dan seolah membentuk terowong semula jadi. Pemandangan luar biasa ini dijadikan salah satu lokasi penggambaran Game of Thrones.
Sumber: metrotvnews.com

Doktor Keluarkan 12 Jarum Dari Tubuh Bayi di China

 Jarum yang dicucuk pada tubuh seorang bayi 11 bulan oleh ibu saudaranya dikeluarkan dengan secara pembedahan semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Doktor di Hospital Kanak-Kanak Beijing berkata Fan Zixuan dari timur Wilayah Shandong berada dalam keadaan baik dan kemungkinan sembuh dalam masa seminggu.

Fan didapati mempunyai 12 jarum suntikan dan jarum jahitan di dalam tubuhnya yang menyucuk hati, buah pinggang dan organ lain.

Ibu saudaranya yang disyaki polis menyucuk jarum itu ke tubuh bayi berkenaan, membunuh dirinya dengan minum racun Jumaat lalu.

Awal tahun ini, seorang wanita dari Wilayah Hubei ditahan selepas disyaki memotong telinga anak saudaranya yang berusia enam tahun. - BERNAMA
sumber:kezoom

Ibu Terkejut Lihat Anak Di Ikat Kaki Tangan Di Rumah Pengasuh

Seorang ibu yang membuat pemeriksaan mengejut ke rumah pengasuh anaknya terkejut apabila mendapati anak lelakinya berusia tiga tahun terbaring di atas lantai dengan tangan dan kaki diikat.

Gambar Hiasan

Ibu tersebut yang bekerja kilang mengambil keputusan membuat pemeriksaan mengejut ke rumah pengasuh di Flat Taman Seri Pinang, Kepala Batas semalam, setelah mendakwa sejak kebelakangan ini anaknya sentiasa dalam keadaan lapar apabila diambil daripada rumah pengasuh.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner, Abdul Rahman Ibrahim berkata kanak-kanak itu dihantar ke rumah pengasuh berkenaan sejak Jun tahun lepas dan sebelum ini ibu kanak-kanak itu mendakwa tiada sebarang masalah dengan pengasuh berkenaan.

"Menurut ibu kanak-kanak itu, anaknya dihantar ke rumah pengasuh berkenaan pada 5.30 pagi semalam dan kira-kira lima jam kemudian dia pergi ke rumah pengasuh itu untuk melihat keadaan anaknya.

"Dia melihat anaknya dalam keadaan tangan terikat di belakang dan kaki turut diikat terbaring di atas lantai...ketika itu hanya anak pengasuh yang berusia 11 tahun berada di rumah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata pemeriksaan lanjut terhadap kanak-kanak itu tidak menemui sebarang kesan luka atau lebam di badannya.

Sehubungan itu, polis menahan reman wanita berusia 39 tahun itu bagi membantu siasatan dan menurut Abdul Rahman, suspek bertindak demikian kerana mendakwa kanak-kanak berkenaan terlalu nakal.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Dibawah ini kami sertakan satu video seorang pengasuh yang memberi makan kanak-kanak dengan cara yang terlalu melampau dan merbahaya. Diharap ibubapa yang menghantar anak mereka akan selalu membuat pemeriksaan keatas rumah pengasuh apabila melihat kelainan pada anak mereka.


sumber:kezoom