[x]

Bayi Di Serang Biawak Stabil, Terima 50 Jahitan

Bayi perempuan lapan bulan yang cedera diserang biawak menerima 50 jahitan ketika berada di dalam walker, di hadapan pintu dapur rumahnya di Pulau Tioman pagi Isnin.

Bayi malang tersebut kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di HSA.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata doktor dan kakitangan HSA terus memantau keadaan kesihatan bayi terbabit di wad kanak-kanak hospital berkenaan selepas dipindahkan dari Hospital Mersing pada Isnin.

"Keadaan bayi itu stabil. Bayi terbabit mengalami kecederaan di bahagian muka akibat dicakar haiwan itu dan doktor telah mencuci luka itu serta menjahitnya.

"Keseluruhannya, lebih kurang 50 jahitan tetapi doktor menggunakan jarum dan benang paling halus. Luka paling panjang 8cm di atas kening kiri berbentuk 'L'.

"Pihak hospital terus memantau keadaan kesihatannya terutama di bahagian yang mengalami kecederaan itu kerana bimbang dijangkiti bakteria," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Selasa.

Menurut Ayub, bayi perempuan itu dimasukkan ke wad di HSA 8.30 malam semalam selepas menempuh perjalanan selama beberapa jam dari Mersing.-Bernama. 
sumber: kezoom

0 comments:

Post a Comment