Produksi Diana Johor Dituntut Selesaikan Hutang Lebih RM100,000
Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) memberi tempoh selama dua minggu kepada syarikat produksi Unique Twins Sdn Bhd milik pelakon yang dikenali sebagai Diana Johor dan adiknya Lina Johor bagi menyelesaikan kemelut yang melanda produksi tersebut.
Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata, pihaknya akan mencari jalan untuk membantu produksi itu terutamanya dalam menyelesaikan masalah berkaitan pembayaran kepada pelakon dan organisasi yang telibat dengan penggambaran filemRentap.
"Kami beri tempoh dua minggu supaya pihak produksi menghubungi Karyawan bagi memudahkan kami mencari jalan penyelesaian masalah ini.
"Kalau mereka ada masalah kewangan boleh beritahu dan sama-sama berbincang mencari jalan penyelesaiannya dan bukan dengan cara bersembunyi seperti ini,
"Setakat ini kami terima aduan daripada pelbagai pihak yang menanggung kerugian secara keseluruhannya lebih RM100,000," ujarnya kepada mStar Online.
Freddie Fernandez berkata demikan dalam satu sidang media bagi mendedahkan kemelut artis dan organisasi yang terlibat dalam filem Rentap apabila mereka tidak mendapat bayaran sepenuhnya akibat penangguhan filem itu.
Pihak juga akan mengambil tindakan dan membawa perkara tersebut ke pengadilan jika tidak mendapat sebarang maklum balas deripada pihak produksi dalam tempoh diberikan itu.
"Karyawan sudah beberapa kali cuba menghubungi mereka, namun gagal. Jika mereka beri kerjasama kita akan tolong apa yang sepatutnya.
"Kita tunggu dua minggu ini, jika dia masih berdiam dan bersembunyi kita akan berbincang dengan peguam untuk ambil tindakan," katanya.
Sementara itu, pelakon Azliyuszaini Mohd Noor atau Yuzz berkata, tunggakkan baki pembayaran sebanyak 50 peratus masih lagi belum dijelaskan selepas filem tersebut tertangguh.
Dia cuba menghubungi pelakon dan penerbit filem tersebut bagi mendapatkan penjelasan tentang penangguhan dan bayaran baki, namun tidak dilayan.
Azliyuszaini Mohd Noor atau Yuzz
"Saya terima tawaran untuk berlakon dalam filem ini awal Jun lalu dan sudah diberi kontrak yang mana ternyata tempoh sembilan hari penggambaran di Ulu Perdik, Hulu Langat Selangor dan Kuala Tahan, Pahang.
"Saya berada di sana mengikut jadual yang diaturkan,malang sekali sepanjang penggambaran kebajikan kami tidak terbela, malah mereka tidak mementingkan keselamatan kepada pelakon yang cedera ketika penggambaran.
"Sepanjang penggambaran juga terlalu banyak masalah sehingga secara tiba-tiba mereka memberitahu mahu menangguhkannya kepada satu tempoh masa yang tidak dijelaskan," ujarnya.
Sementara itu, pengarah Fertwork Productions yang menguruskan pelakon tambahan iaitu Nabila Ibrahim berkata, pihaknya terpaksa menanggung kerugian lebih RM20,000 selepas terpaksa membayar 30 orang pelakon tambahan yang diminta produksi tersebut.
Dia menggunakan duit sendiri membayar pelakon tambahan selepas produksi menagguhkan penggambaran secara tiba-tiba selepas diminta membekalkan pelakon berbangsa Inggeris.
"Syarikat saya memang membekalkan pelakon tambahan orang asing disebabkan itu juga saya terpaksa menggunakan duit sendiri terlebih dahulu untuk bayar kepada mereka.
"Saya ambil mereka daripada pelancong yang datang secara 'bag packers' dan bayar RM200 sehari seramai 30 orang.
"Produksi mahu selama beberapa hari, namun melihat keadaan seperti tidak yakin saya hanya membawa mereka selama dua hari sahaja, saya cuba hubungi produksi untuk membayar harga dua hari itu tetapi tidak berjawab," katanya.
Dalam pada itu, seorang lagi mangsa iaitu pemandu pelancong Abdullah Chik yang dilantik sebagai koordinasi lokasi penggambaran kerugian hampir RM50,000 selepas menempah 40 buah bilik di Kuala Tahan, Pahang sepanjang tempoh penggambaran.
Malah, dia juga turut diarahkan untuk membina sebuah rumah panjang sementara sebagai prop untuk filem sejarah itu.
"Hampir RM60,000 saya berhutang dengan pelbagai pihak termasuk bilik chalet di Kuala Tahan untuk penginapan kru produksi seramai 40 orang.
"Selain itu, mereka mahu sebuah rumah panjang dibina sebagai prop, sekarang orang yang membuat rumah itu serta chalet mencari saya supaya menjelaskan bayaran tersebut," ujarnya.
sumber: http://www.mstar.com.my/
0 comments:
Post a Comment