[x]

Ubat Gugur Kandungan Berleluasa Di FB

 Kini berleluasa di FB individu yang megalakkan perbuatan mengugurkan kandungan/janin bayi dengan menjual pil tersebut (Cytotec, Cytolog, PCT200, Duo861, Mifegest, Mifepristone ).

Menerusi pengamatan, individu yang telah berkahwin tersebut seperti telah lama melakukan aktiviti ini dengan menggalakkan perbuatan haram itu.

Selain berurusan menerusi pos dan COD (Cash On Delivery), individu ini juga sanggup memberikan khidmat nasihat kepada pelanggannya.

Menggugurkan kandungan adalah HARAM bagi umat Islam, ia juga akan terus menggalakkan perbuatan zina didalam masyarakat.



Menerusi updatenya, individu ini juga pernah mengalami masaalah apabila dikaitkan dengan kes polis.

"Sy telah mbantu anda myelesaikan msalah besar anda tetapi anda telah myusahkn n mberikan msalah besar pd sy dgn mbabitkan sy dgn kes polis. Anda mjalinkan hubngan dgn lelaki lain hingga mgandung tnpa pgetahuan tunang anda. Bila anda telah bjaya gugur, tiba2 rahsia anda trbongkar dgn tunang anda sdri. Disbbkan sakit hati, sy trkena tempiasnya skali dlm laporan polis n laporan dr pihak hospital. Smua sms2 sy dlm hp anda telah mjadi bahan bukti pd pihak polis. Utk pgetahuan smua, sy mmg mjual ubt yg bnama Cytotec n pelbagai lg jnis ubt kawalan. Ubt cytotec ni ada kelulusan dr Kementerian Kesihatan Malaysia bagi kegunaan doktor2, pihak2 hospital n farmasi2 bdaftar dsluruh negara. Ia bknla ubt salah disisi undang2 Mlysia skiranya pgunaan adalah betul n dikawal. Cytotec utk psakit Ulser n Gastric yg kritikal cuma kandungan Misoprostol didlmnya mampu mgugurkan kandungan bg wanita2 yg sedang hamil. Tolong fikir dahulu utk mbeli atau berurusan dgn sy. Tanggjawab trletak pd anda sdri. Sekian"



Kami berharap pihak berkuasa akan memantau perniagaan lelaki ini. Apa yang kami musykilkan adakah ubatan ini tiada larangan untuk dijual sembarangan kepada orang awam? - Yup kami kurang pengetahuan tentang undang-undang kesihatan di Malaysia...bantu kami.

Nampaknya individu tersebut tidak keseorangan dalam melakukan bisnes haramnya itu, dia turut disaingi ramai lagi peniaga yang serupa dengannya.

Menerusi komen seseorang, "Cytotec mmg bole buat keguguran klu insert kt vagina. Tp sapa yg buat tanpa prescription doc mmg brani mati la. Klu tumpah drh ke janin tggl dlm ke mmg bahaya. Haihhh. Kita yg kje medical ni pon seram. Ygxtaw pape bole pulak suka2 amek. Ye klu kua mmg la alhamdulillah kata kaw. Klu masa tu bkn stakat janin kaw yg klua tp segala benda kaw t'keluar br kaw taw langit tggu rendah" 
sumber:kezoom

0 comments:

Post a Comment