[x]

Menakjubkan! Bayi Baru Lahir Sudah Mempunyai 2 Gigi.


Chloe Pullen, seorang ibu melahirkan anak perempuannya, Rose Esme dengan dua gigi bawah. Gigi pada bayi biasanya baru tumbuh saat usia 6 bulan. Hal itu sempat membuat doktor di University Hospital of Wales terkejut melihatnya kerana kes seperti ini jarang dan hanya terjadi satu berbanding 3 ribu di seluruh dunia.

Rose lahir secara caesar pada 22 Ogos lalu dengan berat 3.5 kg. Chloe Pullen mengaku gembira apabila diberitahu suaminya setelah tersedar dari pembiusan caesar bahawa anak perempuan mereka sudah punya gigi.

Namun Chloe menganggap keadaan bayinya itu kerana faktor keturunan kerana neneknya dulu juga dilahirkan dengan mempunyai gigi depan. Keadaan itu rupanya membuat si ibu tidak selesa ketika memberikan ASI. Oleh kerana itu doktor memutuskan untuk mencabut gigi Rose.

sumber; http://zamrispoon.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment