[x]

Showing posts with label Info Ngeri. Show all posts
Showing posts with label Info Ngeri. Show all posts

Tangan Belubang Spray Rambut Meletup


A hairdresser was doing some quick repairs at their workplace. For this intended use a spray paint, but not knowing what was going to happen, shook the can near a heater tea (they say), and spray exploded in his hands!









sumber:dairihare

Geli: Bila Telinga Manusia Jadi Sarang Ulat

Kebersihan sebahagian dari iman, dan ia merupakan tuntutan Islam. Agaknya apa perasaan anda jika ada hidupan lain ‘menumpang’ didalam tubuh badan anda dan menjadikannya sebagai sarang kerana kegagalan anda menjaga kebersihan diri?

Memang ngeri sangat-sangat kalau difikirkan tapi itulah yang terjadi kepada seorang lelaki apabila lalat masuk ke dalam telinganya lalu meninggalkan ratusan telur yang kemudian menetaskan ulat.

Kisah ini akhirnya terbongkar selepas pemuda tersebut menemui Dr. Vikram Yadav yang merupakan seorang dermatologis di Faizabad, India setelah dia mendengar sesuatu bunyi di dalam telinganya.

Selepas menjalani pemeriksaan, Dr Yadav memberitahu yang pesakitnya itu mengalami ‘aural myasis’, keadaan di mana telinga ataupun hidung seseorang individu dicemari dengan larva lalat.

Pesakit kebiasaannya akan mendengar seakan bunyi ‘dengung’ di kawasan yang tercemar disusuli bau busuk yang keluar dari anggota tersebut.

Menurut Yadav lagi, ulat-ulat itu berkemungkinan memakan daging dalam telinga hingga menembusi bahagian otak hingga boleh membunuh pesakit jika dia tidak mendapatkan rawatan.

Bagi mengeluarkan kesemua larva berkenaan, Yadaz menjalankan prosedur melemaskan hidupan itu sebelum ia mulai muncul di bahagian luar telinga. Kemudian, alatan digunakan untuk mengeluarkan ulat-ulat tersebut.

Justeru, buat anda di luar sana, silalah jaga kebersihan anggota tubuh sekerap mungkin. Jika tidak, mungkin spesies serangga berminat nak jadikan anggota anda sebagai ‘wad bersalin’.

Menariknya ini bukan kali pertama kes ulat masuk dalam telinga....terdapat beberapa lagi seperti dibawah...
 
sumber:kezoom

Rakyat Korea Utara Makan Anak Sendiri Kerana Kelaparan


Seorang lelaki asal Korea Utara dilaporkan sangup membunuh dan memakan kedua anaknya sendiri kerana menderita kelaparan. Lelaki yang tidak disebutkan identitinya itu akhirnya dihukum mati oleh pegawai tentara.

Di petik dari Daily Mail pada tahun lalu, lebih dari sepuluh ribu orang dilaporkan mati setelah bencana kelaparan menyerang Provinsi Hwanghae Utara dan Provinsi Hwanghae Selatan. Kematian ribuan mangsa ini dipercayai akibat semakin meningkatnya kanibalisme Iaitu orang makan orang.

Cerita menakutkan ini muncul setelah penduduk dilanda bencana kelaparan sebab pertanian yang menjadi sumber kehidupan penduduk mengalami kekeringan. Kejadian ini turut menjadi lebih teruk setelah pemerintah menyita persediaan bahan makanan mereka.

Wartawan dari Asia Press,Jiro Ishimaru, yang sedang melakukan penyamaran dan penyelidikan berkenaan masalah ini mengatakan seorang lelaki sangup menggali kuburan cucunya sendiri dan memakan daging yang masih tersisa. Sementara yang lain sangup merebus anaknya untuk dijadikan makanan.

Seorang penduduk kampung tidak disebutkan namanya mengatakan tujuh bulan lalu memang ada insiden kanibalisme di kampungnya. Dia menyebut seorang lelaki telah membunuh dan memakan kedua anaknya sendiri. lelaki ini akhirnya ditembak mati oleh pegawai tentara .

Dia menjelaskan lelaki itu membunuh anak pertamanya yang seorang perempuan ketika isterinya tiada di rumah. Lelaki ini kemudian membunuh anak keduanya setelah melihat kejadian pembunuhan itu.

Dia mengatakan ketika isteri lelaki itu pulang, lelaki ini mengatakan mereka mempunyai daging. Namun, isterinya mulai curiga dan menghubungi polis saat dia mengetahui anaknya tidak ada. Polis akhirnya menemui tubuh kedua anak itu dalam keadaan sudah terpotong-potong.

Ishimaru mengatakan dia telah mengumpulkan 12 laporan dari hasil penyelidikan berkait masalah ini. "Dari laporan-laporan ini yang paling mengejutkan saya adalah adanya sejumlah kesaksian menyebut banyaknya kanibalisme."

Dia mengatakan bahan makanan dari kedua provinsi itu telah disita pemerintah dan diberikan kepada penduduk di Ibu Kota Pyongyang. Dia menyebut kelaparan semakin teruk setelah kemarau melanda wilayah itu.

Insiden ini bukan yang pertama terjadi di Korea Utara. Pada Mei tahun lalu, seorang lelaki dilaporkan dihukum mati setelah memakan tubuh rakannya dan kemudian menjual sisa tubuh daging rakannya itu sebagai daging kambing.

Dua tahun lalu, seorang lelaki juga dihukum mati setelah membunuh dan memakan seorang gadis. Sementara seorang lelaki lainnya dijatuhi hukuman mati setelah membunuh sebelas orang dan menjual tubuh mereka sebagai daging babi.

Tidak hanya itu, kes kanibalisme juga dilaporkan terjadi di beberapa penjara di negara itu.

walaupun laporan adanya bencana kelaparan telah meluas di Korea Utara, namun Presiden Kim Jong Un mengeluarkan sejumlah wang negara untuk membuat dua roket yang akan diluncurkan dalam beberapa bulan lagi.

Banyak pihak takut Kim sedang merancang untuk menguji nuklier nya walaupun persatuan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) telah menghalang pelancaran roketnya sebelum ini.
sumber: http://dairishare.blogspot.com/

Mengerikan! Belut Sepanjang 125 Cm Hidup di Perut Lelaki Ini


Dunia maya kali ini kembali dihebohkan dengan tersebarnya video yang memperlihatkan pasukandoktor yang tengah mengeluarkan seekor belut berukuran panjang 125 sentimeter dari dalam perut seorang lelaki.

Lelaki dalam video tersebut dikethui merupakan lelaki berasal dari Londrina yang tidak diketahui identitinya. Dalam video ini memperlihatkan pasukan doktor yang sedang melakukan pembedahan dan menarik seekor belut dari dalam perut lelaki tersebut.

Belut yang diapit tersebut kelihatan menggeliat-menggeliatkan tubuhnya dan kemudian di bunuh oleh pasukan doktor yang melakukan pembedahan tersebut.

Video tersebut mendapat perhatian dari banyak pengguna media sosial dan berjaya membuat sejumlah pengguna media sosial yang melihatnya menjadi terkejut. Namun, belum diketahui pasti bagaimana belut bersaiz besar itu boleh berada didalam perut lelaki Londrina tersebut.

Tapi, ternyata pesakit merasa kecewa terhadap tindakan pasukan doktor yang sengaja memvideokan proses pembedahannya, dan merasa bahawa hospital tersebut sudah memalukan.

Memang, dalam video itu juga terdengar suara tertawa dari pasukan doktor yang tengah melakukan pembedahan tersebut. Seakan-akan perkara ini sangat lucu bagi mereka, sehingga ketawa.

Kerana merasa terhina, akhirnya penyebaran video ini pun menjadi kes yang harus diselesaikan. Beberapa pihak sudah dipanggil untuk menjelaskan mengenai penyebaran video ini termasuk juga doktor bedah yang membedah lelaki tersebut.

Namun, menurut hasil penyelidikan ternyata kes yang menimpa lelaki malang ini sudah pernah terjadi di China, di mana ada seorang lelaki di China yang juga menjalani pembedahan untuk mengeluarkan belut didalam tubuhnya.
sumber: http://zamrispoon.blogspot.com/

Hamili kekasih, lelaki dibunuh dan dijadikan makanan buaya


Gambar hiasan

Seorang wanita asal Kota New York, Amerika Syarikat, bernama Melisa Schonfield, 57 tahun, ditahan polis kerana mengupah pembunuh untuk menghabisi nyawa bekas teman lelaki anak perempuannya. Mangsa setelah dibunuh, dihapuskan jejaknya dengan dijadikan makanan buaya.
.
Schonfield membayar US$ 12,000 kepada pembunuh upahan bagi membunuh lelaki berusia 36 tahun yang berasal dari Florida yang tidak disebut namanya itu seperti dilapor Emirates247, Rabu (5/11).

Bekas teman lelaki anak Schonfield itu diculik lalu dibunuh di tempat letak kereta sebuah pasaraya. Mayat lelaki malang itu kemudinannya dijadikan makanan buaya atas arahan Schonfield.

Wanita tersebut amat kesal dengan lelaki itu kerana enggan bertanggungjawab selepas menghamilkan anaknya.

Schonfield dibebaskan dengan jaminan bernilai US $ 500 ribu. Bulan depan, kes tersebut akan dibawa ke mahkamah.
Sumber: merdeka.com

Lelaki Pulas Leher Sendiri Di Pagar Sampai Patah

Pelik...macam-macam kerenah manusia sekarang ni. Biasa kita dengar orang nak bunuh diri terjun bangunan, minum racun, bakar, duduk kat rel kereta api dan lain-lain...tetapi kes ni lain sikit apabila seorang lelaki bertindak menyepitkan kepalanya dipagar besi kemudian bertindak memulas sehingga lehernya patah.

Kejadian mengejutkan itu berlaku di luar sebuah restoran di sini, semalam. Terdahulu, lelaki berkenaan sebelum itu dilihat beratur dalam restoran, tetapi keluar sebelum tiba gilirannya.

Menurut seorang saksi, Murat Laginov, kejadian berlaku ketika pelanggan berbaris untuk membeli piza dan burger di restoran berkenaan.


“Keadaan agak sibuk di dalam restoran. Saya melihat dia berdiri di belakang pekerja yang menyajikan makanan dan bercakap dalam telefon dengan nada agak kuat, mengenai pekerjaan.

“Mungkin ibu atau teman wanitanya. Dia kemudian keluar dari restoran itu dengan masih bercakap menerusi telefon.

“Tidak lama selepas itu, saya mendengar orang menjerit. Di luar restoran, saya melihat lelaki itu tergantung pada pagar dengan lehernya terkulai,” kata Laginov.

Menurutnya, lelaki itu dipercayai memasukkan kepalanya di antara pagar itu dan kemudian memulas badannya, hingga menyebabkan lehernya patah.

“Keadaan sungguh mengerikan,” kata saksi itu.

Sumy terletak berhampiran kawasan ketegangan etnik yang menyebabkan Ukraine berpecah kepada wilayah yang dikuasai Russia dan Ukraine.
Peperangan yang berlaku memusnahkan ekonomi serantau dan menyebabkan ramai yang menganggur.

Polis sehingga ini masih belum dapat mengenal pasti lelaki yang berusia kira-kira 30-an itu. 
sumber: kezoom

Parah Tercucuk 6 Batang Besi Di Leher

Seorang pekerja nyaris maut selepas enam batang besi tertusuk menembusi lehernya di Xiangyang, China.

Xie Mo yang dijangka pulih sepenuhnya terselamat kerana besi itu tidak mengena saluran darah utama atau tenggoroknya.

Kejadian berlaku ketika Xie Mo bekerja membina jambatan di Xiangyang di wilayah Hubei, timur China minggu lalu.

Xie Mo berada di atas jambatan itu apabila mesin yang digunakan untuk meluruskan besi di depannya tidak berfungsi.

Dia tidak sempat mengelak apabila besi itu melayang dan menusuk bahagian kanan lehernya.

“Leher saya tiba-tiba kebas sebelum saya rebah. Mujur saya tidak jatuh terus ke tanah,” katanya.

Dia dikejarkan ke hospital sambil memegang besi itu bagi mengelak ia bergerak.

Doktor terpaksa meminta bantuan bomba untuk memotong sebahagian besi itu, lima daripadanya lebih satu meter.

Xie Mo kemudian menjalani pembedahan untuk membuang baki besi itu dan dijangka pulih dalam masa beberapa minggu lagi. - Agensi
sumber:kezoom

Budu Cap Ketereh Kini Dalam Tiub


TUMPAT - Produk makanan tradisional budu yang lazimnya dipasarkan di dalam botol kini melalui proses inovasi apabila dijual dalam bentuk tiub seperti ubat gigi.

Inisiatif itu diambil oleh pengeluar budu terkenal Budu Cap Ketereh di sini menerusi inovasi yang dibangunkan bersama Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) serta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).

Pengusahanya Mat Ismail Jusoh berkata beliau mendapat ilham memodenkan pembungkusan budu keluaran syarikatnya selepas melawat China beberapa tahun lepas.

"Setelah saya memperkenalkan pembungkusan dalam bentuk peket sekitar beberapa tahun lepas, saya menerima maklum balas daripada pelanggan yang turut mencadangkan budu diisi di dalam tiub yang lebih mudah diguna.

"Malah, pembungkusan di dalam tiub ini juga menyelesaikan masalah penggemar yang mahu membawa budu ketika ke luar negara kerana pek di dalam botol memang tidak dibenarkan dibawa dalam penerbangan," katanya yang ditemui pemberita selepas pelancaran kilang budunya di Kampung Ketil oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, hari ini.

Katanya budu itu boleh diperoleh dalam tiub 100 mililiter dan sudah berada di pasaran sejak enam bulan lalu.

"Diharapkan dengan pembungkusan dalam tiub yang moden dan bersih ini juga akan membantu usaha menembusi pasaran antarabangsa," katanya yang tidak menolak kemungkinan akan mengurangkan pembungkusan menggunakan botol secara berperingkat jika budu di dalam tiub mendapat sambutan baik.

Usahawan berusia 63 tahun itu berkata beliau mengusahakan perniagaan itu lebih 30 tahun lalu selepas bekalan ikan bilisnya banyak dan tidak terjual.

"Pada peringkat awal saya hanya membuat budu secara kecil-kecilan dan dalam tempoh beberapa tahun berjayamendirikan kilang," katanya yang kini mempunyai 80 pekerja dengan pengeluaran 4,000 botol setiap hari serta mencatat nilai jualan RM10 juta setahun. - Bernama
sumber;http://realitiabadi.blogspot.com/

Warga Bangladesh Bertukar Jadi Orang Minyak

Kesian ade....kelakar pun ade bila seorang pekerja warga Bangladesh bertukar menjadi orang minyak selepas terjatuh dalam tangki minyak berisi cecair tar, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa seorang pekerja di sebuah kuari terpaksa berendam dalam takungan cecair tar selama 20 minit sebelum berjaya diselamatkan setelah jeritannya didengari rakan sekerjanya.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa yang berusia 30-an sedang melakukan kerja penyelenggaraan bagaimanapun ketika cuba mengambil peralatannya yang terjatuh ke dalam tangki berisi cecair tar tersebut dia tergelincir dan turut tercampak ke dalam tangki.

Menurut sumber, mangsa menjerit meminta tolong beberapa lama sebelum pekerja lain menyedari kejadian itu dan berusaha membantu mengeluarkan mangsa.

“Pekerja warga Bangladesh ini dibawa keluar menggunakan tali yang diikat pada sebuah jengkaut kerana usaha awal membantu dengan cuba menariknya ke atas tidak berhasil.

"Ketika dia berjaya ditarik keluar, dia begitu keletihan serta tidak bermaya. Malah, seluruh tubuhnya dipenuhi tar seperti orang minyak," katanya.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Pegawai Bomba Salim Mansor berkata, pihaknya turut menerima panggilan berhubung kejadian itu yang memaklumkan ada seorang lelaki terjatuh dalam tangki minyak.

“Pihak kami menerima panggilan jam 10.02 pagi dan bergegas ke tempat kejadian menaiki sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota.

"Sebaik tiba di sana didapati mangsa telah dibawa keluar oleh rakan sekerjanya daripada tangki tersebut," katanya. 
sumber:kezooom

3 Anak Kucing Dibaling Dari Tingkat 9


Sayu Hati.. Nasib yang menimpa 3 ekor anak kucing, dipercayai dilempar dari tingkat 9. Lagi sayu bila lihat ibu kucing sedang belek2 mayat anak2nya…


Berikut adalah status saksi kejadian, Qiemy Myra Aimy

“Kejammmmmm!!!Sampai2 kawasan parking rumah, tiba2 terperanjat dengar bunyi kuat jatuh dari atas. Nampak sangkar kucing berisi 3 ekor anak kucing pecah diatas jalanraya. Bila pandang atas, tiada siapa2 dikawasan tangga pangsapuri.
2 ekor terkuar dari lubang sangkar yg pecah mengeletek dan mati. Sekor lagi mengerang kesakitan dan mati selang beberapa minit kemudian.
Jiran yang mendukung anak terperanjat sebab sangkar kucing tu betul2 jatuh 5 meter dihadapannya. Anak2 jiran cari ibu kucing dan letak berhampiran anak kucing. (Lihat gambar)
Ajk penduduk kenal owner sangkar kucing, tinggal di tingkat 9. Apabila dihubungi, owner sangkar kucing masih berada di KL otw balik rumah dari tempat kerja.
Mungkinkah perbuatan khianat?. Masalahnya ‘apa salah anak2 kucing ni sampai kena campak dari tingkat 9?’”

Sumber 

Alfatihah! Pelajar SPM Pecah Kepala Digilis Lori

Assalamualaikum... Seorang pelajar perempuan sekolah menengah bersama neneknya telah dilanggar dengan teruk oleh lori mengikut sumber tempat kejadian adalah di Batu Pahat, Johor. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan kelalaian lori ataupun pihak mangsa. Kita haruslah berhati-hati di jalan raya, bak kata pepatah malang tidak berbau. Apabila ajal sudah sampai, maka tidak akan terlewat walau sesaat pun kita dapat mengelaknya.

[3 Gambar] Besi Tertusuk Pada Punggung Gadis Cantik

Menerusi Harian Metro sebentar tadi, seorang gadis berusia 17 tahun terselamat dan bernasib baik walaupun anggota tubuhnya tertusuk tiga batang besi setelah jatuh dari atas sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan.
Difakamkan batang besi tersebut menembusi paha dan perut gadis tersebut sehingga terpaksa menahan kesakitan selama hampir 12 jam.

Gadis yang bernama Lovely dan berasal dari kampung Basantpur mengalami kemalangan ngeri itu selepas dia terjatuh dari tiang simen ketika hendak tidur.

Ikan Piranha Makan Manusia Yang Mengerikan (5 Gambar)

Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai spesis ikan piranha yang ganas dan memakan apa saja lalu di hadapan mata ia termasuklah manusia seperti dalam filem-filem Piranha daripada tahun 1960-an lagi.

Haiwan yang mempunyai muka yang garang dan gigi yang tajam serta taring yang panjang memudahkan ia untuk membaham dan meratah mangsa di dalam air dan permukaan air.
Kita lihat gambar-gambar selepas serangan ikan Piranha ini dan keadaannya agak sadis dan mengerikan. Untuk yang lemah semangat dinasihatkan jangan lihat gambar yang seterusnya ya!
Tapi terpulang pada anda sendiri untuk menilai gambar di atas ini sama ada ianya adalah benar daripada serangan ikan piranha atau sekadar prop untuk filem Piranha di Hollywood. Maklum sajalah filem Piranha cukup laku di pawagam apabila ditayangkan. Hoh!

Ngeri!! Jari Mereput Kerana Tak Dapat Tanggalkan Cincin [3 FOTO]

Ngeri melihat gambar-gambar ini. Adakah ia merupakan gambar betul?? Wallahualam. Tapi Inilah natijahnya apabila memakai cincin hingga satu jangkamasa yang terlalu lama. Nampaknya kalau tiada usaha lain, jari ini berkemungkinan besar terpaksa dipotong.

Bagi anda yang suka memakai cincin, ini adalah satu peringatan kepada supaya tidak leka atau terlupa mencabut cincin anda. Percaya atau tidak, 4 keping gambar dibawah sebagai buktinya.
Sumber