[x]

Showing posts with label Info Dunia. Show all posts
Showing posts with label Info Dunia. Show all posts

Foto Terakhir Pendaki Sebelum Maut Ditimbus Letupan Gunung Berapi

Izumi Noguchi mengabadikan foto awan panas bercampur abu gunung berapi raksasa dari Gunung Ontake di Jepun, yang meletus pada Sabtu minggu lepas, 27 September 2014 ketika sesaat sebelum kepulan itu terhempas dan menamatkan hidupnya.

Gambar berkenaan menunjukkan saat-saat selepas Gunung Ontake meletus sehingga mengeluarkan kepulan gas dan abu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 47 orang disahkan telah terkorban, sementara 16 lagi masih belum ditemui. Sebahagian besar mangsa yang terkorban ditemui berhampiran puncak adalah pendaki gunung.

Salah seorang mangsa yang terkorban adalah Izumi Noguchi. Mayat lelaki berusia 59 tahun itu ditemui di berhampiran bangunan kuil di puncak Gunung Ontake.

Pasukan penyelamat SAR yang menemui mayatnya, turut menjumpai kamera di sisinya. Di antara foto-foto yang telah diambil mendiang adalah pemerhatian dari awan panas besar yang menghampiri kearahnya.


Isteri mangsa, Hiromi, memutuskan untuk menerbitkan foto-foto terakhir yang diambil mendiang suaminya sebagai bentuk penghormatan atas kenangan terakhirnya.
Sementara itu, doktor membuat andaian seluruh korban yang kehilangan nyawa akibat kecederaan parah disebabkan hujan batu yang meletus dari gunung.



Menurut mereka yang terselamat berkata, mereka lari lintang-pukang menyelamatkan diri dari 'hujan' batu dan serpihan yang menghujani mereka. Sementara hawa panas bercampur abu menerpa wajah mereka.

Manakala doktor yang merawat 70 mangsa yang terselamat mengatakan, sebahagian besar daripada mereka mengalami lebam, luka dan patah di bahagian punggung.

Sebahagian daripada mereka mengalami kerosakan paru-paru dan organ lain.



sumber: kezoom

Pakar Godam 12 Tahun Ini Asalnya Dari China

Seorang budak berusia 12 tahun dari China, Wang Zhengyang, telah berjaya menggodam sistem komputer sekolah dan juga sistem jual beli online, namun begitu mendakwa dia menggodam hanya kerana mahu membantu memperbaiki masalah keselamatan di dalam sistem.

Wang memecah masuk sistem sekolah dan kemudiannya memberitahu syarikat yang membuat sistem mengenai isu keselamatan tersebut.

Wang dikatakan mula belajar menggodam kerana malas membuat kerja sekolahnya. Tapi menurut Wang, dia hanya menggodam kerana mahu memperbetulkan masalah dan dia adalah seorang penggodam 'white hat'.

"Saya cuma mahu memperbaiki website", katanya di Konferens Keselamatan Internet China di Beijing pada hujung bulan lepas.

Young hacker ... Wang Zhengyang speaks at the China Internet Security Conference in Beijing.

Anda perlu menyerang website untuk mengetahui kelemahannya", tambahnya lagi.

Wang juga pernah menggodam sebuah laman web jual beli online dengan menukar produk dari 2500 yuan kepada 1 yuan, tapi kemudiannya melaporkan kepada pengurus laman web berkenaan mengenai isu itu.
 sumber:kezoom

Putera William Dan Kate Middleton Bakal Timang Anak Kembar


Kisah hidup cinderella ini bukan lagi rahsia semenjak dia menjadi isteri kepada Putera William.

Baru-baru ini pihak Istana Kensington telah mengumumkan secara rasmi bahawa Kate Middleton bakal menimang cahaya mata buat kali kedua.

Seperti biasa, perkhabaran berita ini merebak ke seluruh dunia hinggakan ramai yang tidak sabar ingin mengetahui keadaan Kate dan jantina yang bakal dilahirkan.

Kate juga sering mengalami ‘alahan mengandung’ yang dikenali sebagai hiperemis gravidarium atau ‘morning sickness’ seperti ibu mengandung yang lain.

Baru-baru ini, Kate dan Putera William memberi kejutan manis dengan mengumumkan kepada anak kedua mereka ialah kembar.

Memetik petikan Majalah Star, Kate dan William sangat gembira dengan hasil pemeriksaan “ultrasound” yang telah dijalani .

“William memberitahu kami ,apabila mereka melihat dua tubuh bayi di monitor USG, mereka sangat terkejut dan dia tidak akan lupa reaksi Kate dimana mulut Kate ternganga dan matanya terbeliak sambil menjerit “ohhh my god”! , “ujar salah satu teman William dan Kate.

Putera William dan Kate Middleton berkahwin pada 29 April 2011 di Westminster Abbey, Inggeris. Pasangan ini dianugerahkan dengan seorang bayi lelaki pertama yang diberi nama George Alexander Louis.
Tahniah, Putera William dan Kate Middleton! 
sumber: http://www.matabulat.my

Gambar Pertarungan Gajah Dengan Badak

Pertarungan sengit terjadi antara badak betina dan gajah setelah sang badak berusaha menyelamatkan anaknya dari serangan sang gajah di sebuah taman negara di Afrika.

Badak betina tersebut mati keesokan harinya kerana kecederaan parah yang dialaminya





















sumber: http://realitiabadi.blogspot.com/

Penderma Tak Dikenali Tawar AS$30 Juta Kepada Sesiapa Dedahkan Dalang Tragedi MH17


LONDON: Seorang penderma yang tidak dikenali telah mendepositkan AS$30 juta(RM96.53 juta) ke akaun sebuah firma penyiasatan persendirian Jerman untuk ditawarkan kepada mana-mana pihak yang dapat mengemukakan bukti siapakah yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada 17 Julai lalu di ruang udara Timur Ukraine.

Ia adalah wang tawaran paling besar dalam sejarah dunia - mengatasi jumlah yang ditawarkan untuk menangkap Osama bin Laden.

Tanggungjawab untuk memulakan penyiasatan persendirian itu diserahkan kepada Wifka, sebuah firma yang berpusat di Schleswig-Holstein di Utara Jerman.

Wifka dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh sebuah media berbahasa Inggeris Jerman, The Local, menegaskan sejak kejadian pembunuhan itu yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, semua orang menyebut bahawa mangsa-mangsa itu memerlukan pembelaan dan sanak keluarga mereka serta masyarakat antarabangsa juga memerlukan jawapan siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan.

Malangnya, kata Wifta, belum ada satu pun daripada persoalan ini dijawab walaupun siasatan ke atasnya sedang dijalankan oleh sebuah jawatankuasa antarabangsa.

Kini, tanggungjawab untuk mencari jawapan tersebut telah diserahkan kepada seorang pakar penyiasat persendirian yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang ini iaitu Josef Resch.

"Setiap orang ada harganya. Ia hanyalah persoalan berapa banyak," kata Resch yang yakin tawaran AS$30 juta itu akan membuka mata mereka yang ada harga.

Resch juga mengesahkan yang dia telah pun menerima upah sebanyak Euro 40,000 untuk memulakan penyiasatannya dan dia tidak ragu-ragu akan menemui orang yang bersedia menerima wang sebanyak itu (AS$30 juta) untuk mendedahkan kebenaran di sebalik insiden itu.

Wifka menegaskan, sesiapa sahaja yang dapat mendedahkan - siapakah yang bertanggungjawab dan terlibat dalam menembak pesawat MH17 itu, siapa yang menyembunyikan kebenaran di sebalik kejadian itu dan apa yang telah terjadi kepada senjata yang digunakan untuk menembak jatuh MH17 - akan menerima hadiah wang tunai AS$30 juta yang ditawarkan itu.

Malah Wifta juga memberi jaminan bahawa orang yang mendedahkan semua kebenaran ini akan diberikan identiti baru sebagai langkah perlindungan.

Wang hadiah tersebut kini tersimpan di Zurich, tetapi Wifka sekali lagi menegaskan yang mereka tidak tahu siapakah penderma nya. Identitinya menjadi rahsia.

Satu-satunya maklumat yang mereka ada ialah, pihak yang menjadi orang tengah dalam rundingan ini bertutur dalam loghat Switzerland.

Jumlah tawaran AS$30 juta itu melebihi jumlah wang yang ditawarkan kepada sesiapa yang dapat mendedahkan maklumat sehingga tertangkapnya Osama bin Laden iaitu sebanyak AS$25 juta (RM80.45 juta).
sumber: http://www.mstar.com.my/

MEKAH- 5 Pekerja Maut, Dinding Tembok Runtuh [5 Gambar]

Lima pekerja binaan terbunuh apabila sebuah tembok penahan setinggi 15 meter tumbang di lokasi pembinaan Jabal al-Kaaba di sini, menurut Jabatan Pertahanan Awam.



Laman web, arabnews.com melaporkan, pasukan penyelamat dan pekerja binaan lain terpaksa menggunakan jentera berat bagi menggali mayat mangsa yang tertimbus dalam tanah dan konkrit yang digunakan sebagai tembok penahan.

Status warganegara kelima-lima mangsa masih belum diketahui.






Sumber : http://www.utusan.com.my

Lena lepas mencuri

Sarasota (Florida): Seorang pencuri ditangkap selepas polis menemuinya tertidur di atas katil di rumah mangsa.

Polis sempat merakam gambar dia terlena sebelum mengejutkannya.

Dion Davis, 29, ditemui tertidur di atas katil di sebuah rumah di Sarasota County oleh seorang pembantu rumah yang kemudian menelefon polis.

Di sebelahnya ialah beg plastik berisi barang kemas milik tuan rumah yang diambilnya sebelum dia tertidur.

DAVIS lena di atas katil di rumah mangsanya.

Apabila polis tiba, mereka merakam gambar Davis dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Davis kelihatan benar-benar lena sehinggakan tindakan polis itu gagal menyedarkannya.

Davis yang menyifatkan dirinya sebagai ‘Juruteknik Kelengkapan Keselamatan’ dalam Facebooknya ditahan dan dituduh merompak.

Pembantu rumah itu memberitahu polis, dia tiba untuk membersihkan rumah berkenaan dan mendapati tingkap dapur terbuka serta Davis lena di atas katil.

Polis berkata, pencuri berkenaan sebelum itu menyelongkar laci dan almari di seluruh rumah berkenaan untuk mencari barang berharga.- Agensi

BILA AKTRES FILIPINA BERBAJU SEKSI TERLAMPAU


Kita sedia maklum, aktres Filipina boleh dikatakan antara pelakon wanita paling daring dan seksi apabila tampil dalam drama dan filem.

Justeru apabila berlangsung majlis gilang gemilang untuk penggiat seni di sana pada Sabtu lepas, ia menjadi medan para aktres tampil dengan fesyen pakaian paling menarik dan menggiurkan.





Bagaimana pun seperti biasa dalam mana-mana acara besar pasti ada selebriti yang sangka mereka telah tampil dengan pakaian yang disangka paling anggun tapi hakikatnya pilu.

Maka mereka pun menjadi perhatian pada malam tersebut bukan kerana penampilan menarik tetapi sebagai calon selebriti berpakaian paling hodoh.

Kesimpulannya, acara Star Magic Ball ke-8 pada tahun ini menyaksikan pelakon yang juga penari, Kristel Moreno dinobatkan sebagai selebriti berpakaian paling buruk diikuti beberapa selebriti lain.




Rata-rata yang berkongsi gambar Kristel di laman sosial menggunakan hashtag #selfconfidence jadi pengajarannya di sini adalah; kalau badan berlipat sana sini jangan nak yakin diri pakai baju dedah sangatlah kot..

Sumber : MYNEWSHUB

Demam’ iPhone 6 Melanda Dunia

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus

PENANTIAN kini berakhir… Sekarang tiba masa untuk peminat tegar koleksi keluaran Apple untuk terus berbangga dengan produk terbaharu syarikat gergasi itu.

Selepas beberapa bulan dihujani dengan spekulasi dan andaian, iPhone 6 kini di lancarkan. Seluruh dunia hari ini ibarat ‘dipukau’ dengan aura kecanggihan dan reka bentuk yang bakal dinikmati oleh pemilik iPhone 6.

Laman sosial, Twitter antara medium utama dijadikan sebagai platform untuk pengguna produk Apple dan bakal pemilik iPhone 6 meluahkan perasaan tentang keterujaan mereka terhadap produk itu.

Dengan hashtag #iPhone6, pelbagai carian mengenai peranti tersebut dapat diperolehi dimana, rata-rata mengambarkan reaksi yang positif serta tidak sabar untuk memiliki gajet tersebut.

Malam tadi, Apple melancarkan dua versi terbaharu iPhone - iPhone 6 dan iPhone 6 Plus dengan menampilkan saiz skrin besar iaitu 4.7 inci dan 5.5 inci yang disifatkan sebagai “kemajuan terbesar dalam sejarah iPhone”.

Menjadi trending di Twitter, iPhone 6 disifatkan sebagai keluaran menakjubkan yang mesti dimiliki orang ramai dengan kadar segera.


Pengguna laman sosial, Twitter teruja dengan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus

Manakan tidak, sebelum ini portal berita antarabangsa melaporkan, orang ramai dan bakal pembeli iPhone 6 mula beratur panjang dan sanggup tidur di depan Apple Store, New York untuk menjadi antara yang terawal memiliki produk terbaharu keluaran Apple itu.

Lebih membanggakan, selain iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, Apple turut memperkenalkan jam pintar yang dikenali sebagai Apple Watch.

iPhone 6 akan mula berada di pasaran pada 19 September (dijangka berada di Malaysia penghujung tahun ini), namun bakal pembeli iPhone 6 boleh membuat tempahan awal (pre-order) pada 12 September 2014 dengan harga yang ditawarkan seperti berikut (Pasaran Singapura):

iPhone 6

16GB — SG$919 dalam lingkungan RM2,331

64GB — SG$1,086 dalam lingkungan RM2,755

128GB — SG$1,198 dalam lingkungan RM3,039

iPhone 6 Plus

16GB — SG$1,086 dalam lingkungan RM2,755

64GB — SG$1,198 dalam lingkungan RM3,039

128GB — SG$1,347 dalam lingkungan RM3,418


Bakal pemilik iPhone 6 mula berada sekitar Apple Store beberapa hari lalu untuk melihat dan memiliki keluaran terbaharu Apple


Jadi, anda bersedia untuk memiliki iPhone 6 dan iPhone 6 Plus?

Perempuan Simpanan Dibelasah Dan Dibogelkan Tepi Jalan


Seorang wanita yang dipercayai menjadi perempuan simpanan telah dibelasah manakala bajunya dikoyakkan sehingga menampakkan payudaranya di sebatang jalan dekat Yulin, China baru-baru ini.

Orang ramai cuba untuk menghalang tetapi kumpulan wanita tersebut seperti naik hantudengan memukul dan membelasah mangsa tanpa belas simpati.

Tindakan pantas orang awam di sekeliling akhirnya berjaya menyelamatkan mangsa daripada dilucutkan seluarnya.