Zhafir Muzani Tidak Peduli Diskriminasi Watak
Berada di lapangan dunia seni memberikan kebebasan buat pelakon pendatang baru, Zhafir Muzani yang mulai dikenali menerusi siri televisyen Oh My English ini untuk meneroka pelbagai lagi cabang dunia seni yang saling berkait rapat itu.
Tidak hanya secara praktikal, penuntut program dalam kursusditawarkan jabatan Teknologi Kreatif & Artistik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini turut menimba ilmu dalam bidang seni secara teori melalui program peringkat Ijazah yang masih berbaki dua semester itu.
Biarpun merasakan peluang serta tawaran yang diterima Zhafir atau Mazli di OME ini terhad kepada sesuatu watak, pelakon remaja ini tidak terasa didiskriminasi sebaliknya situasi tersebut dapat memberikannya lebih waktu untuk menumpukan kepada pelajaran serta minat dalam dunia seni.
“Saya percaya pada rezeki yang Allah SWT dah tetapkan kepada saya. Selagi ikhlas dan minat tidak luntur saya akan terus berjuang dlm bidang ini kerana ini merupakan passion saya. Kalau nak cakap pasal diskriminasi, perkara itu berlaku dimana-mana.
“Memang kalau dah tiada rezeki dalam bidang lakonan pun saya tetap akan terus bergiat dalam dunia seni tapi mungkin dengan profesion yang berbeza seperti di bidang akademik. Famili pun sokong dan memberikan pandangan positif kepada perkembangan karier seni saya.
“Buat masa ini saya juga selesa dengan jadual harian dan komitmen yang perlu saya penuhi. Penggambaran OME sahaja buat masa ini yang perlu saya beri tumpuan dan waktu selebihnya akan dipenuhi dengan pelajaran atau sebarang aktiviti seni lainnya,”jelas Zhafir yang bakal muncul sebagai watak utama dalam sebuah teater drama tari arahan Nik Nabil yang berjudul Memori: Cerita Sang Andhika Pramuthya.
Berbicara tentang penglibatannya dengan pementasan debut oleh Nik Nabil, Zhafir akui memang teruja untuk menjayakan watak Andhika Pramuthya namun gementar kerana cabaran yang ada pada watak fiksyen ini.
“Bayangkan tanpa dialog dan harus memakai topeng, saya harus menzahirkan watak Andhika dengan gaya tersendiri. Medium yang akan digunakan adalah dengan pergerakan seni tari bagi menghidupkan watak tersebut.
“Ini merupakan percubaan pertama saya dan saya akui ia adalah satu ilmu baru yang dapat saya pelajari dan terima kasih kepada Nik Nabil kerana memberikan peluang kepada saya untuk membawakan watak utama dalam pementasan ini,”cerita pelajar jurusan Pengarahan Pentas di UiTM ini.
sumber:http://www.murai.com.my
0 comments:
Post a Comment