[x]

Showing posts with label Info Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Info Luar Negara. Show all posts

Kisah Ngeri Wanita Tukang Rasa Makanan Hitler


Tidak tergambar siksanya bagi sesiapa sahaja yang pernah hidup di zaman Adolf Hitler sedang berkuasa ketika itu. Setiap hari yang dilalui akan dipenuhi dengan rasa ketakutan, terutamanya bagi tukang rasa makanan untuk diktator Jerman ini. Sekiranya makanan yang akan diberikan kepada Hitler mengandungi racun, maka si tukang rasa makanan itu dululah yang akan maut.

Kisah ini dialami sendiri oleh Margot Woelk. Selama lebih dari setengah abad, wanita ini menyimpan sendiri kisah menakutkan itu dari pengetahuan dunia luar, bahkan suaminya sendiri tidak tahu akan kisahnya itu.

Walaubagaimana pun, beberapa bulan setelah ulang tahun nya yang ke-95, wanita yang juga merupakan seorang janda tanpa anak ini menceritakan kisah sedihnya itu pada seorang wartawan tempatan di Berlin.

Wanita ini juga pernah menjadi mangsa rogol selama 14 hari tanpa henti. Kekejaman yang dirasakannya sangat tragis kerana dia dirogol oleh sekumpulan tentera Soviet. Namun, dia mengambil keputusan untuk merahsiakannya bertahun-tahun lamanya sehinggalah dia sendiri yang membuka rahsia tersebut ketika usianya sudah tua.

Woelk bekerja untuk Hitler semasa usianya masih dalam lingkungan 20 tahun. Dia bertugas bagi memastikan bahawa semua hidangan bebas racun sebelum dihantarkan kepada Hitler. Namun, Woelk tidak bersendirian. Dia bekerja bersama 14 tukang rasa makanan yang lain dan kebanyakkan mereka adalah wanita muda.

“Hitler sangat paranoid yang orang-orang British akan meracuninya. Maka, dia memerintahkan 15 orang gadis untuk merasa makanan tersebut sebelum dia memakannya,” ungkap Woelk kepadaAssociated Press pada 26.4.2013.

Selama 2 setengah tahun Woelk bertugas sebagai tukang rasa makanan, Hitler langsung tidak pernah makan makanan yang terdiri daripada daging.

“Dia seorang vegetarian,” kata wanita ini. Hanya asparagus, paprika, dan sayuran terbaik yang akan dihantarkan kepada Hitler. “Makanannya lazat dan selalu disajikan dengan nasi atau pasta,” tambah Woelk.

Perang Dunia ke-II memaksa orang-orang Jerman untuk memakan makanan yang sedia ada kerana berlakunya kekurangan bahan jualan. Dalam hal ini, Woelk amat beruntung kerana boleh merasa hidangan yang enak. Bagaimanapun, dia dan kawan-kawannya tak mampu menikmati sajian tersebut kerana terus dibayangi ketakutan akan diracun.

“Setiap hari, kami takut makanan ini akan menjadi santapan terakhir kami,” kata Woelk. Meskipun bertugas sebagai tukang rasa makanan, dia mengaku tak pernah melihat susuk tubuh Hitler secara langsung.

Semasa tentera Soviet menyerang Jerman, Woelk bersembunyi di Berlin, sekitar 700 km dari markas Hitler di Rastenburg. Namun, 14 kawan-kawannya yang lain bertahan di Rastenburg. Selepas serangan tersebut, barulah Woelk mendapat tahu bahawa mereka semua telah ditembak mati oleh pasukan tentera Soviet.

Woelk selamat, namun pasukan Soviet menemuinya di Berlin dan merogolnya selama 14 hari berturut-turut. “Sebab itulah saya tak mampu mempunyai anak. Mereka telah menghancurkan segalanya,” kenangnya.

Suaminya yang bertugas sebagai tentera selamat dari perang, namun sudah meninggal dunia 23 tahun yang lalu.

Woelk berusaha membina kembali kehidupannya dan melupakan kisah pilu yang pernah dia alami. Diacuba memadamkan memori tersebut kerana malu dan takut diancam kerana pernah bekerja untuk pihak Nazi, meskipun dia berkeras tidak pernah bergabung sebagai ahli atau anggota parti tersebut.

Menjelang akhir hidupnya, barulah Woelk berasa perlu menghapuskan memori tersebut dengan menceritakan kisahnya. “Selama berpuluh-puluh tahun, saya berusaha menghilangkan ingatan tersebut. Namun, kenangan itu selalu menghantui saya setiap malam,” ujarnya.




sumber:dairishare

Di Hukum Mati Kerana Tukar Lirik Lagu Kebangsaan

Bukan senang bila berada dinegara lur, apatah lagi berada di negara yang undang-undangnya agak luarbiasa. Terbaru, seorang pemimpin kanan tentera Korea Utara dihukum mati hanya kerana menukar lirik lagu kebangsaan.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan telah mengarahkan salah seorang pemimpin kanan tenteranya diheret keluar dari rumah dan ditembak mati kerana menukar lirik lagu kebangsaan negara itu ketika menyanyi karaoke.

Kim dilaporkan marah selepas mengetahui bahawa lelaki itu menukar lirik lagu `terima kasih kepada parti kita’ kepada `terima kasih pada parti awak’ serta lirik `benci kepada musuh, cintakan tanahair’ kepada `benci isteri awak, cintakan perempuan simpanan’.

Lelaki berkenaan kemudiannya ditembak mati oleh sepasukan penembak di luar rumahnya, pada keesokan hari. Kerajaan Korea Utara menganggap ini sebagai satu pemberontakan.

Sebelum ini, nyanyian lagu karaoke lagu kebangsaan dianggap selamat di Korea Utara namun kini aktiviti itu perlu dikaji semula oleh penduduknya.

Ini kerana mereka mungkin berdepan risiko ditembak mati oleh skuad penembak jika menyanyikan lirik lagu yang salah.

Baru-baru ini, seorang bekas pemimpin kanan tenteranya juga ditembak mati.

Cuma kali ini kesalahannya adalah kerana menonton cerita dari barat.
sumber:kezoom

Pelajar Harvard Universiti Anggap US Lagi Bahaya Dari IS

Pelajar Harvard menganggap Amerika Syarikat (AS) sebagai ancaman lebih besar terhadap keamanan dunia berbanding kumpulan Negara Islam (IS), menurut kaji selidik dijalankan terhadap pelajar universiti terkemuka dunia itu.

Akhbar Campus Reform - yang dianggap pengasasnya sebagai kumpulan pemerhati kampus untuk pelajar konservatif dengan menemu ramah para pelajar di universiti Liga Ivy itu dengan menyoal:

“Siapa yang paling mengancam keamanan dunia, IS atau AS?”

Pelajar yang dirakam dalam video berkenaan rata-rata menganggap dasar campur tangan antarabangsa AS lebih berbahaya berbanding IS walaupun ramai tawanan Barat dipenggal kumpulan berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Menurut seorang pelajar: “Sikap imprealisme AS dan usahanya melindungi kepentingan sumber minyak di Asia Barat Tengah dilihat sebagai punca kepada ketidakstabilan di rantau terbabit seterusnya dianggap punca kumpulan seperti IS mampu menyebarkan pengaruhnya.”

Perkara itu dipersetujui seorang lagi pelajar yang menganggap kebanyakan masalah dimulakan AS sendiri.

“Sebagai negara barat kita sendiri patut dipersalahkan kerana banyak masalah yang kita hadapi sekarang sebenarnya akibat perbuatan kita sendiri.

“Saya rasa tidak salah jika dikatakan bahawa kita sebenarnya yang mengakibatkan IS menjadi masalah,” katanya.

Temu ramah dikendalikan pengarang Campus Reform, Caleb Bonham yang juga kerap menjadi tetamu rangkaian berita Fox.

Dia bagaimanapun mengkritik pandangan dikemukakan pelajar terbabit, sebaliknya menganggap pendirian mereka sekadar membuktikan wujudnya aliran pemikiran ‘belasah Amerika.’

“Malangnya terlalu ramai pelajar menganggap perbuatan itu sebagai pemikiran secara intelektual.

“Disebabkan itu mereka sengaja memikirkan logik untuk mengesahkan pandangan mereka bahawa AS menjadi ancaman lebih besar berbanding pertubuhan militan yang melakukan pembunuhan, pengeboman dan memenggal penentangnya,” katanya Bonham.- Agensi
sumber:KEZOOM

Lelaki Kaya Dari Arab Pamer Kereta Lambogini Bersalut Emas Di Paris







sumber:Dairishare

Lelaki Maut Di Baham Harimau Putih

 Seorang lelaki India bernama Maqsood berusia 22 tahun di percayai terjatuh kedalam kandang harimau putih di Zoo New Delhi semalam. Menurut orang ramai, lelaki tersebut telah diberi amaran agar tidak mendekati pagar harimau tersebut.

















Mangsa dipercayai telah memanjat dinding dan terjatuh ketika sedang mengambil gambar secara lebih dekat harimau putih tersebut.

Walau bagaimana pun pemuda tersebut didapati telah mati ketika anggota penyelamat tiba. Menurut Dailymail, lelaki tersebut ketika kejadian berada dibawah pengaruh alkohol. Hurmm....sendiri mau ingat laa kan. Video seterusnya dibawah....

 

Budak Parah Otak Tertusuk Penyepit Makanan


Seorang budak berusia dua tahun cedera parah akibat tertusuk kayu penyepit makanan pada hidung hingga kira-kira 7.6 sentimeter ke otaknya.
Budak yang berasal dari Wuhan, Hobei, dikejarkan ke hospital untuk diselamatkan.

Jurucakap hospital berkata, pakar pembedahan mengambil masa selama empat jam untuk mengeluarkan penyepit makanan berkenaan.

“Budak itu dijangka pulih dan dibenarkan pulang tidak lama lagi,” katanya.

Doktor berkata, walapun kayu itu menusuk jauh ke dalam otak, ia tidak merosakkan sebarang saraf atau salur darah penting.

Sementara itu, bapa budak berkenaan berkata, dia tidak tahu bagaimana kejadian mengerikan itu boleh berlaku.

Katanya, dia sedang memandang ke arah lain apabila anaknya tiba-tiba menjerit.

“Saya berpaling melihat dia dan terkejut apabila penyepit makanan masuk ke kepalanya melalui lubang hidung,” katanya.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Polis Asyik Selfie Depan Seorang Lelaki Yang Mahu Bunuh Diri


Seorang polis di Turki dikecam kerana berselfie didepan orang yang mahu bunuh diri.

Kisah ini bermula ketika seorang lelaki yang bernama Sadrettin Saskin, 35, ingin membunuh diri dengan melompat di atas jambatan.

Pihak polis yang sampai di tempat kejadian bukannya berusaha untuk menyelamatkan Saskin tetapi asyik berselfie dengan latar belakang Saskin yang ingin bunuh diri tersebut.


Akibat tindakan polis ini Saskin nekad melompat ke bawah dan dia kemudiannya disahkan mati.

Selepas kejadian itu, foto polis tersebut tersebar di jejaring sosial dan mendapat kecaman dari ramai pengguna internet.

Ramai yang mengatakan polis tersebutlah yang membuat Saskin menjadi semakin nekad untuk bunuh diri.

Polis Turki mengatakan akan mengenakan tindakan kepada polis tersebut kerana telah melakukan kesalahan.
sumber: http://realitiabadi.blogspot.com/

Lelaki ini berharap usahanya bakal menambat semula hati isterinya



Seorang lelaki sanggup menunggu di kedai Apple selama 44 jam untuk membeli telefon iPhone 6 dalam usaha menambat semula hati isterinya. Darius Wlodarski mula beratur di Cabot Circus, Bristol di barat daya England, Rabu lalu, hampir dua hari sebelum telefon bimbit terbaru itu mula dijual. Dia antara yang berada di barisan depan sebelum orang lain beratur kerana mahu memastikan dia dapat membeli telefon itu. Wlodarski, 41, kelahiran Poland yang berpisah dengan isterinya, Joanna bulan lalu mengaku masalah rumah tangganya berpunca daripadanya.

“Selepas 20 tahun berkahwin, dia meninggalkan saya bulan lalu kerana saya bukan suami dan bapa yang baik. “Saya banyak melakukan kesilapan. Saya mahu meminta maaf kepada isteri dan anak saya.” Selepas membeli iPhone pertama untuk isterinya beberapa tahun lalu, Wloddasri berharap model terbaru itu akan menggembirakannya, sekali gus bersedia untuk memaafkannya. - Agensi
sumber: Lulupages

Polis Australia Mohon Bantuan Orang Ramai

Pihak berkuasa Australia mengesahkan identiti kanak-kanak Malaysia yang maut selepas tercampak daripada permainan berputar di Royal Adelaide Show, Australia, Jumaat lalu dikenal pasti sebagai Adelene Leong yang berusia lapan tahun.

Menurut kenyataan yang keluarkan Polis Australia Selatan di Facebook, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan permainan berkenaan diminta tampil membantu siasatan.

"Orang awam yang mempunyai maklumat mahupun ada mengambil gambar atau merakam video permainan AirMaxx 360 diminta tampil membantu siasatan kerana kami berharap untuk mendapatkan maklumat daripada bukti tersebut," kata Ketua Inspektor Selena Dinning dari Sturt Local ServiceArea.

Dinning berkata, ekoran kejadian itu Agensi Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Australia Selatan (Safework SA) telah menyita permainan terbabit.

Adelene dilaporkan melawat Australia bersama keluarganya dan terpelanting ketika dikatakan bermain permainan yang dikenali AirMaxx 360 yang mempunyai ukuran 15 meter panjang dan 18 meter lebar dan mampu membawa 24 orang dalam satu-satu masa.
sumber:kezoom

Wanita Mangaku Doktor Dari Malaysia Kahwin Dengan Anggota Militan IS


Salah satu gambar yang dimuatnaik di laman blog tumblr 'diary-of-a-muhajirah.tumblr.com'.

Seorang wanita berusia 26 tahun yang mengaku rakyat Malaysiamenggemparkan media sosial apabia dia selalu mengemas kini pengalamannya sebagai 'Muhajirah' di laman Facebook, Tumblr dan akaun
Twitter.

kebanyakan status yang dimuatnaiknya itu dikumpul oleh media sosial dari Amerika, Buzzfeed dan berdasarkan maklumat tersebut, wanita itu merupakan seorang doktoryang pergi ke Syria dan terlibat dengan perkahwinan rancang dengan anggota militan Negara Islam (IS)..

"Saya Muhajirah, boleh bercakap Urdu dan Hindi dan sebab itulah sesetengah 'sisters' mengalu-alukan saya ke sini...dengan filem dan tajuk lagu. Saya dari Malaysia," jelasnya di laman
Twitter @BirdOfJannah pada 11 Ogos lalu.

Di laman facebook miliknya, wanita ini mendakwa kedatangannya ke Syria kerana ingin berkhidmat kepada masyarakat di sana kerana dia adalah seorang doktor.

"Saya melakukan hijrah ke Syria dan ibu bapa saya tidak bersama, tetapi mereka 'okay' dengan keputusan saya," komennya di laman Facebook.

Selepas dua bulan di Syria, dia terfikir untuk berkahwin kerana baginya amat sukar hidup bersendirian dan telah diperkenalkan dengan seorang Moroccan oleh teman serumahnya di Syria.

"Satu malam, kawan baik saya telah mengetuk pintu dan belum pun sempat saya menjawab apa-apa, dia telah membuka pintu dan melompat ke atas saya.

"Dia memberitahu bahawa suaminya telah bercakap dengan kawannya, dan kawan suaminya itu telah bersutuju untuk berkahwin dengan saya walaupun tidak berjumpa terlebih dahulu.

"Saya berasa hairan, dan memberitahunya saya bersetuju untuk berkahwin. Dia memeluk saya dan menangis serta berkata betapa gembiranya dengan keputusan saya ini. Saya merasakan dia berkelakuan seperti ibu saya dan itu merupakan malam yang emosi," jelasnya yang dikongsi di tumblr blog, Diary of A Muhajirah.

Shams dan suaminya tidak bercakap pada hari perkahwinannya yang mana difahamkan itu adalah arahan yang ditetapkan oleh pihak organisasi dan mereka perlu memuat turun kamus di aplikasi telefon untuk bercakap pada awal perkahwinan mereka.

"Suami dan saya, adalah sangat berbeza. Kami dari dua benua yang berbeza dan bercakap dan bahasa yang berlainan. Bahasa arab saya sangat teruk, manakala dia sangat fasih berbahasa arab dan Perancis.

"Saya masih ingat kami memuat turun aplikasi kamus di telefon bimbit dan ia sangat membantu. Apa yang penting adalah hati," jelasnya di laman Facebook sebelum memadamnya.

Selepas empat hari perkahwinannya, dia baharu tersedar dia berkahwin dengan seorang Mujaheed dan perlu berdepan dengan realiti apabila suami kawannya meninggal dunia ketika berperang.

Dia juga turut memuatnaik kata-kata dari suaminya di laman Facebook "Jihad adalah isteri nombor satu, dan kamu adalah yang kedua. Saya harap kamu faham."
sumber: http://www.mstar.com.my/

Sebahagian RM26 Juta Dikirim Ke M'sia Biayai Keganasan Disiasat, Lapor The Australian


Syarikat kiriman wang di Australia dikaitkan dengan keluarga seorang pengganas disiasat oleh pihak polis berikutan terdapat pemindahan wang yang mencurigakan untuk individu di Malaysia, lapor The Australian.

Ia melaporkan bahawa Polis Persekutuan Australia sedang menyiasat Bisotel Rieh GlobalMoney Transfer terhadap pemindahan lebih A$9 juta (RM26 juta) dalam dana yang hilang, di mana pihak berkuasa bimbang ia mungkin digunakan bagi membiayai warga Australia untuk berjuang dengan Negara Islam (IS).

Agensi Pematuhan dan Risikan Kewangan (AUSTRAC) mengumumkan bahawa ia telah menggantung syarikat berkenaan, yang mengadakan perdagangan itu di Lakemba, bandarpinggir barat Sydney, selepas gagal mengisytiharkan pemindahan keluar dana A$9 jutadari Australia.

The Australian melaporkan bahawa salah satu pengarah syarikat itu, Damour Sharrouf kononnya merupakan kakak kepada Khaled Sharrouf, seorang warga Australia yang berjuang dengan Negara Islam.

Ketua eksekutif AUSTRAC, John Schmidt dilaporkan berkata, Bisotel Rieh yang pakar dalam pemindahan wang ke Timur Tengah, gagal mengisytiharkan A$9 juta antara Januari dan Ogos tahun ini.

"Perangkaan itu tidak kelihatan sepadan. Ia satu perbezaan yang agak besar dalam tempoh yang singkat.

"Kami begitu yakin bahawa dengan pendaftaran yang berterusan... mungkin melibatkan pembiayaan untuk risiko keganasan besar,'' jelas Schmidt dipetik sebagai berkata oleh The Australian.

Dokumen yang dikeluarkan oleh AUSTRAC menunjukkan pegawai-pegawai agensi itu melawat perniagaan itu pada Mei dan menetapkan bahawa ia "mengatur tunai secara pukal kepada untuk diseludup dari Turki ke Lubnan", berikutan ia tidak dapat mengakses akaun bank di Lubnan.

The Australian melaporkan bahawa pendedahan ini mendorong kepada siasatan lebih besar, yang membawa kepada pendedahan mengenai syarikat itu memindahkan sebanyak tiga kali berjumlah kira-kira A$38,000 (RM110,300) kepada individu yang tidak dinamakan di Malaysia.

AUSTEC juga berkata, ia adalah "seolah-olah kebetulan" apabila agensi itu membuat satu lagi pemindahan wang ke Malaysia dalam tempoh sama.

Khaled Sharrouf melarikan diri ke Syria dengan teman perjuangannya, Mohamed Elomar pada akhir tahun lepas, yang transit melalui Malaysia.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Putera William dan isteri bakal menimang cahaya mata kedua


LONDON - Pasangan diraja Britain, Putera William dan isterinya, Kate Middleton mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata kedua, kata satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Kensington hari ini.

Berita gembira itu disambut baik oleh Ratu Elizabeth II, 14 bulan selepas pasangan diraja itu menimang cahaya mata pertama iaitu Putera George.

Kate dilaporkan mengalami alahan teruk sama seperti ketika mengandung anak pertamanya.

Menurut jurucakap Istana Kensington, Kate, 32, kini dirawat oleh beberapa doktor pakar di rumah milik pasangan tersebut di sini.

Perdana Menteri Britain, David Cameron antara kenamaan terawal mengucapkan tahniah di atas berita gembira itu. - AFP


7 Gambar : Lahir dengan Kepala Ke Belakang, Bukan Alasan Dunia Tunggang Terbalik

Dia dilahirkan dengan kepala ke belakang, namun kecacatan berkenaan tidak menjadikan dunia Claudio Vieira de Oliveira, 37, tunggang terbalik.

Sebaliknya, dia belajar berdikari dan menafikan kecacatan berkenaan untuk berjaya. Claudio kini menjadi akauntan dan penceramah motivasi.

Tiada siapa yang menyangka bahawa dia dapat hidup hingga sekarang sedangkan ketika dilahirkan doktor sendiri ragu-ragu sama ada Claudio mampu bertahan.

Malah ada jiran tetangga keluarganya yang menyuruh ibunya, Maria Jose supaya membiarkan Claudio yang masih bayi ketika itu supaya kebuluran, kerana menyangka Claudio tidak akan hidup lama.






“Sejak kecil saya sentiasa membiarkan diri saya sibuk dengan pelbagai perkara dan saya tidak suka bergantung sepenuhnya kepada orang lain.

“Saya belajar untuk mengambil telefon bimbit saya, membuka radio dan televisyen, menggunakan internet dan komputer, semuanya sendiri,’’ katanya.

Claudio yang menaip dengan menggunakan mulut, turut memakai kasut khas bagi membolehkan dia berjalan dengan menggunakan lutut.

Pada usia lapan tahun, Claudio, yang selama ini didukung oleh keluarganya merayu untuk berjalan dengan menggunakan lutut dan dia juga mahu bersekolah seperti individu normal lain.

Bagi memudahkan Claudio, keluarganya terpaksa menukar lantai rumah bagi membolehkan dia berjalan dan pada masa sama, semua plak dan lampu dipasang rendah, agar senang Claudio mencapainya.

Sumber : Penpatah

5 Gambar : Pencuri Disumbat Mulut Dengan Bangkai Itik

Kadang-kadang hukuman paling berkesan bagi penjenayah bukanlah penjara tapi sesuatu yang menjatuhkan air muka pelakunya.

Sebagai contoh di Selatan China, dua remaja lelaki pasti tidak akan berani mencuri lagi selepas mereka diaibkan dengan dahsyat.

Dua remaja 14 tahun tersebut asalnya mencuri itik-itik di sebuah kolam sebelum perbuatan mereka disedari penduduk kampung.

Mereka kemudiannya ditangkap dan disuruh melutut di tepi jalan dengan itik disumbat ke dalam mulut.






Keadaan mereka menimbulkan kehairanan orang ramai dan kenderaan yang melalui jalan tersebut hingga ramai datang mengerumuni mereka bagi mengetahui hal sebenar.

Ketua Kampung yang dikenali sebagai Yong Ku berkata, dua remaja tersebut layak dihukum begitu kerana mereka sudah beberapa kali kantoi mencuri barangan penduduk untuk mendapatkan wang bagi membeli rokok dan minuman keras.

Fikir-fikir semula rasanya hukuman ini jauh lebih baik daripada cara rakyat Malaysia yang suka membelasah pencuri setiap kali berjaya ditangkapkan.

Sumber : Penpatah

Malaysia 'popular' di Israel

SHAH ALAM - Selepas pertempuran memasuki hari ke-24 semalam, nama Malaysia tiba-tiba muncul di akhbar-akhbar utama dan portal berita di Israel.

Akhbar Jerusalem Post dan Haaretz meletakkan berita ‘Anggota Briged Al-Qassam menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan’ di muka hadapan manakala stesen televisyen digital Israel i24news menyenaraikan berita itu sebagai berita utama.

Kesemua akhbar berkenaan melaporkan, Shin Bet menuduh unit komando Hamas menerima latihan seperti payung terjun dan ‘paragliding’ untuk memasuki kawasan selatan wilayah Israel dari Malaysia.

Susulan berita itu, jutaan komen diterima dari seluruh dunia hingga wujud perang siber.

Hamas dalam satu kenyataan menyelar berita berkenaan dan menganggap Israel melakukan penipu besar kerana Malaysia sentiasa berdiri kukuh bersama penduduk Palestin.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini turut menafikan dakwaan tersebut dan menganggap laporan itu berniat jahat bagi memburukkan imej negara di mata dunia..

RESPON RAKYAT INDONESIA JIKA MALAYSIA DISERANG ISRAEL

Jiran sebelah Malaysia, Indonesia sememangnya terkenal dengan sifatnya yang tidak menggemari Malaysia. Dari selepas merdeka sehingga sekarang, perkara ini masih dapat dilihat terutamanya di internet.

Ini terbukti dengan motto Indonesia yang masih lagi popular sehingga sekarang iaitu "Ganyang Malaysia" yang masih lagi menjadi sebutan rakyat Indonesia yang tidak berpuas hati dengan Malaysia.

Walau bagaimanapun, respon yang tidak dijangka telah diberikan oleh rakyat Indonesia tentang isu Malaysia-Israel yang dikatakan tegang sejak akhir-akhir ini. Ada antara mereka berkata sanggup berjuang demi Malaysia sekiranya Malaysia diserang israel.

Walau apa pun, terima kasih ke atas sokongan positif yang diberikan oleh rakyat Indonesia. Harapan agar Indonesia tidak berdiam jika saudara serumpunya diserang oleh musuh yang sama. - SiakapKeli.com

Guru 'setubuh' pelajar sendiri dalam kereta

LOVELAND, Amerika Syarikat (AS) - Seorang guru, Courtney Bowles, 31, ditangkap pada minggu lepas kerana dia mengaku melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar sekolah tinggi berumur 16 tahun di sebuah taman, lapor agensi berita 7NEWS kelmarin.

Seorang pegawai polis Sharon Hopkins yang sedang meronda di Taman Tasik North pada Jumaat malam mendekati kereta Bowles di sebuah tempat letak kereta,

"Semasa saya menghampiri kereta itu, saya melihat seorang lelaki dan wanita berbogel di bahagian belakang kereta.

"Wanita yang berada di atas lelaki itu terus bangun apabila melihat lampu suluh yang dinyalakan ke arahnya dalam kereta itu," katanya.

Selepas berpakaian, Bowles mengaku telah melakukan seks.

Bowles diarahkan oleh mahkamah untuk tidak menghampiri sesiapa sahaja yang berumur di bawah 18 tahun termasuk dua anaknya selain tidak boleh berada hampir di sekolahnya serta menghubungi remaja lelaki itu.
Courtney Bowles

Guru itu dibebaskan dengan ikat jamin AS$50,000 (RM152,544) dan akan dihadapkan ke mahkamah pada minggu depan. - Agensi

TERKINI : PESAWAT TRANSASIA BUAT PENDARATAN CEMAS, 51 DIPERCAYAI MAUT

Pesawat penumpang TransAsia dilaporkan telah terhempas di Makung,Taiwan setelah cubaan untuk membuat pendaratan cemas disebabkan ribut kencang.

Laporan menyatankan sekurang-kurangnya 51 orang maut dalam nahas tersebut dan tujuh yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan, lapor AP,tapi jumlah sebenar masih belum dapat disahkan. - SiakapKeli.com

Angkara Panggilan Hangit DJ, Seorang Jururawat Bunuh Diri

Gambar Hiasan

Apa yang penuliskurakura.my harapkan, perkara sebegini tidak akan berlaku di negara ini. Semoga dengan apa yang berlaku dapat dijadikan iktibar keapada setesen radio di Malaysia. Nak gurau biarlah berpada-pada dan jangan sampai melampaui batas.

London: Seorang jururawat yang ditipu dua deejay (DJ) Australia dengan panggilan palsu sehingga memberi maklumat mengenai kehamilan Duchess of Cambridge Kate Middleton di Hospital King Edward VII, ditemui mati semalam, dipercayai membunuh diri.

Laman web Skynews.com melaporkan, Jacintha Saldanha yang sudah berkhidmat di hospital itu sejak empat tahun lalu ditemui mati di kediamannya berhampiran hospital berkenaan.

“Polis menerima laporan mengenai seorang wanita yang ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di Weymouth Street, jam 9.35 pagi waktu tempatan.

“Ambulans dihantar ke lokasi, malangnya wanita itu disahkan sudah meninggal dunia. Kami tidak mengesyaki sesuatu yang mencurigakan,” kata jurucakap Scotland Yard yang dipetik laman web itu.

Dua deejay stesen radio 2DayFM, Michael Christian dan Mel Greig menghubungi hospital berkenaan jam 5.30 pagi Selasa lalu.

Greig yang menyamar sebagai Ratu Elizabeth, meminta untuk bercakap dengan cucunya dan berjaya memujuk Saldana menyambung talian ke wad Kate menerima rawatan.

Panggilan palsu itu memalukan hospital berkenaan yang sering menjadi pilihan keluarga diraja.

Greig dan Christian menerima kecaman hebat di Twitter, manakala pelbagai pihak menggesa mereka meletak jawatan. – Agensi

Sumber : Here