[x]

Desas-Desus Penceraian, Vanidah Imran Tak Ada Apa Nak Sorok

Satu ketika dahulu, rumahtangga Vanidah Imran dan Rashidi Ishak pernah menjadi perbualan hangat kerana lakonan mereka di dalam filem Tiga Hari. Mana tidaknya, salah satu babak di dalam filem tersebut menyaksikan ada dialog yang berkaitan cerai yang telah dilakukan. Kontroversi ini menjadi tumpuan ramai sehingga menyaksikan mufti Perak menasihati pasangan ini agar rujuk kembali.
Namun tidak berapa lama kemudian, kontroversi tersebut kembali sejuk dan mereka berdua dilihat menjalani kehidupan seperti biasa. Namun baru-baru ini ura-ura mengenai keretakan rumah tangga mereka kembali bertiup kencang. Ditanya mengenai kebenaran ura-ura bakal bercerai itu, Vanidah Imran menyarankan agar mana-mana pihak yang menimbulkan dakwaan itu merujuk dan mendapatkan bukti daripada mahkamah terlebih dahulu. Kata Vanidah:-

Pergi semak (di mahkamah) kalau betul ada fail di sana ya. Saya tak ada apa nak sorok (jika benar bercerai). Tapi kami tak perlu dedahkan kehidupan kami kepada masyarakat. Kami senang dengan ruang privasi kami.

Menurut Harian Metro, ada sumber yang mendakwa pasangan ini sudah tinggal berasingan sejak beberapa bulan yang lalu. Dikatakan punca kerenggangan rumah tangga mereka ialah akibat kontroversi di dalam filem 3 Hari pada tahun 2012. Apa pun  harap ini hanyalah ura-ura dan bukan kenyataan.Sayang pula kalau perkahwinan pasangan merpati 2 sejoli ini berakhir dengan perpisahan.
sumber:http://beautifulnara.com/

0 comments:

Post a Comment