[x]

Showing posts with label Info Seram. Show all posts
Showing posts with label Info Seram. Show all posts

Jom Lihat Gambar-Gambar Hantu Yang Terakam Dalam Kamera


Gambar-Gambar Hantu Yang Terakam Dalam Kamera





































































sumber:dairishare

Lelaki tua sembuh dari kanser setelah didatangi hantu


Sejak penampakan hantu dalam foto yang diambil cucunya di bilik hospital, keadaan kesihatan Bob Large yang dinyatakan menderita kanser pundi kencing dan kegagalan buah pinggang semakin bertambah baik sejak keluar dari hospital.

Semasa Bob membuat pemeriksaan di hospital di Chester, Cheshire, United Kingdom, doktor berkata, lelaki berusia 76 tahun itu hanya mempunyai beberapa hari lagi untuk hidup. Sehingga Chriss Leadbetter memutuskan untuk mengambil foto datuknya menggunakan kamera telefon bimbit.

Dipetik dari Mirror, Selasa 4 November 2014, Chris mengaku hasil foto yang dianggap akan menjadi gambar terakhir datuknya itu mengejutkan semua orang kerana memperlihatkan sosok wanita, yang kemudian dianggap oleh Bob sebagai malaikat penolong mereka.

Terkejut melihat foto di telefon bimbit beliau, Chris memperlihatkan kepada kakitangan hosptal yang menganggapnya perkara biasa.

"Oh, perempuan itu. Ramai pesakit pernah melihat dia dekat katil mereka," kata Chris mengulang jawapan yang diperolehinya.

Chris yang berusia 20 tahun menunjukkan foto itu pada ahli keluarga lain, yang juga merasa takut. "Beberapa orang menganggap itu seperti satu bayang, tapi tidak ada sesuatu baik cermin, kaca atau apa-apa yang boleh memantulkan bayangan," katanya.

Seorang kakitangan hospital yang dibina sejak 1829, berfungsi sebagai rumah sakit jiwa itu, berkata ada beberapa penampakan lagi selain hantu perempuan seperti yang ada pada gambar Chris.

"Datukku masih hidup hingga saat ini, walau doktor mengatakan ketika itu hidupnya tinggal beberapa hari," ucap Chris, menambah bahawa keadaan kesihatan datuknya kelihatan semakin bertambah baik selepas keluar dari hospital.
Sumber: Viva news

Hantu wanita tumpang selfie dengan dua wanita



Dua wanita Inggeris terkejut dan ketakutan selepas menyedari ada hantu wanita ikut 'menumpang' di foto selfie mereka.

Semasa melihat hasil foto selfie di Newcastle, dua sahabat Victoria Greeves (22 tahun) dan Kayley Atkinson (23 tahun) menggigil apabila melihat ada hantu wanita berpakaian Inggeris kuno mengintip dari belakang.

Victoria dan Kayley sedang bersantai di Slug and Lettuce, bar terkenal di England. Kerana suka selfie, keduanya memutuskan untuk mengambil beberapa gambar.

Setelah beberapa kali berselfie, mereka melihat ada sesuatu yang aneh di salah satu gambar. Saat diperhatikan secara teliti, kedua-duanya langsung kaget kerana ada hantu wanita ikut selfie di belakang mereka.

Victoria mengatakan sebelumnya dia dan Kayley sering ke bar tersebut untuk melepak, tapi sekarang mereka akan berfikir dua kali untuk pergi ke situ lagi.

Sementara itu, Kayley mengatakan ramai yang menganggap mereka menyunting foto tersebut. "Saya tidak menyalahkan mereka tetapi kami sendiri tidak boleh melakukannya."

"Sebelum ini, saya sama sekali tidak percaya hantu, tapi sekarang sangat mempercayainya," kata Kayley.
Sumber dari dream.co.id

Inilah gambar penampakan hantu wanita paling jelas


Foto menakutkan yang diambil bulan lalu di tanah perkuburan New Jersey. Menurut beberapa pengkaji paranormal, ia merupakan penampakan hantu paling jelas dari yang pernah ada.

Host rancangan paranormal di salah satu stesen radio terkenal di New Jersey, Mark Johnson, menyebarkan foto ini melalui akaun
Facebook miliknya beberapa waktu lalu. Dia berkata pada rakan-rakannya bahawa gambar ini mungkin foto terbaik yang pernah dia dapatkan sepanjang sejarah kariernya.

Penampakan ini terjadi ketika tengah malam, dimana yang berjaya merakam sosok hantu dalam foto itu adalah anak sahabatnya saat mereka pergi melawat kawasan perkuburan Wantage, New Jersey.

"Tanpa keraguan, ini adalah foto penampakan yang luar biasa yang pernah saya lihat sepanjang sejarah. Tidak perlu penjelasan lain," ungkap Mark.

Foto ini memperlihatkan sosok hantu wanita tembus cahaya dengan pakaian pada zamannya yang kelihatan sedang duduk di atas sebuah nisan diantara batu nisan lain, sedang melihat kosong ke arah kegelapan.

Mark menjelaskan bahawa, anak yang mengambil foto ini boleh dipercayai dan telah melihat pada saiz dari wanitamisteri itu, serta membandingkannya dengan saiz nisan.

"Dia adalah roh dengan saiz yang kecil, namun kami yakin bahawa tidak ada sebab-sebab gambar ini palsu," jelas Mark.

"Satu sebab mengapa saya kagum dengan foto penampakan hantu ini dan merasa bahawa foto ini bukan palsu kerana teman saya yang menunjukkan langsung pada saya gambar itu dengan telefon bimbit beliau. Dia dan anaknya tidak mempunyai alasan untuk memalsukan foto ini".

"Mereka tidak mencari publisiti dan mereka tidak mempunyai alasan untuk cuba memperbodohkan saya".

"Saya menghabiskan masa untuk melakukan pencarian foto di Google dan aplikasi foto hantu, juga mencuba salah satu aplikasi yang dikehendaki membayar $ 99 dan masih belum menemui foto yang sama. Jadi, foto ini memang sebenar".

Foto penampakan sosok hantu wanita menyeramkan ini telah mendapat banyak perhatian dari orang ramai, khususnya di beberapa media sosial. Sebahagian besar sangat setuju penampakan ini adalah yang terbaik di tahun 2014.
Sumber dari viva.co.id

MISTERI THE TRUCK FROM HELL

 Satu video kemalangan di sebuah terowong melibatkan sebuah trak dengan satu lagi trak lain menjadi misteri apabila trak misteri itu muncul tiba-tiba tanpa diketahui dari mana datangnya. Ia kemudiannya digelar "THE TRUCK FROM HELL".
"A truck appeared from nowhere and caused an accident. ", Tulis keterangan video tersebut.

Terowong LefortovobIa, terowong sepanjang 2.2 km digelar "The Tunnel of Death" kerana kadar kemalangan yang tinggi dan sering mengakibatkan maut!
Rakaman cctv di terowong LefortovobIa yang melibatkan trak misteri masih belum terungkai hingga kini. Ada yang berpendapat video ini merupakan video edit (thumbs up kepada editor tersebut andainya ia memang video edit)

Namun masih ramai berpandangan ianya memang video trak misteri sebenar.


Untuk info, terowong LefortovobIa memang sering mengakibatkan kemalangan. Terdapat kompilasi video kemalangan di terowong terbabit. Menonton video itu, anda dapati tidak sukar untuk melihat mengapa ia digelar sedemikian.

Kebanyakan kemalangan berpunca dari masaalah cengkaman tayar dan sikap pemandu itu sendiri. Pada hari-hari yang sangat sejuk, suhu musim sejuk Rusia kerap jatuh kepada -12 ° C, air itu berubah menjadi ais, menjadikan permukaan licin berbahaya.


Pemandu Rusia nampaknya jenis baka yang tahan lasak, mereka tidak gentar dengan keadaan jalan raya yang berais, mereka tetap dengan berkelajuan tinggi melanggar dinding konkrit dan mengakibatkan beberapa jumlah kematian yang tidak dapat dielakkan.

Rekod menunjukkan semua kemalangan yang ditunjukkan adalah dari musim sejuk lepas.



Saksikan video tersebut dibawah....


sumber

Warga Jakarta Selatan Gempar Dengan Penangkapan Pocong



Warga di Jl Mampang Prapatan 17, RT 1 RW 2, Jakarta Selatan, semalam digemparkan oleh momen penangkapan pocong di wilayahnya. Makhluk halus yang sukses di tangkap oleh seseorang ustaz itu lalu dimasukkan ke botol.

Ustaz Surya menyampaikan, sesungguhnya dia telah sukses menangkap pocong itu mulai sejak Selasa 21 Oktober lantas. Tetapi, makhluk gaib yang dikurung dalam botol kecil sepanjang sembilan hari itu baru dimusnahkan Kamis (30/10) jam 22. 00 Wib.

" Penangkapan kian lebih satu minggu lantas, kita taruh hingga dieksekusi hari ini, " tutur Ustaz Surya pada merdeka. com di tempat tinggalnya, Mampang Prapatan, Jakarta Selatan, Jumat (31/10) awal hari.

Sistem pemusnahan ini disaksikan beberapa ratus warga seputar. Didalam botol bening sisa minuman itu, makhluk berbalut kain putih itu terlihat memiliki ukuran seputar 5 cm.

Pendiri Majelis Dzikir Asyari'un itu menceritakan, peristiwa itu berawal saat salah satu tetangganya mengeluhkan kejadian-kejadian aneh di tempat tinggalnya.

" Keluarga itu minta pertolongan sama saya lantaran telah satu bulan digangguin sama penampakan-penampakan pocong, " kata dia.

Menurut dia, tak mudah untuk menangkap pocong itu. " Awalannya nangkep hari Senin tidak dapet, malam Selasa nya baru dapet, " tambah dia.

Dia menyampaikan, tidak permasalahan bila pocong itu mengganggu diluar rumah. " Ini kan telah didalam rumah mengganggunya iya mesti diatasin, " tutur dia serius.

Ustaz Surya mengakui tak segera memusnahkan lantaran lebih dahulu mau tahu apa maksud pocong itu mengganggu tetangganya. " Dia nyatanya mempunyai kemauan jahat, " tutur Ustaz Surya tanpa ada merinci.
Sumber: www.merdeka.com

Hantu melayang muncul di lokasi penggambaran Game of Thrones


Penampakan misteri muncul di lokasi penggambaran siri popular Game of Thrones di Dark Hedges, wilayah berhampiran Armoy, Ireland. Dalam foto yang diambil Gordon Watson, warga Ballycastle, terlihat sosok melayang berwarna kelabu.

Watson mengaku tak percaya saat melihat hasil fotonya di komputer. Menurut legenda tempatan, kawasan Dark Hedges memang terkenal angker, kerana dihuni sesosok hantu yang diyakini sebagai Grey Lady.

Seperti dikutip Mirror.co.uk, Isnin (27/10/2014), sebahagian warga Armoy menyebut Grey Lady adalah pelayan yang meninggal dunia secara misteri ratusan tahun lalu. Sebahagian lain meyakini Grey Lady adalah roh penasaran dari sebuah kubur yang tersembunyi dan terbengkalai.

Pada malam Halloween, kuburan itu disebut-sebut 'terbuka' dan Grey Lady bergentayangan bersama roh lain.

Dark Hedges dikenali dengan sekumpulan pohon besar jenis Beech yang saling menyilang dan seolah membentuk terowong semula jadi. Pemandangan luar biasa ini dijadikan salah satu lokasi penggambaran Game of Thrones.
Sumber: metrotvnews.com

Ahli Arkeologi Jumpa Kubur Puntianak


Terdapat kayu pancang ditusuk pada bahagian dada rangka tersebut.


BURGARIA - EROPAH. Seorang ahli arkeologi mendakwa telah menjumpai satu kubur puntianak ketika melakukan aktiviti cari gali di sebuah kota lama di selatan Bulgaria.

Menurut laporan The Telegraph, dakwaan tersebut dibuktikan melalui unsur-unsur upacara menghalau puntianak telah dijalankan ke atas mayat tersebut suatu ketika dahulu.

Menurut laporan itu, penemuan tersebut dilakukan oleh Profesor Nikolai Ovcharov di sebuah kota kuno, Thracian.

Menurut Profesor Ovcharov, kubur tersebut dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘BurgariaIndiana Jones’.

Rangka tersebut dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki yang berusia 40-50 tahun.

Bahagian bawah kaki kirinya dipisahkan dan diletakkan di samping rangkanya.

Terdapat kayu pancang ditusuk pada bahagian dada rangka tersebut.

“Tidak ragu-ragu lagi, kita menyaksikan ritual anti-puntianak dijalankan ke atas mayat ini sebelum menanamnya,” katanya.

Profesor Ovcharov dikatakan seorang ahli arkeologi yang mengabadikan hidupnya demi menyingkap misteriperadaban kuno.

Fokus beliau ialah mencari gali dan menyiasat semua penemuan misteri yang terkubur sejak sebelum Perang Salib.

“Mereka (penduduk kota suatu ketika dahulu) menggunakan kaedah tersebut ke atas orang-orang yang meninggal dunia dalam keadaan dahsyat, seperti membunuh diri.

"Dan kaedah tersebut digunakan bagi menghalang mayat tersebut bangkit dari kematian dan melakukan keganasan ke atas yang hidup,” jelasnya.

Kota kuno Thracian ialah sebuah kota lama yang dihuni sejak tahun 5,000 SM namun kota itu hanya ditemui 20 tahun lalu.

Di antara penemuan di tapak kota lama ini termasuklah benteng atau kubu pertahanan di benteng puncak bukit, kuil, kubu pertahanan dan kubur yang didakwa menjadi tempat persemadian puntianak.
Sumber: Sinar Harian

[Gambar & Video] Kisah Benar Anneliese, Maut Selepas Dirasuk Secara Misteri

Dilahirkan pada 21 September 1952 di Jerman, Anneliese Michel menjalani kehidupan normal sama seperti gadis seusianya.

Anneliese Michel Ketika Menerima Rawatan

Anak kepada pasangan Josef dan Anna Michel ini dibesarkan dalam pegangan Katolik yang kuat.

Gadis ini dikenali sebagai seorang yang periang dan disukai ramai. Namun, itu semua sebelum Anneliese ditimpa penyakit misteri yang bermula pada tahun 1968.

Pada mulanya, doktor mengatakan gadis ini sekadar menghidap penyakit batuk kering. Dia diberikan rawatan di Hospital Mittelberg, Jerman. Setelah sembuh, Anneliese dibenarkan pulang semula ke rumah.

Seperti biasa, Anneliese memulakan persekolahan di sekolah menengah Aschefenburg. Semuanya bermula dengan lancar sehinggalah Anneliese tiba-tiba diserang penyakit misteri. Anneliese menghadapi kesukaran untuk bertutur.

Keluarga Anneliese

Dia juga sukar berjalan dan sering berpaut pada meja, kerusi atau apa-apa sahaja yang berada dalam capaiannya untuk berdiri.

Pada tahun 1973, Anneliese mula ditimpa kemurungan yang serius. Perubahannya mendadak dan disedari oleh orang-orang disekelilignya.

Keadaan itu berlanjutan agak lama sehinggalah dia mengadu melihat bayangan misteri yang menyeramkan dan sering menghantui dirinya.

Anneliese sering menggambarkan bahawa dia melihat raut misteri wajah syaitan pada dinding rumahnya. Anneliese menyatakan bahawa syaitan itu mempunyai tujuh tanduk dan mahkota.

Bukan itu saja, ahli keluarga juga pernah beberapa kali melihat Anneliese dalam keadaan tercampak, seperti dibaling ke tanah.

Yang misterinya, tidak kelihatan sesiapa pun yang memperlakukan gadis itu sedemikian rupa.

Pernah suatu hari, sewaktu mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam, kedua-dua tangan Anneliese secara misteri membengkak secara mendadak sebelum dia terlambung ke belakang daripada kerusi yang didudukinya. Gadis itu hanya mampu menjerit meminta pertolongan.

Josef dan Anna tahu ada benda misteri berlaku dan menggangu Anneliese. Apatah lagi keadaan gadis itu semakin buruk setiap hari. Dia mula mengamuk dan melakukan perkara pelik dan misteri termasuklah menjilat air kencingnya sendiri.

Anneliese memakan lalat, labah-labah dan juga pernah menelan kepala burung yang sudah mati. Pada ketika yang lain, gadis itu akan merangkak masuk ke bawah meja dan menyalak seperti anjing selama dua hari.

Menjerit dan mengoyakkan bajunya sudah menjadi aktiviti misteri yang dilakukannya setiap hari.

Tidak sanggup melihat anak gadis mereka terseksa, pasangan suami isteri itu bertindak menghubungi paderi, dengan harapan paderi akan menggunakan cara alternatif untuk memulihkan keadaan misteri yang dialami Anneliese.

Sebelum bersetuju memberikan khidmat exorcism kepada Anneliese, Paderi Arnold pernah membawa gadis itu bertemu ramai doktor untuk merawat penyakit misteri itu namun buntu.

Menurut doktor, Anneliese menghidap sejenis sawan dan hanya diberikan pil bagi membantu menenangkan dirinya.

Dua orang paderi yang mulanya tidak percaya Anneliese dirasuk terdiam apabila mereka menyaksikan sendiri bagaimana gadis itu dilambung dan dihempas secara misteri ke lantai tanpa ada sesiapa yang mengangkat atau mencampakkannya.

Melihatkan keadaan misteri yang mengganggu gadis itu, pada tahun 1975, ketua paderi dikawasan tersebut telah memberi kebenaran kepada Paderi Arnold Renz dan Paderi Ernst Alt untuk menjalankan ritual exorcism (pengusiran syaitan) terhadap Anneliese.

Rawatan berlangsung selama 10 bulan untuk merawat penyakit misteri tersebut. Dalam tempoh itu, sebanyak 67 kali ritual tersebut dijalankan.

Setiap minggu, beberapa kali gadis itu menjalani kaedah spiritual yang menyeksakan. Kesemua ritual untuk menghalau gangguan misteri itu turut dirakamkan dalam bentuk audio.

Anneliese turut menghadapi kecederaan lutut yang serius sepanjang menjalani proses exorcism. Gadis ini perlu melutut lebih daripada 600 kali setiap kali ritual yang memakan masa berjam-jam lamanya.

Hasil daripada ritual untuk menghalau gangguan misteri tersebut, kedua-dua paderi mendakwa dapat mengesan enam jenis syaitan yang telah merasuk Anneliese iaitu Judas, Lucifer, Hitler, Nero, Fallen Priest dan Cain.

Sekalipun telah berpuluh-puluh ritual dijalankan untuk menghalau syaitan misteri yang dikatakan merasuk tubuh gadis itu, semuanya gagal.

Anneliese terus hidup terseksa dan akhirnya meninggal dunia pada 1 Julai 1976, selepas lapan tahun bertarung dengan 'penunggu misteri' yang menguasai dirinya.

Hasil bedah siasat mendapati kematian misteri Anneliese Michel disebabkan kekurangan air dan zat makanan. Dia juga menghidapi demam panas dan Pneumonia ketika itu. Berat badan Anneliese sewaktu kematiannya hanyalah lebih kurang 30 kilogram.

Dua tahun selepas peristiwa misteri itu, mahkamah memutuskan kedua-dua ibu bapa Anneliese beserta dua paderi yang merawatnya didapati bersalah atau tuduhan menyebabkan kematian Anneliese. Kesemua mereka dipenjarakan selama enam bulan.

Selepas lebih 30 tahun kematian Anneliese yang begitu misteri, banyak pihak yang semakin meragui dia benar-benar dirasuk. Mereka mempersoalkan ubat-ubatan yang diberikan kepadanya.

Ramai yang bersetuju bahawa Anneliese mungkin menderita kerana penyakit schizophrenia atau sejenis gangguan mental. Jika diberikan rawatan yang betul, mungkin Anneliese masih boleh diselamatkan.

Namun, dari sudut lain pula, tiada siapa mampu menerangkan kejadian misteri bagaimana gadis itu dilambung dan dihempas ke tanah.

Begitu juga dengan rakaman audio yang memperdengarkan suara misteri yang pelik Anneliese yang dikatakan berbicara dalam bahasa kuno lama yang sudah tidak digunakan lagi ketika itu.

Sehingga kini, persoalan misteri apa sebenarnya yang membunuh Anneliese masih menjadi tanda tanya. Tiada jawapan tepat yang dapat diberikan.

Malah, kisah misteri yang menimpa Anneliese turut diangkat ke layar perak menerusi filem seram, The Exorcism of Emily Rose yang ditayangkan pada tahun 2005.
 

Google Street View Rakam Lembaga Misteri Di Sebuah Rumah


Foto: Google Street View
Satu penemuan yang menyeramkan dari sebuah foto yang diambil dari Google Street View di sebuah rumah di Cannock Chase.

Foto tersebut menunjukkan satu lembaga seperti seorang lelaki yang tidak memakai baju di tepi tingkap bilik rumah. Lembaga tersebut dengan wajah dan sorotan mata tajam yang memandang tepat ke arah kamera. Ini benar-benar terlihat sangat menyeramkan.

Foto: Google Street View

Seorang UFOlogi dan pengkaji paranormal Inggeris, Lee Brickley, mengungkapkan bahawa, sekarang ini telah banyak foto-foto penampakan hantu di dunia online yang dapat dilihat oleh sesiapa pun.

"Saya menyelidiki sejarah rumah tersebut dengan harapan menemui penjelasan atas foto ini dan siapa lembaga itu. Yang saya takutkan adalah kita berhubungan dengan dunia iblis", kata Lee Brickley.

Lee menjelaskan bahawa, pemilik rumah tersebut masih terkejut dan merasa takut dengan penemuan ini setelah diberitahu. Lee berharap pemilik rumah tersebut sedia bekerja sama bagi melakukan penyelidikan yang lebih mendalam untuk membongkar misteri yang ada di rumah tersebut.
sumber: http://realitiabadi.blogspot.com/

Video imej Putih 'Bergerak' Dirakam Di Balai Polis


POLIS di bandar Espanola, New Mexico berjaya merakamkan imej bergerak berwarna putih yang dipercayai 'roh' menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di jabatan itu.

Rakaman tersebut yang diambil Sabtu lalu memperlihatkan imej berwarna putih menyerupai manusia sedang bergerak di dalam balai polis itu.

Karl Romero, seorang pegawai polis yang bertugas pada waktu itu, melihat bayangan tersebut menerusi CCTV berjalan melalui pagar penjara.

Terkejut dengan apa yang dilihatnya, Karl bergegas melaporkan perkara itu kepada ketuanya.

"Pada awalnya, saya menyangka ia adalah lalat atau rama-rama, kemudian saya terlihat kaki dan ia menyerupai manusia. Ia bukan manusia tetapi hantu," katanya kepada sebuah stesen televisyen di Albuquerque. 
sumber-mstar.com.my

 

GEMPAR: Penampakan Kelibat Hantu Dalam Drama Korea Yang Terkenal, The Greatest Love


Satu kelibat hantu muncul dalam adegan sebuah siri drama yang sedang popular pada bulan Mei lalu di Korea, The Greatest Love. Semula, tak banyak orang yang memerhatikan, namun saat netizens memperbesar adegan tersebut, maka kelihatan kemunculan hantu itu.

Hantu itu nampak seperti perempuan dengan rambut panjang yang muncul sekilas, dan kemudian menghilang di balik tiang yang berada di belakang Dok Go Jin, watak utama lelaki yang dilakonkan oleh Cha Seung Won.

Adegan menakutkan tersebut ada dalam episod 8 siri drama yang ditayangkan oleh stesen TV, MBC. Penonton dan netizens berkeras bahawa kelibat yang nampak hanya kepala tersebut adalah hantu, lantaran muncul di ketinggian yang tak mungkin dijangkau oleh manusia biasa.

Namun sepertinya akibat kemunculan makhluk tersebut, mulai episod ke-7, atau yang tayang pada 25 Mei 2011 lalu, drama ini sempat berada di rating teratas di Korea Selatan.

Namun, apakah semua fenomena hantu yang dijumpai dalam industri hiburan Korea tersebut benar atau tidak, semua kembali ke pendapat masing-masing.
Sumber unikversiti.blogspot.com

Padah 3 Gadis Berselfie Tak Sedar Didatangi ‘Sesuatu’

Sekeping gambar menjadi viral apabila dikatakan terdapat tangan misteri disamping gadis- gadis yang sedang makan di sebuah restoran.











Di dalam gambar itu, 3 orang gadis mengambil gambar kenang-kenangan sedang menjamu selera di sebuah restoren di Kedah.Namun, terdapat gambar tangan misteri muncul di antara muka 2 orang gadis itu.

Dari komen para pelayar facebook, gambar ini berlaku di Sungai Petani, Kedah.Terdapat episod tuduh menuduh sehingga ada berkata restoren itu menggunakan pelaris.

Namun perakra ini disangkal oleh anak buah pemilik restoren tersebut.
sumber: http://arnabpanggang.blogspot.com/

Lelaki Dirasuk Jin Serang Penduduk Kampung Untuk Hisap Darah


Algiers: Seorang lelaki yang didakwa dirasuk jin, bertukar menjadi pontianak apabila mula menyerang penduduk dan haiwan di kampungnya untuk menghisap darah.

Akhbar di Algeria memetik keluarga Abdul Hadi sebagai berkata, lelaki itu dirasuk jin perempuan bernama ‘Ratu Najma binti Al Ahmar.’ Menurut mereka, keinginan Abdul Hadi terhadap darah semakin menjadi-jadi sejak beberapa hari lalu.

“Dia akan membaca mantera sekuat hati.

Kadang kala dia pengsan.

Mukanya akan berkerut sementara matanya putih.

Dia mengejar jiran dan haiwan untuk menghisap darah mereka.

“Kami tidak ada jalan lain, kecuali mengurungnya,” kata seorang anggota keluarga lelaki itu.

Menurut akhbar, Abdul Hadi menetap di bandar Girdaya di selatan Algeria.- Agensi
sumber: myMetro

Budak 8 Tahun Hilang 5 Hari Di Sembunyikan JIN

Seorang kanak-kanak lelaki bernama Iqbal, dilaporkan telah hilang sejak Aidilfitri lalu hanya ditemui selepas 5 hari kehilangannya dipercayai telah disorok oleh JIN. Ikutyi kisah seterusnya.

Inilah Iqbal budak 8 tahun yg dipercayai dilarikan jin

Menurut info, kali terakhir ibubapa Iqbal melihat anaknya itu sedang bermain-main sendiri di biliknya. Suara dari tawa Iqbal masih jelas didengari ketika anaknya itu bermain-main di biliknya .

Namun tak lama kemudian ketika ibu Iqbal memanggilnya untuk makan tengahhari, Iqbal tidak membalas panggilan dari Ibunya. Ibunya yang kehairanan segera ke bilik namun mengejutkan Iqbal tiada disitu, tambah mengejutkan apabila beliau mendapati bilik tersebut dipenuhi dengan asap yang agak banyak.

Ibunya yang terkejut keluar dan terus segera memangil bapanya. Ayah Iqbal berlari menuju ke bilik tidur anaknya . Ketika sampai di bilik tidur, ayah Iqbal mendapati asap yang dimaklumkan ibunya telah tiada. Keadaan itu menjadikan ibubapa Iqbal panik .

"Kemana Iqbal ?, tanya Ayah kepada Ibu.
"Ibu tidak tahu lah Ayah , tadi dia bermain-main di kamarnya," jawab Ibu .

Selama 5 hari Iqbal hilang secara misteri dan gagal dikesan. Segala usaha telah dilakukan oleh ibubapanya termasuk mencari ke segenap kota, namun Iqbal masih belum ditemui.

Pada satu malam, ayah tiba-tiba saja mendengar suara Iqbal yang sedang tertawa di kamarnya.

Terkejut, lantas ayah Iqbal terus berlari ke bilik Iqbal. Tidak disangka, anaknya Iqbal yang selama ini dicari-cari ditemui ada di biliknya .

Iqbal pula ketika ditanya ibubappanya mengaku tidak merasakan apa-apa , dia hanya merasa terus bermain bersama seseorang di kamarnya .

"Saya tidak pergi kok bu, dari tadi saya bermain di kamar aja ", kata Iqbal .



Misteri Tiada Cermin Dalam Tandas Sebuah Mall Di Seremban

Macam pelik bunyinya tapi sebuah pusat beli belah besar yang boleh dikira baru dibuka di Seremban dikhabarkan tidak meletakkan cermin di dalam tandasnya.

Dengar khabar ada cerita mistik di sebalik tindakan ini iaitu mengelak gangguan yang gemar muncul jika terdapat cermin dalam tandas.

Mengikut cerita yang tersebar di laman sosial, kisah seram di tandas pusat beli belah ini bukan rahsia lagi malah ia pernah disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina.





Selain tandas, pengunjung juga didakwa mengalami gangguan aneh ketika menonton wayang termasuk kaki tiba-tiba ditarik atau rambut terasa seperti diusik.


Benarkah dakwaan ini atau ia sekadar untuk menjejaskan pusat beli belah yang terbengkalai selama 10 tahun sebelum beroperasi ini?

Hanya mereka yang pernah mengalami pengalaman seram di sini dapat memberikan kepastian.

Sumber : Penpatah