[x]

Kisah Derita Gadis 16 Tahun Bertubuh Lansing Tapi Berwajah Nenek


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul apabila Zara Hartshorn disahkan mengalami lipodistrofi. Bahkan, ibu dan kakaknya turut mengalami kesukaran yang sama.

Giginya kelihatan terkeluar dan dia melakukan suntikan kolagen untuk mengurangkan kedutan. Walaupun Zara bukan wanita perte­ngahan umur, dia berusaha mengembalikan semula keremajaannya.

Hakikatnya, dia berusia 16 tahun dengan pe­nyakit yang jarang berlaku dan tidak boleh diubati, membuat­kan rupanya sedekad lebih tua berbanding rakan sekolah.

Kurang daripada 30 warga Britain mengalami kecacatan genetik namun perkara menyedihkan apabila ibunya, Tracey dan kakak­nya, Jolene, 23, mengalami penyakit yang sama.

Dia menerima sokongan sepenuhnya di rumah namun di sekolah, dia dibuli dengan panggilan ‘nenek’ malah pernah dipukul pelajar yang membenci wajahnya.

Zara juga pernah dimalukan dan diusir keluar daripada bas kerana tidak mampu membuktikan yang dia layak mendapat tiket kanak-kanak.

Sewaktu dia memulakan sesi persekolahan, dia disalah anggap sebagai salah seorang guru.

“Perkara buruk yang dialami membuatkan saya nekad berusaha menentang kejadian buli dan meningkat­kan kesedaran orang ramai mengenai keadaan diri.

“Adakalanya, ia membuatkan saya marah tetapi saya lakukan perkara normal sama seperti mereka yang seusia saya dan berusaha untuk tidak membiarkan ia melemahkan semangat saya,” katanya.

Zara, Jolene dan Tracey, 41, dijangkiti lipodistrofi yang mereputkan tulang dan memusnahkan tisu lemak di bawah permukaan kulit sehingga menyebabkan penuaan pramatang.

Justeru, jika remaja perempuan berlumba-lumba mengenakan solekan di wajah agar kelihatan lebih tua, berlainan pula dengan Zara.

“Ia adalah mustahil untuk mendapat tiket kanak-kanak sewaktu saya ke pawagam dan jika saya berpakaian seragam sekolah, mereka fikir saya memakai pakaian beragam untuk menghadiri majlis atau keraian.

“Membesar bersama penyakit ini sangat me­nyukarkan kehidupan.

“Mereka (kanak-kanak) mula bertindak kejam terhadap saya sejak di sekolah rendah dengan memanggil saya ‘muka geleber’ dan ‘nenek’.

“Saya diserang secara fizikal di sekolah. Oleh itu, ibu memindahkan saya ke sekolah lain sewaktu umur saya 10 tahun selepas dibuli rakan dengan teruk.

“Berlainan pula di sekolah menengah kerana saya bertemu sekumpulan rakan sebaya yang sedia menerima keadaan saya seadanya dan bukan melihat pada rupa,” ujar Zara.

Namun di luar sekolah, orang ramai enggan percaya dirinya yang sebenar adalah seorang remaja.

“Mereka pernah menolak tiket bas kanak-kanak yang saya gunakan di hadapan semua orang. Saya terpaksa keluar daripada bas dengan perasaan malu dan pulang dengan berjalan kaki.

“Pada minggu pertama di sebuah sekolah, seorang guru menghulurkan buku Rancangan Pengajaran Harian. Saya katakan padanya yang saya bukanlah seorang guru tetapi murid baru.

“Saya tidak diperlukan sesiapa dalam hidup dan saya hanya mahu mati.
“Perkara yang sama berlaku setahun kemudian apabila saya bertukar guru,” kata gadis malang ini.

Bercakap mengenai ­dirinya, ujar Zara, giginya kelihatan rapuh dan dia sudah kehilangan empat batanggigi.

“Dua daripadanya di bahagian hadapan membuat­kan saya berasa malu dan tidak suka tersenyum,” katanya.

Pada 2010, Zara ke Jepun untuk berjumpa pakar lipodistrofi dunia bagi mendapatkan suntikan kolagen di mukanya.

Pada mulanya suntikan itu berjaya melicinkan kedutan di mukanya tetapi tidak lama kemudian implan itu rosak.

“Saya sangat teruja untuk mendapatkan kolagen kerana dapat mengubah ciri-ciri penuaan di wajah, tetapi ia mengecewakan apabila tidak menjadi.

“Pada masa akan datang, saya ingin berwajah baru agar dapat menghilang­kan lapisan kulit di bawah dagu dan kedutan di sekeliling mata,” katanya.

Bagaimanapun, di sebalik kejadian yang berlaku itu, Zara mengimpikan untuk menjadi ahli terapi kecantikan selepas meninggalkan alam persekolahan.

Dia juga mengetahui satu atau dua perkara mengenai penjagaan kulit.

“Salah satu kebaikan mengenai keadaan yang menimpa ialah kami (Jolene, Zara dan Tracey) tidak pernah mempunyai bintik di muka atau kulit kusam.

“Kebiasaannya, saya terpaksa mengenakan solekan tebal tetapi kini saya mampu menerima keadaan diri ­kerana memikirkan masih ada yang lebih buruk ­wajahnya berbanding saya.

“Saya boleh membeli rokok dan alkohol dengan mudah, itupun jika saya mahu,” katanya dalam nada berjenaka.

Dia menegaskan tidak mempunyai masalah untuk menarik lebih ramai rakan lelaki.

“Saya mengenali beberapa lelaki dan mereka tidak mempedulikan rupa paras saya tetapi menyukai saya kerana personaliti diri.

“Ibu banyak menaikkan semangat kami dengan menenangkan perasaan dan yakin kepada diri sendiri.

“Namun, ada kalanya saya masih berasa sedih.

“Baru-baru ini, saya ­ditegur seseorang yang mengatakan wajah saya ­kelihatan seperti wanita berusia 30 tahun dan saya ­sangat marah mendengarkannya.

“Ada juga lelaki yang bertanya sama ada Jolene adalah ibu saya.

“Saya jawab, dia adalah kakak saya, bodoh tetapi Jolene sangat kecewa mendengarkannya,” kata Zara.

Tracey mengaku, dia berasa sungguh bersalah selepas menyedari keadaan yang dialaminya menimpa anak-anaknya pula.

“Saya bimbang dengan masa depan yang bakal dihadapi anak-anak perempuan saya.

“Saya menyalahkan ­kehidupan yang saya lihat selama ini sehing­gakan kanak-kanak lain tidak mahu bermain ­dengan saya sehinggakan saya berubah menjadi tidak menentu dan mencaci maki orang lain.

“Satu-satunya lelaki yang meminati saya berusia jauh lebih tua.

“Kemudian, saya mula menjadi ‘kaki minum’ bagi menghapuskan ­kesakitan dan bertindak kejam dalam ­perhubungan kerana tidak mampu menerima kekura­ngan diri.

“Apabila melihat cermin setiap hari, saya cuma nampak wajah wanita lain, dua kali ganda daripada umur saya.

“Tetapi saya bangga kerana Jolene dan Zara mampu menjaga diri mereka sendiri,” ujar Tracey sambil tersenyum.

Tracey juga adalah ibu kepada Gareth, 24, Michael, 21, Tommy, 19, Rosie, 20, dan Chloe, 16, yang tidak dijangkiti penyakit itu.

Suaminya, Lawrence, 62, terlantar di katil akibat strok dan kanser paru-paru. Justeru, Tracey perlu menjaganya sepenuh masa.

Sementara itu, sekumpulan pakar menegaskan, masih ada cara melicinkan kembali kulit yang berlekuk walaupun tidak mungkin dapat memperbetulkan sepenuhnya.

Pakar dermatologi di London, Stefanie Williams berkata: “Seorang pakar bedah plastik mungkin ­dapat memindahkan lemak dari satu kawasan badan ke kawasan yang ­bermasalah. Rawatan lain pula seperti mengsi ­kawasan berlekuk itu ­dengan implan atau suntikan,” katanya.


Fasha Bengang Dengan Pengikut Instagram Hal Berpantang


Alahai, kesian pula insan-insan yang bergelar artis ini.

Semua gerak-geri dan kelakuan sering menjadi perhatian hingga adakala semua kelakuan serba tak kena dimata masyarakat.

Lebih berani, ada peminat-peminat yang berani menegur dengan nada dan ayat yang kasar hingga boleh melukakan hati sesiapa sahaja yang diperkatakan.

Itulah yang terjadi kepada selebriti terkenal, Fasha Sandha apabila ada pengikutnya mempersoalkan isu tempoh berpantang dengan memanggil Fasha sebagai ‘perempuan’.

Aik, kasar benor bunyinya kan….rasa-rasanya kalau kita yang kena pun memang berasap telinga!

Isu ini timbul apabila Fasha memuat naik gambar dia dan suaminya, Jejai bersarapan di sebuah restoran bersama beberapa rakan yang lain.
Umum mengetahui Fasha baru sahaja melahirkan puteri comel dan pastinya kini Fasha sedang dalam proses berpantang untuk membaiki luka-luka selepas bersalin.

Sekaligus menimbulkan persoalan kepada salah seorang peminat yang ‘terover ambil berat’ dengan menulis “perempuan ni dah habis pantang ke” di ruangan komen Instagramnya.

Dek kerana perihatian terlebihnya ini, Fasha dengan sendiri membalas komen peminatnya dengan persoalkan balik mengapa dia tidak boleh keluar bersama suaminya?



Hah, walaupun ayat yang digunakan Fasha nampak biasa tetapi nada disebalik ayat-ayat tersebut sendiri sudah menggambarkan kebengangan Fasha bila dipersoalkan soalan sebegitu dengan panggilan ‘perempuan’.

Itulah, lain kali kalau ingin bertanya, tidak boleh ke memanggil nama Fasha elok-elok. Tak pasal-pasal ke sound dengan artis.
sumber:newshub

Perompak Dibogel, Diikat Guna Pembalut Lut Sinar


Inilah padah gara-gara cuba merompak seorang warga emas menggunakan pisau.

Nasib baik serangan yang cuba dilakukan oleh lelaki ini berjaya dipatahkan oleh orang ramai yang menangkap perompak tersebut dengan bertindak mengikat dan membogelkan lelaki tersebut di khalayak ramai.

Insiden yang berlaku di Santiago ini, menggemparkan orang ramai yang lalu lalang apabila melihat seorang lelaki berbogel yang diikat seluruh badannya menggunakan pembalut lut sinar di tiang.

Lebih memalukan, seluar dalam lelaki bernama Valentino Abeyta Barrera, 32 tahun ini kelihatan digunakan sebagai pengikat di bahagian buku lalinya.

Sementara itu, keadaan lelaki berbogel itu tersebut sempat dirakam oleh orang ramai di kejadian itu supaya menjadi pengajaran kepada penjenayah yang lain.

Insiden ini sekaligus menjadi viral di media-media sosial dan menjadi perbualan masyarakat dunia.


Situasi yang berlaku selama 20 minit ini berakhir apabila pihak polis tiba di tempat kejadian untuk menangkap suspek.

Namun, menurut pihak polis, suspek tidak memberitahu mengapa dia ditangkap dan hanya memohon pihak polis melepaskannya.

Pihak Polis juga tidak dapat mendakwa suspek atas apa-apa kesalahan kerana tiada laporan diterima daripada mana-mana mangsa.
sumber:mynewshub

Amar Baharin Takut Jika Jatuh Cinta Dengan Izreen Azminda

Demam Amar Baharin dan Izreen Azminda nampaknya masih tidak kebah lagi. Mereka masih lagi dikaitkan antara satu sama lain walaupun kedua-duanya telah mengaku hubungan mereka tidak lebih dari sekadar kawan. Kedua-duanya memang sama cantik sama padan. Muka pun ada iras-iras. Orang kata muka seiras ini maksudnya ada jodoh yang kuat.

Ayat-ayat yang dikeluarkan oleh Amar Baharin ketika ditemuramah oleh MalaysianDigest ini memang lain macam juga sebenarnya. ‘Baik’, ‘comel’, ‘takut jatuh cinta’ dan beberapa lagi perkataan yang kalau anda seorang wanita, pasti akan cair mendengarnya. Kata Amar:-

Saya ada juga kawan rapat lain tetapi dia adalah kawan perempuan yang paling rapat dengan saya. Dia baik dan comel serta banyak menolong saya dalam industri ini. Sebenarnya, kami berjumpa kembali selepas sebulan apabila masing-masing sibuk dengan penggambaran.

Kami jarang berjumpa tetapi jika ada kelapangan, kami keluar setakat minum kopi. Kami sering juga berkongsi tentang masalah atau hal peribadi tetapi tidak semua kami kongsi apatah lagi lebih pada hal kerja.

Saya selalu doakan kebahagiaan dan yang terbaik untuk dia. Saya tiada masalah kalau dia jumpa orang lain lagipun kami hanya kawan.

Sebenarnya, saya lagi takut jika jatuh cinta dengan kawan baik sebab apabila berkawan, kita tidak perlu terlalu ‘control’. Jika persahabatan bertukar rasa cinta, akan timbul rasa janggal. Jadi, rasanya baiklah jadi kawan baik sampai bila-bila


Memang selalu terjadi kawan baik akhirnya bertukar menjadi pasangan kekasih dan akhirnya menjadi suami isteri. Mungkin satu masa nanti hal seumpama ini akan terjadi kepada Amar Baharin dan Izreen. Siapa tahu kan? Apa pun janganlah kita selaku peminat mengharap lebih-lebih. Kalau dah tertulis jodohantara mereka, pasti akan ke jinjang pelamin jua.

Azad Jasmin & Eira Syazira Nafi Sudah Capai Status Jutawan

Jutawan. Rasanya memang impian setiap manusia mahu mendapat status ini. Mana tidaknya, untuk bergelar jutawan, duit di tangan mesti ada sekurang-kurangnya RM1 juta. Walaupun RM1 juta di zaman sekarang ini dah tak boleh nak buat apa sangat, namun sudah tentu ia lebih baik daripada tak ada apa-apa langsung. Sejak menceburi perniagaan pemasaran rangkaian, desas-desus bertebaran yang pasangan suami isteri Azad Jasmin dan Eira Syazira kini sudah pun mencapai status tersebut.

Kalau anda mengikuti akaun sosial pasangan suami isteri ini, memang nampak kencang sangat-sangat perniagaan yang dijalankan. Malah kalau tak silap, Azad dan Eira kini sudah jarang keluar di kaca televisyen kerana sibuk memberi fokus kepada perniagaan mereka. Apa pun, menurut Azad, mereka belum lagi bergelar jutawan. Kata Azad:-

Dakwaan tersebut tidak benar. Saya sendiri terkejut apabila mendengarnya. Tapi, apa yang benarnya, perniagaan yang kami ceburi telah menunjukkan perkembangan yang positif.

Apa yang boleh saya katakan, saya dan isteri selesa menjalankan perniagaan. Setakat ini, lebih banyak rezeki kami datang daripada cabang perniagaan yang dijalankan. Secara tidak langsung, menjadikan kami lebih bersemangat dan fokus terhadap bidang ini.
Insya Allah kalau berusaha keras, jujur, dan ikhlas, bukan sahaja status jutawan boleh dicapai malah lebih daripada itu lagi. Semoga perniagaan Azad Jasmin dan Eira Syazira akan semakin meletup di masa hadapan. Teruskan berusaha keras.
sumber:http://beautifulnara.com/

Bengang Mia Sara Dituduh Hipokrit, Bapa Bakal Tuntut Di Akhirat

Bapa pelakon kanak-kanak Mia Sara, iaitu Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh, mengakui dirinya terkejut dengan laporan gosip di sebuah ruangan pojok tulisan Cik Pang di Harian Metro mengenai sikap anak itu yang hipokrit. Dia berkata yang dia tidak menyangka Mia akan digosipkan sama seperti selebriti dewasa walaupun hanya berusia sembilan tahun.

Sebenarnya saya tidak mempunyai masalah atau terkilan dengan gosip yang timbul kerana ia semestinya tidak benar. Rasa kelakar pula, dengan budak kecil yang masih tidak faham apa-apa pun orang nak jadikan bahan gosip.

Tidak mengapa, orang bercakap, kita yang dapat pahala. Saya akan tuntut di akhirat nanti.

Gosip ini dikatakan timbul apabila Cik Pang menceritakan yang temannya pernah melihat bagaimana Mia melayani Puteri Balqis yang memenangi Anugerah Skrin 2014 sewaktu mula-mula berlakon dan mereka dipertemukan dalam satu produksi. Waktu itu, Balqis hanya pelakon tambahan. Mia dikatakan langsung tidak mahu menegur dan bercakap dengan Balqis walaupun sudah lazim bagi kanak-kanak untuk bersikap mesra antara satu sama lain. Malahan, ada kakitangan produksi mengajak Mia bercampur dengan Balqis tetapi ditolak dengan alasan sebagai pelakon utama, dia tidak boleh bercampur dengan pelakon tambahan.

Ridhuan memberitahu mStar Online bahawa dia sememangnya mendidik Mia untuk mengurangkan bercakap di lokasi penggambaran:

Apabila saya sediakan segala kelengkapan untuk Mia, itu pun dah ada orang bercakap kononnya nampak ‘poyo’. Walhal saya mahu memudahkan lagi perjalanan produksi dan tidak mahu kerana anak saya, orang lain pula bermasalah.

Pada masa sama saya turut memberitahu Mia untuk tidak banyak bercakap di set dan hanya fokus pada kerja. Dan yang paling penting jangan menyampuk apabila orang sedang bercakap.

Sebagai seorang bapa yang tidak selalu menemani Mia di set, sudah pasti saya akan berasa risau, kerana anak kecil itu sedang belajar setiap perkara yang ada di persekitarannya.

Sukar sebenarnya mahu bercakap mengenai perkara ini memandangkan perkara ini melibatkan kanak-kanak. Hal budak-budak, kata orang. Bagaimanapun, Mia Sara sedang membesar dan persekitaran akan mempengaruhi sahsiahnya. Mungkin sikap Mia Sara yang kurang bercakap itu disalah erti oleh sesetengah pihak. Mungkin jua Mia Sara boleh menunjukkan raut wajah mesra dan senyuman untuk tidak menyinggung mana-mana pihak selepas ini. Orang kata ambil yang positif, ya tak?
sumber:http://beautifulnara.com/

Pembaca mStar Online Temui Mikrofon Hafiz Suip



Hafiz bersama Junaidi dan isterinya, Juliana Jamal serta anak-anak mereka ketika pertemuan di Sentul pada malam Khamis.

Kegelisahan penyanyi Hafiz Suip ekoran kehilangan mikrofon kesayangannya pada Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang berlangsung pada 7 November lalu akhirnya terlerai selepas peralatan itu ditemui oleh seorang pembacamStar Online.

Individu tersebut, Junaidi Kargo, 39, ketika dihubungi berkata, dia menemui mikrofon tersebut berhampiran tempat letak kereta Hotel Seri Pacific yang terletak bersebelahan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana acara itu berlangsung ketika dalam perjalanan pulang selepas menyaksikan anugerah itu.

"Ketika menemui mikrofon tersebut saya tidak tahu ia milik Hafiz biarpun pada kotaknya ada tertera namanya tetapi langsung tidak menyangka ia milik seorang penyanyi.

"Apabila membaca laporan mStar Online yang mengatakan Hafiz kehilangan mikrofon selepas ASK baharulah saya tahu ia milik penyanyi tersebut," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Komen yang ditinggalkan oleh Adila pada ruangan komen di mStar Online.

Hafiz dalam laporan mStar Online bertarikh 24 November lalu berkongsi rasa sedih akibat kehilangan alatan tersebut yang dibelinya sejak setahun lalu kerana ia mempunyai nilaitinggi.

Bagaimanapun Hafiz mengakui kehilangan tersebut bukan disebabkan kecurian sebaliknya atas kecuaian dirinya sendiri yang meletakkan kotak mikrofon tersebut di bumbung keretanya.

Ekoran kejadian tersebut, Hafiz turut membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada hari berikutnya.

Difahamkan mikrofon itu bernilai puluhan ribu ringgit.

Selain Hafiz, beberapa artis tempatan lain turut mempunyai mikrofon sendiri seperti Datuk Siti Nurhaliza dan juga Misha Omar.

Dalam pada itu, Junaidi berkata, selepas membaca laporan kehilangan tersebut di mStar Online, dia meminta bantuan adik iparnya yang dikenali sebagai Adila untuk mendapatkan nombor telefon pihak pengurusan Hafiz bagi membolehkan dia memulangkan semula peralatan berkenaan.

Hafiz lega mikrofon kesayangannya ditemui semula.

Adila dalam ruangan komen berita itu di mStar Online memaklumkan mikrofon tersebut berada dalam simpanannya serta meninggalkan nombor telefon Junaidi dengan harapan pihak Hafiz menghubungi mereka.

"Asalnya isteri saya yang baca artikel berkenaan dan mula menyedari bahawa mikforon yang kami jumpa itu miliknya dan meminta bantuan adiknya untuk menghebahkan perkara itu di laman sosial supaya peralatan berkenaan dapat dipulangkan.

"Alhamdulillah selepas beberapa hari pihak Hafiz menghubungi saya dan pada malam Khamis (semalam) dia datang sendiri ke rumah saya di Sentul untuk mengambil alatan tersebut," katanya.

Sementara itu, Junaidi berkata, Hafiz kelihatan cukup gembira apabila menerima mikrofon tersebut dan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih.

Dia juga berbesar hati dapat membantu Hafiz dan yakin mikrofon berkenaan mempunyai makna besar dalam karier penyanyi itu.

"Syukur mikrofon berkenaan dapat dipulangkan kepada tuannya dan paling tidak sangka Hafiz datang ke rumah kami malah menghabiskan masa lebih sejam untuk beramah mesra dengan kami sekeluarga.


Adila memaklumkan dalam laman Twitter miliknya Hafiz sudah mengambil mikrofon berkenaan.

"Hafiz seorang yang sangat merendah diri dan cukup mesra. Anak-anak saya paling teruja dapat bertemu dengannya," ujar Junaidi.

Dalam perkembangan sama, Hafiz menerusi laman Instagram miliknya melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Junaidi sekeluarga atas keikhlasan dan kejujuran yang ditunjukkan kerana bersungguh-sungguh untuk memulangkan mikrofon tersebut.

"Alhamdulillah... terima kasih saya ucapkan kepada abang Junaidi kerana telah menemui mikrofon kesayangan saya dan kepada seluruh ahli keluarganya kerana menyambut kedatangan saya dengan hati yang terbuka.

"Insya-Allah, mikrofon tersebut akan digunakan pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL) yang akan berlangsung tidak lama lagi," ujarnya.
sumber:mstar

Foto Fasha Sandha jalan-jalan dalam tempoh berpantang

Murai Batu rasa semua artis berhadapan perkara yang sama apabila apa sahaja gerak gerinya pasti menjadi perhatian dan menerima teguran daripada peminat-peminat yang merasakan ada sahaja yang tidak kena.

Begitulah juga dengan pelakon yang baru sahaja melahirkan puteri yang comel iaitu Fasha Sandha baru-baru ini dan kini masih lagi dalam pantang.

Dek kerana perihatian sangat dengan pelakon ini, ada seorang peminat menegurnya adakah dia sudah habis pantang ketika sekeping foto dimuat naik Fasha dalam Instagram miliknya yang menggambarkan seperti sedang berada di sebuah restoran di luar bersama suami dan rakan-rakan.

Peminat itu pun seperti menegur dengan cara yang agak kasar apabila hanya memanggil Fasha dengan panggilan ‘Perempuan’ sahaja. Ayat penuhnya seperti “perempuan ni dah habis pantang ke”

Ramai peminat lain yang berang dengan teguran dan soalan yang dilontarkan itu membuatkan ramai diantara mereka yang membalas kepada peminat tersebut dengan komen-komen seperti kurang senang.

Bukan sahaja peminat, malah Fasha sendiri telah pun membalas komen peminat tersebut bersama alasan mengapa dia keluar ketika masih lagi dalam pantang.
sumber:http://plbgaimacam.blogspot.com/


Pil Ubah Kentut Jadi Harum

 Seorang saintis dan pereka cipta yang berasal dari Perancis telah berjaya mencipta sejenis pil yang mampu meng­ubah "bau kentut manusia menjadi wangi".

Menurut portal berita mirror.com, Christian Poincheval, 65, mendakwa pil tersebut bukan sahaja memudahkan penghadam­an, tetapi mampu membuatkan kentut berbau seperti coklat atau bunga ros.

Jelas beliau, pil itu sangat sesuai untuk hadiah Hari Krismas.

Sebelum ini Poincheval telah menjual pil kentut dengan bauan mawar, tetapi kali ini dia mengeluarkan versi coklat hanya untuk perayaan itu.

Katanya, sebotol pil kentut itu dijual pada harga 7.90 hingga 9.99 pound (RM52.14-RM89.50) dan menawarkan beberapa manfaat lain seperti mengurangkan angin dan baik untuk perut kembung.

Poincheval berkata, dia mula menjual pil itu yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi melalui laman webnya, pilulepet.com pada tahun 2006 dan mendakwa jualan pil tersebut sa­ngat menggalakkan.

“Ada yang membelinya kerana masalah perut kembung dan ada juga sebahagian mereka membelinya sebagai jenaka untuk dihantar kepada rakan-rakan. Setiap kali Hari Krismas, jumlah jualan sentiasa meningkat.

“Pil ini diperbuat daripada campuran sayur-sayuran, arang, Adas, lithothamne (rumpai laut), propolis (resin tumbuhan) dan blue­berry,” katanya.
sumber:kezoom

Bahana Suka Makan Ular Panggang


CHINA: Seorang bapa terkejut besar selepas disahkan doktor terdapat parasit sepanjang tiga inci di dalam kepala anaknya, Liang Liao, 11, akibat suka makan ular panggang

Bapa kanak, Liang Chao, berkata, anaknya sering mengalami sekit kepala yang teruk sehingga mengalami sawan dan terus dibawa ke Hospital Xinhua di Shanghai.

"Semasa di hospital doktor telah menjalankan x-tray terhadapa Liang Liao dan amat terkejut kerana ternampak seekor parasit didalam kepalanya yang sedang bebas bergerak disekeliling otak anak saya"

Menurut pihak hospital parasit tersebut adalah jenis Sparganosis iaitu parasit yang akan berpindah jika selalu memakan anjing, ular, katak dan babi jika tidak dimasak dengan sempurna.

Liang Chao mangakui yang dia sering membawa anaknya makan di luar dan amat jarang makan makanan di rumah.

“Saya tidak tahu kenapa dia makan makanan yang menjijikkan itu dan dia pernah memberitahu saya dia makan ular panggang.

“Saya ragu-ragu penjual menjual makanan yang bersih. Dia hanya berusia 11 tahun dan tidak tahu membezakan antara yang bersih dan kotor,’’ katanya
Sumber: SiakapKeli

Koleksi Foto Lara Alana, Bayi Artis Paling Comel Di Malaysia

Ibarat menatang minyak yang penuh, begitulah ungkapan yang wajar diberikan kepada bayi perempuan pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari. Baru sahaja menginjak ke usia 3 bulan, Lara Alana kini sudah memiliki kereta BMW miliknya sendiri.

“Buat masa ini, barang termahal yang dimiliki oleh Lara adalah kereta BMW yang dihadiahkan oleh kenalan. Namun, ia bukanlah kereta BMW sebenar, sebaliknya kereta BMW mainan yang direka khas untuk kanak-kanak.

Kami tidaklah begitu memanjakan anak, sebaliknya Lara dimanjakan oleh orang sekeliling yang memberikannya hadiah. Saya pernah merasai hidup susah ketika kecil dan mahu Lara untuk menjalani hidup yang seimbang yang mana tahu erti kesusahkan serta kesenangan,” ujar Awal ketika ditemui di majlis aqiqah Lara pada Sabtu.

Cerita Awal lagi, akaun Instagram Lara kini sudah mempunyai pengikut mencecah puluhan ribu orang. Jelas pengacara Melodi ini, dia membuka akaun tersebut bagi pihak anaknya adalah untuk berkongsi setiap saat istimewa dalam hidup anak sulungnya.

“Sebenarnya akaun ini sudah dibuat oleh saya ketika Scha masih sarat lagi namun ianya 'private' pada ketika itu. Niat saya adalah untuk menjadikan akaun tersebut seperti jurnal yang mana Lara berpeluang untuk melihatnya apabila besar nanti.

Malah ada juga yang turut berminat dengan idea ini dan berhajat untuk membuka akaun untuk anak mereka nanti. Malah akaun Lara ini juga membuka ruang kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung untuk mempromosikan produk mereka,” ujar Awal.

Selain itu, Awal tidak menafikan yang Lara turut menerima tawaran untuk menjadi duta beberapa produk. Namun dia dan Scha memilih untuk menanti sehingga Lara mencapai usia yang sesuai untuk mula bekerja.
Sumber :http://plbgaimacam.blogspot.com/





















Fizo Omar & Mawar dikecam lagi kongsi gambar tak berbaju

Pelakon dan pengacara popular dikritik peminat gara-gara satu gambar selfie diri dan isteri yang di muatnaik di laman sosial peribadinya.

Gambar itu menunjukkan Fizo tidak berbaju manakala isterinya mawar mengambil gambar ketika Fizo sedang melakukan senaman untuk ujian kesihatan beliau dengan kapsyen.

Fizo Omar ~
Medical check up.. Dah lame xbuat benda alah ni..
Biasa la bila usia dah nak masuk 3 series ni kene la check kot2 ade part2 yg xbrape nak ok.
Soal makanan pun satu hal.bila makan xigt dunia..bila ade penyakit bru nak tepuk dahi..
Alhmdllh result hri ni ok.sihat walafiat.
Cuma stamina dah agak menurun dah..
So u all tu jgn asyik sibuk berkerja je.kesihatan kene jaga n skali skala kene dtg check n 'service' 'enjin' tu...

Biasalah peminat apa yang di muatnaik oleh seorang selebriti itu ada sahaja yang mereka tidak puas hati macam-macam pendapat dan cacian timbul, yerlah mereka konon-kononnya menasihat selebriti tersebut.

Tetapi sifat mereka lebih kepada mengkritik atau mengata dan mengeji selebriti terbabit ini dah dikira tak bagus dan dikira mengaibkan seseorang individu, walau apapun itu pendapat masing-,masing.
Sumber :http://plbgaimacam.blogspot.com/


Cucu Amy Search, Keisha Lincah Bergaya Model



Cucu kapada penyanyi rock terkenal Amy Search iaitu Keisha sangat mencuit hati dan comel apabila beraksi di depan kamera.

Anak kepada Nabil Huda ini juga kelihatan seperti ibunya yang pandai bermain dengan kamera apabila aksinya diketik oleh lensa kamera.

Murai Batu dapat rasakan satu hari nanti, Keisha juga akan menjadi pelakon mahupun selebriti seperti Abel.

Daripada foto-foto yang Murai Batu kongsikan ini, Keisha seperti sudah ada asas untuk mengayakan pakaian dan sikapnya.

Apa-apa pun, masa depan anak Abel terletak di tangan ibunya, bagaimana nak mencorakkan anaknya itu.

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Murai Batu turut terpegun melihat aksi Keisha ini.
 Ikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk.













sumber:murai.com