[x]

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Kisah Pelajar Dapat Bantuan Ghaib Ketika Peperiksaan

Cerita ini merupakan sebuah kisah yang benar-benar berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Ia diceritakan sendiri oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut. Begini ceritanya:

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.

Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru.

Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.

Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya. Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?

Pelajar tersebut menceritakan,

"Semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan saya dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.

"Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

"Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.
sumber;kezoom

SUBHANALLAH,Gambar Pemisah Antara SIANG & MALAM

Setelah pelbagai usaha dilakukan dengan menggunakan satelit dan komputer dua tahun yang lalu para saintis berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan malam di bumi.

Perhatikan gambar di bawah yang mengkagumkan ini yang memperlihatkan malam dan siang sekaligus.

Gambar tersebut diambil ketika waktu fajar. Mereka menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut.

Kenyataan ini telah disebutkan dalam Al Quran sejak 14 abad yang lalu. Allah S.W.T berfirman tentang garis pemisah ini:

(وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر) [البقرة: 187].

“dan makan- minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar.” [Al-Baqarah : 187]

Namun ada hadis yang mengatakan benang putih dan benang hitam dalam ayat di atas ialah:

Dari Adi bin Hatim Radhiyallahu’anhu berkata : Ketika turun ayat.
“Sehingga terang kepadamu benang putih dari benang hitam yaitu fajar”. [Al-Baqarah : 187]. Aku mengambil iqal hitam digabungkan dengan iqal putih, aku letakkan di bawah bantalku, kalau malam aku terus melihatnya hingga jelas bagiku, pagi harinya aku pergi menemui Rasulullah صلی الله عليه وسلم dan kuceritakan padanya perbuatanku tersebut. Baliaupun bersabda. “Maksud ayat tersebut adalah hitamnya malam dan putihnya siang”.)**

Dari Sahl bin Sa’ad Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Ketika turun ayat. “Makan dan minumlah hingga jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam”. Ada seorang pria jika ingin puasa, ia mengikatkan benang hitam dan putih di kakinya, dia terus makan dan minum hingga jelas dalam melihat kedua benang tersebut. Kemudian Allah menurunkan ayat: “(Kerana) terbitnya fajar”, mereka akhirnya tahu yang dimaksud adalah hitam (gelapnya) malam dan terang (putihnya) siang.)

Maha Suci Allah…
sumber:kezoom

15 Tanda Terkena Santau, Jenis Santau & Cara Ubat Santau

Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.

1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:


1. Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu
kecil seperti serbuk kaca.
2. Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
3. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit
menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
4. Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
5. Lenguh seluruh anggota badan.
6. Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
8. Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
9. Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
10. Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
11. Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
12. Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
13. Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan
Islam.
14. Sentiasa sakit pada tulang belakang
15. Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)

Jenis-jenis Santau:

Santau Makan/Minum
Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghoib dengan menggunakan khidmat jin (khadam). Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.

Santau Angin
Ramuan santau ‘dituju’ kepada mangsa dari jauh – samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata (a’in) dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan dimasukkan’ secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.

Santau Tuju
Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.

Santau Langkah
Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaiton; di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.

Santau Batuk
Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden); kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’ santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaiton berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.


CARA RAWATAN PERUBATAN:

1. Racun santau ini hendak dikeluarkan secara batin dengan keizinan Allah s.w.t.
2. Membaca ayat-ayat Al Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini.
3. Minum air penawar dan madu lebah asli dan berdoa kepada Allah s.w.t untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT RACUN SANTAU:
(Sebaiknya pergi berjumpa guru /perawat dahulu sebelum melakukan amalan ini)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Asy-Syu'araa' ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Fussilat ayat 25 hingga 38, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Al-Israa' ayat 79 hingga 94, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Taha ayat 60 hingga 70, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

C. Amalan minggu kelima dan keenam:

1. Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Ar-Ra'd ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
sumber:kezoom

Laluan tentera bergajah Abraha yang cuba memusnahkan Kaabah berjaya dikesan


ANTARA kawasan yang dikatakan dilalui tentera Abraha di timur Tathlith.

Riyadh: Sekumpulan peminat sejarah Saudi berjaya mengesan laluan yang digunakan tentera bergajah Abraha yang cuba memusnahkan Kaabah lebih 1,400 tahun lalu.

Kitab suci al-Quran, dalam satu bab menerangkan secara ringkas kisah mengenai tentera bergajah yang diketuai Abraha Al-Ashram, gabenor Yaman ketika itu.

Allah SWT memusnahkan Abraha dan tentera, termasuk 13 gajah dengan menghantar sekumpulan burung ababil untuk menggugurkan batu kecil ke atas mereka.

“Tiada batu yang mengena askar itu tetapi mereka terbakar dan hancur. Abraha melarikan diri ketika badannya terbakar dan hancur sebelum mati dalam perjalanan pulang ke Yaman,” kata ulama dan pentafsir al-Quran terkenalabad ke-14, Ibn Kathir.

Kumpulan penyelidik sejarah itu melakukan perjalanan merentasi gunung dan laluan sukar, mengambil gambarmercu tanda penting, bermula di utara Najran, kemudian ke timur Asir sebelum meneruskan perjalanan ke timur Asir.

Antara tapak sejarah penting di sepanjang perjalanan itu ialah lakaran gambar gajah pada tembok Gunung al-Qahr di tenggara Tathlith, perigi lama di Hafaer di timur Asir dan jalan berturap berhampiran Kara di daerah Aqeeq di wilayah Baha.

Ketua bahagian geologi di Universiti Raja Saud, Mohammed Al-Amry, berkata, dia melihat laluan Abraha dan tenteranya di Tathlith dan Baha.

“Kami melepasi kawasan berbatu dan terdapat tulisan dalam bahasa Humairiya di beberapa tempat di gunung sekitar daerah itu,” katanya.

Menurut sumber sejarah Islam, Abraha penganut Kristian, merancang mendirikan gereja di Sanaa, sama seperti Kaabah di Makkah.

Dia mahu penduduk Arab datang beribadah di Sanaa bukan Makkah dengan berharap dapat melencongkan kegiataan perniagaan bagi faedah Yaman.

Dia mengemukakan idea itu kepada Raja Habsyah ketika itu yang bersetuju dengan rancangan berkenaan.

Abraha membina gereja itu tetapi masyarakat Arab enggan melakukan ibadah di Sanaa.

Ia mencetuskan kemarahannya, mendorongnya membentuk pasukan tentera untuk menyerang Makkah dan memusnahkan Kaabah.

Dia menumpaskan semua tentera Arab ketika mara sehingga dia tiba di Makkah apabila dia dan pasukannya diserang burung Ababil yang dihantar Allah (SWT).
sumber: Agensi/myMetro

Pesanan Ustaz Kepada Seorang Suami Yang Curang


Untuk suami yang curang, baca dan hayati pesanan Ustaz Azhar Idrus ini:

Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping daripada isteri saya. Isteri saya gemuk.

Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah melahirkan anak kamu ke? Tentu tidak, bukan? Kerana dia lebih sayangkan tubuh badannya berbanding kamu. Isteri kamu pula sanggup korbankan tubuhnya kerana dia lebih sayangkan kamu dari tubuhnya sendiri.

Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya manja dan lemah-lembut. Isteri saya langsung tiada masa untuk saya dan kadangkala dia garang dengan saya.

Ustaz : Perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk dipikul. Dia tidak perlu tahu masalah kamu, hutang-piutang kamu. Kerana itu dia sentiasa gembira bersama kamu. Berbanding dengan isteri kamu dia memikul semua masalah kamu. Masanya terpaksa dibahagi untuk menjaga kamu dan anak-anakmu. Kerana dia tahu menjaga anak-anakmu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu.

Suami : Isteri saya jarang memujuk saya berbanding perempuan simpanan saya. Dia sentiasa memujuk saya.

Ustaz : Isteri kamu sudah puas memujuk anak-anakmu bila mereka bertanya bila kamu akan pulang. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tidak pernah mengambil tahu tentang mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di mata anak-anakmu sedangkan kamu masih sibuk bergelumang dengan dosa bersama perempuan simpanan kamu. Perempuan simpanan kamu itu pernahkah terfikir tentang maruah kamu?

Suami : Tapi ustaz..

Ustaz : Beginilah, jika isteri kamu tidak cukup sempurna untuk kamu, kamu ceraikan saja dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tidak tahu bersyukur seperti kamu. Cuba kamu fikir, kalau bukan kerana dia korbankan bentuk tubuhnya kerana kamu, sepanjang hayat kamu tidak akan melihat waris keturunan kamu. Kalau dia mahu, dia juga boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai kamu. Tetapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah kamu hargai. Bukan dia yang tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu yang tidak layak mendapat isteri sepertinya. Lebih baik kamu nilai diri sendiri dari kamu menilai isteri kamu kerana dia adalah ibu kepada anak-anakmu.
sumber: http://infosahih.blogspot.com/

Guru Pertama Umat Manusia Yang Di Pilih Allah Adalah Gagak.Tahu Kenapa?

Kenapa Allah memilih burung gagak sebagai GURU pertama umat manusia dan tidak memilih makhluk - Nya yang lain ?

Sebagai mana kita ketahui, peristiwa pembunuhan manusia pertama kali berlaku adalah di antara dua anak Adam as , Qabil dan Habil. Qabil membunuh Habil kerana tipu muslihat Iblis la'natullah yang menyusupkan rasa iri hati dan dengki kepada Adam dan seluruh keturunannya.

Kemudian Allah swt menghantar burung gagak untuk mengajar anak cucu Adam bagaimana menimbus mayat sesama mereka.

Mengapa demikian?

Kerana burung gagak adalah burung paling pintar dan cerdik dibandingkan dengan burung-burung lain. Allah swt telah memberikan naluri tentang keahliannya ini.

Melalui penelitian, ternyata burung gagak mempunyai saiz otak yang lebih besar berbanding otak burung-burung yang lain. Burung gagak sentiasa hidup bersama kelompoknya sebagaimana manusia yang sentiasa bersosial dengan masyarakat.

Mereka mempunyai pemimpin atau hakim yang akan menghukum yang melakukan kesalahan di antara mereka . Inilah fitrah yang sentiasa diberikan Allah kepada burung gagak.

Setiap kesalahan di antara burung gagak mempunyai hukuman masing-masing contohnya :

1. Ketika salah seekor di antara mereka mengambil makanan anak burung gagak, maka hukumannya adalah sekumpulan gagak lain akan mematuknya sehingga bulu gagak tadi habis sehingga gagak tersebut gundul dan tidak boleh berbuat apa-apa seperti anak gagak sebelum dewasa.

2. Ketika seekor gagak menyakiti gagak betina yang lain, sekumpulan gagak akan menyerangnya dengan paruh hingga mati.

Adapun pelaksanaan hukuman dilakukan di tanah padang atau di kawasan yang luas sehingga proses mahkamah disaksikan oleh kumpulan mereka dan gagak tertuduh akan dibawa dengan penjagaan ketat oleh sekumpulan gagak lain yang mengelilinginya. Kemudian gagak tersebut ditundukan kepalanya, diturunkan sayapnya dan ditahan untuk berkoak sebagai bentuk pengakuan atas kesalahannya.

Ketika gagak tertuduh dijatuhi hukuman mati, gagak lain akan menyerangnya dengan paruh mereka hingga mati.

Setelah Gagak itu mati, salah seekor di antara mereka akan membawanya dan menggali lubang untuk menguburkan dengan tanah sebagai penghormatan atas bangkai gagak itu.

Hingga kini, para saintis yang melakukan kajian tentang dunia haiwan mengatakan bahawa hanya gagaklah yang menanam mayat kawannya ketika mati.

Demikianlah bagaimana burung Gagak menegakkan keadilah dari fitrah Ilahiyah adalah lebih baik dari pada keadilan yang dimiliki oleh umat manusia.

Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kau dustakan?
sumber: http://www.dramadunia.my/

3 Petanda Bila Kucing Datang Kepada Kita


Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,

Pertama

Allah sedang beritahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua

Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.

Ketiga

Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.

Kredit: Ustaz Shukri Harun

Pelajar Murtad Menangis Dari Kubur



Berikut merupakan kisah benar dan bukan rekaan semata-mata!

KISAH 1

Dua orang pelajar telah menemui maut ketika kemalangan jalanraya antara motosikal dan kereta. Setelah jenazah diuruskan, didapati salah satu dari jenazah telah merayau merata-rata, mengetuk pintu rumah dan lain-lain.

Apabila ditanya kepada pihak hospital yang menguruskan jenazah berkenaan, kakitangan terlibat telah memaklumkan bahawa salah seorang dari mayat yang diuruskan terpaksa dibuang kukunya kerana ada cutex dan dicukur kepalanya kerana rambutnya telah diwarnakan.

pelbagai cara dilakukan untuk memastikan 'roh' tersebut tidak merayau, namun gagal. Ditanya pula pada kawan-kawan simati, dimaklumkan bahawa di dua bahagian badan si mati ada terdapat tatoo, namun tidak diketahui apa yang dilukiskan.

Setelah beberapa lama, dan mungkin penyelesaian terakhir, jenazah si mati telah dipindahkan ke kubur Kristian. Selepas itu, rohnya tidak merayau lagi......

Pengajaran:

Berkemungkinan tatoo yang terdapat pada si mati berlambangkan salib dan si mati sebenarnya adalah seorang kristian, walau pada zahirnya berpakaian dan berkelakuan sebagai seorang Islam. Si mati tersebut adalah pelajar sekolah yang berusia 16 tahun.

KISAH 2



Si A adalah seorang pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan. Beberapa kali beliau menduduki peperiksaan PMR tetapi dia gagal. Satu hari, di hadapan kawan-kawan beliau telah berkata, kalaulah aku lulus PMR kali ini, aku akan masuk kristian. Ditakdirkan Allah, beliau telah lulus dan kemudiannya meninggal dunia kerana kemalangan.

Mayatnya diuruskan sebagai seorang Islam mengikut kebiasaanya dan dikebumikan berdekatan dengan masjid. Selepas beberapa ketika, imam masjid mendengar suara menangis dari kubur si mati. Ditanya pada ahli keluarganya, dimaklumkan bahawa simati adalah seorang budak yang baik...

Namun dari kubur berkenaan terdengar tangisan yang berterusan. Setelah ditanya dan
diperiksa barulah dimaklumkan mengenai nazar si mati dan mayatnya pun dipindahkan ke kubur Kristian. Barulah tiada tangisan kedengaran....

Berhati-hati dengan kata-kata yang keluar dari mulut kita. Sesungguhnya,apa yang dituturkan turut menjadi doa.
sumber: http://aleutoo.blogspot.com/

Pakej Skim Pelaburan Emas Adalah Haram, Riba & Skim Cepat Kaya

Ada seorang sahabat bertanya berkenaan 2 pakej skim pelaburan emas.

(1) Melabur Rm13500, akan dapat pulangan rm1800 / bulan …selama 11 bln.
(2)Labur rm13000….6%sebuln akn d byr rm780 /bln…yg ni modal tetap ada slgi xkluar…kalu nok kuar kno bg notis sbln.

Jawapan rinkas saya: Ia adalah RIBA dan skim cepat kaya. Sebab apa riba? Pertamanya, secara umumnya pelaburan di dalam Islam, tidak boleh dijamin keuntungannya. Samada, Mudharabah atau wakalah, mudharib dan wakil tak boleh memberi jaminan modal dan juga keuntungan. Aqad yang bersifat jaminan jumlah modal adalah aqad qard/hutang/loan. Ya, hutang mestilah dibayar balik jumlah hutang, dengan itu ia dijamin.

Sekiranya dibayar lebih maka ia adalah riba. Dalam skim pelaburan di atas, modal dijamin, dan pulangan juga adalah dijamin. Dengan itu ia adalah riba.

Riba juga berlaku apabila berlaku jual beli emas secara tangguh. Ulama bersepakat (Ijma) bahawa emas dan perak tidak boleh dijual beli secara tangguh, tidak ada khilaf berdasarkan hadis2 yang sahih. Yang menjadi khilaf ialah jual beli barang kemas yang dibuat daripada emas dan perak dan sudah bercampur bahan lain, ada sesetengah ulama seperti Sheikh Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim membenarkannya kerana menganggap perhiasan itu bukan lagi dianggap matawang.

Adapun kenapa saya kata ia skim cepat kaya, kerana pertama tidak ada bank atau pengurus dana yang boleh bagi pulangan yang begitu banyak. Kedua, kalaulah seseorang itu berjaya dalam sesuatu perniagaan,mahukan dia berkongsi dengan orang lain. Skim ini akan hancur sekiranya tidak ada pelabur baru.

Nasihat saya, berhati hatilah dalam berurusan dengan pelaburan anda supaya tidak dimurkai oleh Allah kerana riba dan kedua fikirkanlah juga kerugian duit pelaburan yang banyak disebabkan ketamakan, kerana skim cepat kaya tidak akan kekal lama.

Kepada yang suka meggunakan hadis2 ayat ayat al-Quran untuk mempromosikan jualan emas, ingatlah, bahawa tidak ada hadis atau ayat Al-Quran pun yang mewajibkan penggunaan emas sebagai matawang, Islam mengiktiraf emas dan perak sebagai matawang yang sudah lama digunakan sebelum kedatangan Islam.

Yang jelas dan qat’i ialah hukum haramnya riba apabila hutang dibayar dengan lebihan, atau pertukran ribawi items sekiranya tidak mematuhi syarat syarat yang ditetapkan, di antaranya apabila berbeza jenis seperti emas dan perak, maka sharatnya mestilah dilakukan secara tunai. Matawang zaman dahulu adalah dirham perak dan dinar emas. satu dinar sama dengan 8, 10 atau 12 dirham.

Pertukaran atau pembelian emas dengan perak mestilah dilakukan secara tunai/ cash. Dalam kontek sekarang duit kertas adalah matwang yang sah, dan mengambil hukum yang sama, dengan emas atau perak dari segi boleh berlakynya riba, sah membayar zakat dengannya, sah dijadikan modal mudarabah, bay’ al-salam dll.

Dengan itu, emas walaupun dibeli dengan matawang kertas, hukumnya adalah haram dijual beli secara tangguh. Ini adalah keputusan Majma Fiqhi, Badan Fiqh sedunia dan banyak lagi institusi2 fatwa.

Kepada teman-teman yang terlibat, pastikan perniagaan atau skim perniagaan anda patuh Shariah. Kalau ada keraguan, hindarilah perkara yang ada shubhah. Saya tidak berniat menyakitkan hati sesiapa, kerana saya tidak ada kepentingan, kecuali mengajak kepada berpegang dengan hukum syarak.

-Saya bukan mewakili pandangan admin, apa pula hukum pinjam dengan pinjaman di bank Islam terutamanya pinjaman perumahan...pinjam 80,000 bayar 200,00 (sekadar contoh)? Bukankah ianya juga telah ditetapkan...bahkan tengok pula kadar yang mereka kenakan...tolong ajarkan kami... 
sumber: kezoom