[x]

Showing posts with label Info Cool. Show all posts
Showing posts with label Info Cool. Show all posts

Gambar Dua Ekor Jerung Bertarung Berebut Makanan

Dua ekor jerung bertarung merebut makanan berupa daging yang diberi pelancong di perairan Kepulauan Neptune,Australia Selatan. Pertarungan hebat ini dirakam oleh Adam Malski











sumber: http://realitiabadi.blogspot.com/

Lelaki Ini Lukis Potret Menggunakan Mesin Taip

Berbekalkan mesin taip lama, Alvaro Franca berjaya melukis potret yang sangat terperinci.









Photos by Alvaro Franca
sumber: http://realitiabadi.blogspot.com/

Selipar yang Paling Digeruni Di Surau

Selipar menjadi barang yang paling panas setiap kali kita menjejakkan kaki ke surau mahupun ke masjid kerana seringkali menjadi mencuri tumpuan orang yang suka mencuri. Mungkin ada yang tersilap ambil tetapi kejadian mencuri selipar ini merupakan perkara biasa yang dialami.

Tetapi idea terbaru, melekatkan perkataan curi dosa mungkin akan buat anda berfikir 5-6 kali untuk menyarung di kaki.



sumber: http://www.gosip.asia/

Di Negara Ini Pondok Telefon Di Ubah Menjadi Sesuatu Yang Menarik






sumber: Dairishare


Unik! Bandar di China Mempunyai Lorong Khas Untuk Pengguna Handphone.


Leka main telefon bimbit semasa berjalan kaki di tempat umum sudah jadi pemandangan lazim. Seolah-olah perkara tersebut juga diperhatikan di bandar Chongqing di China. Ada sebuah kaki lima yang direka khusus untuk pejalan kaki agar tidak bermain telefon bimbitnya.

Alih-alih menggunakan teknologi canggih, jalan tersebut memakai cara mudah iaitu membuat dua lorong dengan garisan pemisah. Sehingga pejalan kaki yang ingin jalan sambil main telefon bimbit boleh mengambil lorong khusus sehingga tidak menganggu pengguna jalan lain. Namun malangnya lorong "ramah alat" itu tidak panjang, hanya 50 meter.

Idea membuat garisan pemisah tersebut terinspirasi dari tayangan National Geographic. Saat itu mereka mengadakan eksperimen sama di Washington DC untuk penyelidikan keilmuan. Namun yang di Chongqing ini belum diketahui sama ada untuk kajian dan malah menggundang beberapa kritikan orang awam.

Salah satunya Nong Cheng yang bekerja sebagai pengurus di kawasan tersebut. Menurutnya jalan unik itu tidak ada gunanya kerana orang sibuk dengan telefon bimbitnya tidak akan melihat garisan pemisah. Sedangkan pengguna Weibo menyebut jalan itu malah mengajak orang semakin sibuk dengan alat-nya tanpa mempedulikan persekitaran sekitar.

"Ada banyak ibu bapa dan anak-anak di jalan, jadi sibuk dengan telefon bimbit hanya akan menimbulkan pertembungan," balas Nong Cheng. "Mereka yang sibuk dengan telefon bimbit tentu saja tidak memerlukan jalan itu kerana mereka tidak memperhatikan saat berjalan."

sumber: http://gabancomel.blogspot.com/

Rumah Tergantung Tepi Tebing, Depan Laut


Kediaman tergantung yang sedang dibina di Australia berhadapan Lautan Hindi yang luas.

CANBERRA: Tidak pernah terbayang akan ada kediaman berkonsep tergantung, lebih-lebih lagi di tebing tinggi berhadapan lautan luas di pinggir Australia.

Portal berita melaporkan rekaan yang dihasilkan arkitek negara itu dari Modscape's Ambitious Designs.

Siput laut atau teritip yang melekat dan tergantung di bawah kapal atau perahu memberi ilham kepada pereka firma berkenaan.

"Rekaannya ini sesuai dengan permintaan pelanggan yang inginkan sesuatu yang luar biasa di kawasan pantai di Australia.

"Rumah ini bukan sahaja tergantung di tebing bukit, malah memiliki pemandangan Lautan Hindi yang indah," kata jurucakap firma tersebut.

Kediaman mewah itu memiliki lima tingkat, selain digantung di tebing dengan menggunakan pin keluli kejuruteraan tinggi.

Beberapa arkitek dan pakar kejuruteraan daripada firma berkenaan akan bekerjasama membina rumah pasang siap ini.
Sumber: mstar.com.my

ROODHARIGENDAG : HARI SAMBUTAN RAMBUT MERAH SEDUNIA DI BELANDA

Di Belanda setiap minggu pertama September akan diadakan Roodharigendag ataupun Hari Rambut Merah. Ianya disambut sejak tahun 2005 dan ribuan individu berambut merah dari Belanda, Jerman dan UK datang ke bandar Breda untuk berkumpul beramai-ramai. So much red!




Sumber DM

Kafe macam garaj

SUSUN atur kedai menggabungkan rona kelabu sebagai warna asas dan warna-warna ceria sebagai warna tambahan bagi menaikkan seri kafe.

DARI luar, kedai yang terletak di Lake Fields, Sungai Besi, Kuala Lumpur ini tidak ubah seperti ruang pameran motosikal klasik. Namun, siapa sangka, ruang yang memuatkan kira-kira 13 buah motosikal dan skuter itu sebenarnya sebuah kafe yang berkonsepkan sebuah garaj.

Ternyata, kelainan konsep tersebut berjaya menarik perhatian orang ramai untuk mengunjungi restoran tersebut.

Buktinya, biarpun kafe yang diberi nama Abah & Sons itu baru sahaja beroperasi pertengahan April lalu, namun, ia begitu popular dalam kalangan masyarakat setempat dan menjadi bualan umum dalam media sosial.

Menurut pemilik kafe yang berdarah Perancis, Mia Marine Jores, 28, konsep asal kafe tersebut merupakan lontaran idea suaminya, Mohd. Fadhil Zakaria, 32, dan rakannya, Pa'Din, seorang pemain papan luncur terkenal antarabangsa.

RUANG pameran yang menempatkan barang-barang klasik zaman dahulu.

Dekorasi

"Sebenarnya, idea ini diadaptasi daripada kafe-kafe di Eropah yang mengetengahkan konsep garaj.

"Berbeza di Malaysia, konsep ini belum begitu popular kerana kebanyakan pengusaha restoran lebih gemar memilih elemen moden, rustik, taman dan lain-lain," jelasnya.

Justeru itu, ujar Mia, suaminya mengambil peluang tersebut untuk mengaplikasikan konsep garaj di kafe mereka.

Melihatkan kafe yang cantik dan berseni, umum pasti beranggapan keseluruhan dekorasi itu hasil sentuhan magis pakar penghias dalaman.

PEMILIK kafe Abah & Sons, Mia Marine (kanan) bersama pengurus kafe, Ahmad Fitri.

Manakan tidak, walaupun kesemua bahagian kafe menggunakan warna kelabu dan suram, namun, ia diseimbangkan dengan penggunaan mentol lampu rona kuning keemasan.

Bukan itu sahaja, setiap dekorasi di dalam kafe tersebut juga diletakkan pada posisi yang betul selain mempunyai susun atur yang kemas.

Bagaimanapun, menurut pengurus kafe tersebut, Ahmad Fitri Zainal Abidin, 33, hampir seratus peratus dekorasi dan ubah suai kafe tersebut dilakukan sendiri oleh si pemilik dengan dibantu rakan-rakannya yang lain.

"Semasa melakukan kerja pengubahsuaian, kami duduk berbincang beramai-ramai sambil mengeluarkan idea untuk dekorasi kafe ini baik dari segi hiasan, lukisan mural, posisi motosikal mahupun menu makanan.

Motosikal paling mahal bernilai RM45,000 yang dipamerkan di kafe ini.

"Disebabkan permuafakatan tersebutlah, proses pengubahsuaian hanya mengambil masa kurang daripada sebulan sebelum dibuka kepada pelanggan," katanya.

Menurut Ahmad Fitri, kos pengubahsuian kafe tersebut menelan belanja hampir RM30,000.

Aksesori

Henkel Tourist, Dolphin, Lambretta, Vespa, Norton dan Zuldap merupakan antara motosikal dan skuter yang dipamerkan di sudut kedai.

"Disebabkan motosikal ini sangat unik dan eksklusif, ramai yang bertanya adakah ia milik kami. Sebenarnya, motosikal ini dipinjamkan oleh seorang usahawan permotoran untuk tujuan pameran," ujarnya.

Tambah Ahmad Fitri, motosikal termahal yang dipamerkan di kafe tersebut ialah daripada model Norton dan berharga RM45,000.

Tarikan kafe tersebut bagaimanapun tidak terletak sepenuhnya pada deretan motosikal klasik mewah sahaja. Ini kerana, lukisan mural, gantungan papan luncur dan perkakas-perkakas bengkel turut menaikkan seri kafe berkeluasan 250 meter persegi itu.

Bagi menonjolkan lagi konsep garaj, pemilik mengolah tong aluminium lama rona biru menjadi meja dan kerusi tempat pengunjung menjamu selera.

Untuk mencetuskan kelainan dalam konsep garaj, pemilik turut mengolah kayu lapis menjadi meja papan manakala tin biskut lama sebagai alas duduk.



Adidas Store Di Amsterdam Yang Awesome

Kreatif dalam menjana idea untuk menjadi peneraju dalam bidang perniagaan sememangnya sangat berbaloi-baloi. Terkini Adidas, satu jenama sukan terkenal didunia melakukan konsep perniagaan kreatif seperti "kotak kasut" untuk beberapa outlet mereka dan ianya semakin berkembang. Jom ikuti beberapa gambar kedai kasut adidas yang sangat menarik dibawah....









10 Hotel Paling Unik Dan Menakjubkan Di Dunia

Hampir semua hotel bertaraf lima menyediakan kemudahan kelas dunia kepada pelanggannya. Namun berbeza dengan 10 hotel paling unik di dunia ini , selain memberikan kemudahan mewah, hotel-hotel ini pun mempunyai lokasi dan bentuk hotel yang unik sehingga membuat pelanggan tertarik untuk tinggal di hotel ini. Penasaran, berikut 10 hotel paling unik di dunia yang akan membuat anda kagum.

10 The Caves Resort, Jamaica


Hotel unik yang pertama adalah The Caves Resort. Terletak pada jarak tujuh batu dari pantai Negril di Jamaica, The Caves Hotel & Spa memperlihatkan semua intipati dari pantai dan lautan Sanctuary yang menggoda. The Caves membangkitkan eksotisme yang belum diterokai dan menawarkan keselesaan untuk tinggal bersama dengan beberapa kemudahan yang tidak biasa seperti ruang makan peribadi di dalam gua dan kemudahan Spa yang berada di dekat laut.

9 Attrap Reves, Perancis


Apakah anda pernah membayangkan tidur diluar saat malam di bawah bintang-bintang dengan kemudahan yang mewah. Attrap Reves mungkin adalah satu-satunya hotel di dunia yang mempunyai bilik berbentuk gelembung kaca sehinnga membuat anda boleh melihat kearah bintang-bintang di langit ketika anda tidur. Hotel unik ini menjanjikan anda sebuah pengalaman kosmik dan souvenir romantis bagi pasangan yang sudah berkahwin untuk berbulan madu.

8 Poseidon Undersea Resort, Fiji


Hotel unik selanjutnya adalah Poseidon Undersea Resort, resort bintang lima yang menyediakan segala macam kemudahan serta kemudahan bagi pelanggannya. Bagi pecinta petualang yang tak terbayangkan, seperti manuver kapal selam, menerokai kedalaman laut sebagai penumpang kapal selam mewah, scuba diving, hotel Poseidon Undersea Resort sesuai untuk tempat tinggal sementara anda.

7 Iglu Dorf, Switzerland


Hotel unik selanjutnya adalah hotel Iglu Dorf. Hotel yang diperbuat daripada kristal salji dan mungkin reka bentuk hotel paling inovatif pada masa ini. Hotel Igloo dibina semula setiap musim dari 3000 tan salji di enam lokasi di Alps dan Pyrenees di Switzerland. Walaupun demikian, hotel unik ini menyediakan perkhidmatan bintang lima terbaik

6 Ngorongoro Crater Lodge, Tanzania


Hotel Ngorongoro Crater Lodge menawarkan kemudahan yang meletakkan anda lebih dekat dengan alam. Ngorongoro Crater Lodge terletak di tepi Ngorongoro Crater, Afrika, yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia. Hotel ini juga menawarkan pemandangan yang menakjubkan dari kawah dan Kawasan Pemuliharaan Ngorongoro. 

5 The Oberoi, India


Hotel The Oberoi terletak di Udaipu, Rajasthan, India. The Oberoi Udaivilas adalah hotel mewah yang memperlihatkan semua kemegahan pada era kerajaan. Hotel ini memaparkan warisan kekayaan dari wilayah Mewar dari Rajasthan dengan laman yang luas, air pancut, kolam renang serta taman yang hijau. The Oberoi Udaivilas adalah hotel bagi mereka yang mahukan sebuah kemewahan.

4 Jade Mountain, St Lucia


Tinggal di hotel dengan suasana biasa, tentu tak melahirkan pengalaman luar biasa. Jika ingin luar biasa, maka hotel Hade Mountain Hotel yang terletak di Pulau St Lucia, Caribbean, adalah salah satu pilihan. Bahkan, hotel yang direka oleh Nick Troubetzkoy ini dinilai sebagai hotel alam terkeren di dunia.

3 Ice Hotel, Sweden


Ice Hotel adalah pameran seni yang hanya boleh di tinggali selama empat bulan. Setiap tahun beberapa seniman baik yang baru maupun sudah berpengalaman berkumpul di JukkasjÀrvi untuk mencipta sebuah karya seni kelas tinggi dan melayani pelanggan yang ingin merasakan bagaimana rasanya hidup di dalam batu ais architected yang direka secara artistik. 

2 Nhow Berlin, Jerman


Dengan reka bentuk yang dinamik dan bilik-bilik berwarna-warni, Nhow Berlin adalah salah satu hotel yang paling unik di dunia. Nhow juga disebut Music dan Lifestyle Hotel Berlin. Nhow merupakan singkatan dari New Generation of Hotels. 

1 Viceroy Hotel, Bali, Indonesia


Terletak di Ubud, Bali, Viceroy Hotel adalah surganya pemandangan yang menakjubkan. Sebuah hotel lima bintang di mana bilik anda adalah sebuah villa mewah yang terletak di "Lembah Para Raja", nama yang diberikan oleh penduduk tempatan untuk generasi royalti Bali yang tinggal di kampung-kampung berdekatan. Hotel ini dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga berasal dari Australia, yang mengerti keperluan tetamu antarabangsa. Viceroy Hotel mempunyai kemudahan yang hebat sehinngga membuatnya nombor satu pada senarai 10 hotel paling unik di dunia .

'Ulama' Mesir Keluar Fatwa Halal Intai Wanita Ketika Mandi

'Ulama' Mesir Keluar Fatwa Halal Intai Wanita Ketika Mandi - Biar betik??? penulis tergamam seketika apabila baca kenyataan ulama ini... benarkah lelaki boleh mengintai wanita di bilik mandi? jom baca apa kata ulama ini...

Makanan Terakhir Sebelum Jalani Hukuman Mati (8 Foto)

Menjalani hukuman mati merupakan hukuman yang paling ditakuti oleh semua orang. Sesiapa yang dijatuhkan hukuman mati, mereka tiada harapan selain menginsafi segala perbuatannya yang terdahulu. Dikatakan terdapat makanan terakhir yang disediakan oleh pihak penjara kepada banduan akhir ini. “No Seconds” adalah foto bersiri oleh jurugambar dari New York, Henry Hargreaves yang memaparkan makanan terakhir penjenayah sebelum mereka menjalani hukuman mati.

Data penjenayah tersebut seperti nama, umur, jenayah yang dilakukan, jenis hukuman serta menu terakhir mereka turut dicatatkan di sebelah gambar.