[x]

Mati Di Belasah Kerana Telefon Bimbit RM200

Hanya kerana mencuri telefon bimbit bernilai RM200, seorang lelaki maut dipukul selepas sehari bertarung nyawa di Hospital Bukit Mertajam (HBM), kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 3 petang Jumaat lalu, mangsa, Oi Sim Guan, 38, pada mulanya menumpang lori untuk pulang ke rumahnya di Taman Sejahtera, Alma, di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asistan Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, sejurus menurunkan mangsa, pemandu lori berkenaan menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu hilang dan mengesyaki diambil mangsa.

Menurutnya, pemandu lori berkenaan berpatah balik dan menemui mangsa berhampiran padang di taman berkenaan.

“Ketika pemandu lori itu bertanyakan mangsa mengenai kehilangan telefon bimbitnya, datang sekumpulan orang awam dan berlaku satu pergaduhan.

Malang bagi Oi apabila dia bukan sekadar dibelasah tangan dan kakinya turut diikat malah turut di cucuh dengan puntung rokok dibahagian muka dan tangan oleh seorang lelaki.

Oi kemudiannya dihantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Dilaporkan pemandu lori tersebut telah ditahan manakala polis sedang menjejaki beberapa lagi suspek yangmengakibatkan kematian Oi.
 
sumber:kezoom

Peminat Cop Mamat Sepah Berlagak

 Ada lagi kes pelawak Mamat Sepah ni rupanya, ingatkan dah settle kerana sebelum ini dia mengaku telah berubah sikap kerana kejutan budaya setelah bergelar artis.

Namun begitu, seorang peminat baru-baru ini mengadu kepada media tentang kelakuan buruk Mamat Sepah di sebuah spa yang dia kunjungi.

Benar atau tidak dakwaan peminat tersebut, tidaklah diketahui.....ikuti aduan peminat tersebut di Utusan Malaysia Ahad lepas dibawah....

"Bukan apa Syed, akak memang minat dengan Mamat Sepah itu. Bila dah jumpa dengan Mamat tentu akak teruja. Waktu itu dia datang dengan dua orang lagi yang macam pegawai unit beruniform lagaknya.

"Masa akak bertembung dengan dia di sebuah spa di Johor Bahru, ingat nak bergambar tapi dia pula mengeluarkan ayat yang kurang sedap dari mulutnya membuatkan akak sakit hati.

"Rasanya dia baru sahaja tiba dari Kuala Lumpur ketika itu dan terus ke spa yang dikunjungi oleh akak dan kawan-kawan. Tapi bila masuk saja ke situ macam-macam pertanyaan yang keluar dari mulutnya.

"Paling akak sakit hati apabila dia macam merendah-rendahkan spa yang diusahakan oleh orang kita di situ. Kalau rasa tak suka tak payah masuk dan carilah spa yang lebih mewah.

"Lagi satu dia cakap 'you all tak kenal I ke?' Berlagaknya, erghhh!" bentak wanita ini lagi.


sumber:kezoom

Adi Putra, Jamal Abdillah & Afdlin Shauki Tunaikan Haji

Pejam celik pejam celik sudah pun tiba musim haji. Cepat sungguh masa berlalu. Kali ini antara selebriti yang menerima jemputan ke rumah Allah ialah Adi Putra, Jamal Abdillah dan Afdlin Shauki. Impian setiap umat Islam pastinya ingin menunaikan haji namun tidak semuanya dimurahkan rezeki untuk mendapat panggilan ini.

Sesungguhnya Adi Putra, Jamal Abdillah dan Afdlin Shauki adalah antara insan yang terpilih. Dipermudahkan segala urusan. Diberikan kekuatan. Dikuatkan semangat. Disenangkan untuk membuat ibadah ketika berada di sana. Semoga dikurniakan haji yang mabrur.

Selamat menunaikan haji diucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga dipermudahkan ibadah anda.
sumber: http://beautifulnara.com/

Kreativiti Anzalna Nasir Guna Spender Lelaki

Mungkin kerana teringin sangat nak jadi kreatif, pelakon jelita Anzalna Nasir telah memuatnaik sekeping gambar spender yang digunting-gunting beserta gambar wajah seorang jejaka yang dilihat agak menyamai wajah Azwan Ali.

Gambar tersebut disertakan dengan caption "Tengah cari spender.." telah mengundang lawak jenaka sebahagian peminatnya. Ada antara mereka mengakui tertipu kerana menyangka gambar lelaki itu ialah Azwan Ali padahal bukan.

Di sebalik idea pelik Anzalna itu, ada pula peminat menambah lawak jenaka dengan mengatakan bersedia untuk membeli brand baru spender yang diubahsuai seperti dalam gambar terbabit.

Nampaknya, aktres berusia 26 tahun ini mempunyai ramai peminat dari kalangan lelaki. Manakan tidak, kecantikan dan kejelitaan semulajadi miliknya menjadi antara daya penarik.
sumber:kezoom

Wanita Singapura Makan Uri Bayi Untuk Cantik

 Perbuatan memakan uri bayi baru lahir telah diharamkan oleh Kesatuan Eropah. Tetapi minat pelik itu menular di kalangan ibu-ibu baru bersalin di negara luar Eropoh seperti Singapura.

Badan Keselamatan Makanan Eropah mengelaskan uri atau plasenta sebagai 'makanan pelik' sekali gus mengharamkan penjualan serta penggunaannya sebagai makanan

Dari laporan AsiaOne di Singapura, kegilaan memakan uri bayi untuk tujuan kecantikan bukanlah sesuatu yang pelik dan dilakukan secara tersembunyi lagi.

Rata-rata pengamal kesihatan tradisional, bidan serta pakar ibu mengandung di Singapura menawarkan servis menukar plasenta menjadi bentuk kapsul kerana permintaan tinggi di negara Temasek itu.

Menurut seorang ibu yang bercitarasa eksotik, Wendy
Sia, 29, dia diperkenalkan pada amalan pelik itu oleh ibu mertuanya.

"Pada awalnya gerun juga, tapi selepas dua minggu mengamalkan pil plasenta ini, ramai yang memuji kulit saya semakin bersinar," kata Wendy.

"Kepada yang betul-betul nak tahu,Satu plasenta cukup untuk menghasilkan 150 ke 200 kapsul, bergantung kepada saiz. Harganya pula dalam lingkungan SGD300," Jelas Yeo Chuan Hong, 41, pengurus sebuah pusat perubatan alternatif terkemuka di republik berkenaan.

Menurut Yeo lagi, amalan memakan uri juga amat baik untuk menangani masalah meroyan yang biasa dihadapi wanita baru bersalin. - AGENSI
sumber:kezoom

Abby Abadi Jelas Isu Sambut Hari Jadi

Menerusi laman Instagramnya, Abby Abadi menjelaskan sambutan hari jadi yang dihadiri beliau untuk seorang rakan istimewanya itu telah di salah anggap oleh peminatnya dan juga pihak media.

Agak panjang lebar juga tulisan Abby Abadi itu, kita lihatnya dibawah disamping beberapa gambar mereka dimajlis sambutan hari jadi Khairul Azli yang turut dihadiri beberapa rakan mereka yang lain.

"KAMI KAWAN BIASA' Yerrr... kami kawan biasa tp dia punya tempat istimewa di hati Sy.... kerana apa? Kerana dia selalu ada di saat Sy memerlukan teman bicara. Sejujurnya Sy mmg sayangkan En @khairul_azli ini sbb kami kawan lama.. dr zaman lagha, sy berhijrah... (rasanya dia pun hijrah sekali hehe) sampai Sy berkahwin hinggalah Sy bercerai.... dia tak pernah takde bila Sy perlukan.....

Baiknya lah dia, tak pernah berburuk sangka pd Sy sehingga Sy rasa bersalah sangat2 sebab............. (episod ni rahsia.. hehe.. Kalau ALLAH izinkan satu hari nnti Sy kongsikan k) Di mana silapnya ya kalau Sy meraikan Hari Jadi dia? Sy ada menganggu siapa2 ke utk mengembirakan hati teman Sy ni?

Bila kita sayang seseorang tak salah kita tunjukkan.. sekurang2 kalau Sy dah tiada nanti, adalah kenangan utk dia... Kenapa mesti berprasangka
yg tak sudah2 ya? Orang lain pun ada je kawan lelaki.... siap2 berpeluk sakan lagi.. tp kami tak sbb kami takut ALLAH. Sy dah jelaskan dah ini bukan bf baru Sy.... tp kalau berjodoh dgn diaaa..

ALLAH Maha Mengetahui apa
yg terbaik utk hambaNYA k.... tp di saat Sy menulis ttg ini, Kami berstatus kawan sahaja.... 4tahun dah kenal dia. Harap penjelasan ini sedikit sebanyak dpt menutup prasangka yg bukan2 dr pemenat2 Sy k hehe... Doakan yg baik2. Jangan bercakap & menulis perkara2 yg diluar pengetahuan k.. Dosa wak.. nanti mati seksaaa.."









Tak kisah la dengan siapa Abby nak berkawan sekalipun kan...asalkan masih dalam batas dah cukup dah....

Semoga penjelasan Abby ini mampu meredakan tanggapan yang tak elok kepadanya....
sumber:kezoom

Budak 11 Tahun Maut Jatuh Bumbung

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari bumbung berhampiran tangki air Kuarters Polis Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri di Muar, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Nurul Elies Natasha Abdul Aziz meninggal dunia di tempat kejadian selepas terjatuh dari tingkat atas bangunan sembilan tingkat.

Mangsa yang tinggal di Blok F2 bersebelahan bangunan itu dikatakan pergi ke bangunan berkenaan bersama ibu untuk menghadiri majlis pertunangan penghuni di situ.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan keluar bermain bersama rakan-rakannya sebelum tergelincir.

Mangsa yang meninggal dunia selepas cedera parah di kepala dan badan dikebumikan di Jeli, Kelantan, pagi tadi. 
sumber:kezoom

Serangan Tikus Kembali, Kini Di Kafeteria Kampus USM


Najis tikus dapat dilihat di sudut penjuru kafeteria terbabit.

KOTA BARU: Hampir setahun yang lalu, berita serangan tikus di wad pesakit Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dekat sini mendapat perhatian pihak berkuasa.

Namun, haiwan pembawa penyakit itu masih ada dan keadaan lebih teruk apabila ia kini menyerang kawasan kafeteria utama kampus kesihatan itu.

Pelajar membuat aduan bahawa tikus sering dilihat di kafeteria tersebut yang boleh menampung seramai 200 orang pada satu masa dan dibuka 24 jam.

"Tikus berkeliaran sepanjang masa terutama pada waktu malam. Beberapa pelajar juga dapat merakam video tikus berkeliaran di kaunter perkhidmatan makanan," kata salah seorang pelajar.






Seorang pelajar pula berkata, dia mengesyaki bahawa tikus tersebut merupakan punca kes keracunan makanan yang berlaku.

Tambahnya, dia terpaksa mendapatkan rawatan doktor selepas makan di kafeteria terbabit beberapa kali.

"Kami ada membuat aduan malah memuat naik gambar dan video di Facebook Kumpulan Pelajar dan pengurusan universiti mengetengahkan masalah itu kepada pengendali gerai makanan di kafeteria tersebut.

"Langkah yang diambil hanyalah menutup makanan dengan plastik. Ia tidak membantu menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

Pada 8 Oktober tahun lalu, muka depan akhbar The Star melaporkan bahawa hospital berusia 31 tahun itu berdepan masalah serangan tikus selama satu dekad.

Menurut laporan itu, pihak pengurusan hospital terbabit tidak membantu menyelesaikan masalah serangan tikus di wad pesakit.

Tinjauan The Star di kafeteria tersebut sejak beberapa hari lalu mengesahkan dakwaan beberapa pelajar.

Najis tikus juga ditemui di sudut penjuru kafeteria terbabit dan di beberapa kawasan gerai di dalamnya.

Beberapa pengusaha gerai yang ditemu bual dilihat tidak endah dengan serangan haiwan tersebut manakala segelintir berkata, masalah itu perlu dipandang serius oleh pihak pengurusan universiti.

"Kami selalu ternampak tikus berkeliaran apabila kami belajar pada waktu malam. Saya juga sudah terbiasa melihat kelibat haiwan itu sekarang dan tidak mahu melihatnya lagi," kata salah seorang pelajar.

Pelajar perempuan itu berkata, dia berhenti menikmati makanan di kafeteria terbabit.

Pengendali kafeteria itu yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Che Yah menafikan dakwaan bahawa tikus sering berkeliaran di kampus tersebut.

"Isu serangan tikus sudah selesai. Bangunan telah dibersihkan dengan bahan kimia," katanya.

Malah, menurutnya, dia turut memasang perangkap tikus untuk menangkap haiwan pembawa penyakit itu.

Pelajar-pelajar bagaimanapun berkata mereka tidak menyedari sebarang perangkap tikus dipasang atau operasi pemusnahan serangga perosak dilakukan dibangunan tersebut.
sumber:http://www.mstar.com.my/

Tasha Shilla Sangkal Mengamuk Mahu Cari Dalang Fitnah


Pelakon Tasha Shilla menyangkal dakwaan kononnya dia mengamuk di sebuah lokasi penggambaran gara-gara ingin mencari dalang yang menyebarkan fitnah selepas dikatakan 'berasmara' dengan teman lelakinya, Han.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 27, berkata, dia pelik bagaimana cerita terbaharu itu boleh timbul dan berharap segala khabar tidak benar tentangnya dihentikan.

"Apa yang ditulis adalah tidak benar dan saya harap hentikanlah segala cerita-cerita yang tidak benar tentang diri saya.

"Berilah saya ruang yang tenang untuk saya jalankan kerja saya," katanya kepada mStar Online menerusi pesanan WhatsApp di sini pada Ahad.

Menerusi laporan sebuah akhbar mingguan, rakan artis yang rapat dengan pelakon itu memberitahu tindakan Tasha mengamuk itu adalah kesan daripada dakwaan tersebut yang dirasakan sangat besar dan mengaibkan.

Hubungan Tasha dan Han sentiasa mendapat perhatian.

Disebabkan perkara itu, penggambaran terpaksa dihentikan dan semua pihak yang bekerja dalam produksi itu cuba memujuk dan menenangkan Tasha.

Dalam pada itu, Tasha berkata, dia tidak mampu untuk menahan mana-mana pihak daripada bercakap perkara buruk tentang dirinya dan kesal dengan kontroversi terbaharu itu.

Jelas Tasha lagi, dia sedar bukan semua orang sukakannya namun dia berharap diberi ruang untuk memberi fokus kepada kerjayanya sebagai pelakon dan bukannya terhadap cerita gosip murahan.

"Saya sedar saya tidak mampu untuk menutup mulut semua orang malahan saya juga sedar tidak semua sukakan saya. Sekali lagi berilah saya ruang," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Tasha berkata, dia kini sedang berada di Kuantan, Pahang untuk menjalani sesi penggambaran drama bersiri berjudul Takbir Zulaikha untuk slotSamarinda di TV3.
sumber:http://www.mstar.com.my/

Peragut Kelar Tangan Wanita Di Kelantan

Kini tersebar beberapa keping gambar menerusi media Whatsapp memaparkan gambar seorang wanita yang dikatakan telah kehilangan tangan sebelah kanannya akibat di kelar oleh peragut.

Menurut keterangan gambar, kejadian telah berlaku berdekatan stesen minyak Petron di Pasir Puteh, Kelantan. Kejadian dikatakan terjadi pada 27 September, 2 petang. Menurut beberapa sumber tak rasmi, mangsa adalah seorang pemilik kedai telur.

Menurut info, wanita itu telah di tetak kerana peragut tersebut ingin mengambil gelang emas ditangan mangsa.

Bagaimanapun, info terbaru mengatakan peragut tersebut hanya merampas beg tangan mangsa dan mangsa bukanlah pemilik kedai seperti didakwa. Mangsa dikatakan mengalami kecederaan kecil di pergelangan tangan dan kaki.

Apapun, buat kaum wanita, semoga anda semua lebih berhati-hati sekarang, sebolehnya elakkan dari memakai barangan kemas yang banyak hingga mampu menarik perhatian si peragut.
sumber:kezoom

Isteri Di Ganggu Lelaki Lain, Man Bai Mengamuk

Penyanyi rock popular era 80an, Man Bai dilaporkan mengamuk dilaman sosial berikutan bengang dengan tindakan seorang lelaki warga Singapura yang cuba menggangu isterinya dengan memberikan gambar-gambar tidak senonoh.

Di bawah merupakan status yang didakwa Manbai oleh laman blog hotlip yuya.

"Sesiapa yang kenal dengan mamat Singapore ni....Tolong inbox gua. Budak ni suka kacau bini orang. Suka hantar gambaryang tak senonoh...Nama dia Shaifol Azhar bin Hamin - E2550894E...Gua nak cari sampai dapat...Berhati2 kepada isteri2 orang ....Lu lunyai Bro....!

sumber:kezoom

Bayi 10 Bulan Melecur Di Punggung Dipercayai Didera Pengasuh


MELAKA: Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan melecur di bahagian punggung dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Bertam Hulu di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata kejadian itu disedari ibu bayi tersebut, berusia 30-an ketika menukar lampin pakai buangnya sebaik tiba di rumah mereka di kawasan perumahan berhampiran pada 8.30 malam, Selasa lepas.

Beliau berkata bayi berkenaan tidak henti menangis ketika diambil dari rumah pengasuh tersebut bersama seorang lagi anak perempuannya berusia 10 tahun, sejam sebelumnya.

"Pada mulanya ibu dan bapa bayi tersebut tidak mengesyaki sebarang kejadian menimpa anaknya sehingga ibunya melihat kesan melecur teruk di kedua-dua belah punggung mangsa," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Ahad.

Katanya bayi itu kemudian dibawa ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Melaka dan masih dirawat di hospital tersebut.

Raja Shahrom berkata bapa bayi itu yang berusia 30-an membuat laporan di Balai PolisTanjung Minyak pada Rabu lepas.

Katanya polis menahan pengasuh berusia 30 tahun terbabit di rumahnya pada 2.40 petang hari sama bagi membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis keesokan harinya.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Sarimah Ibrahim Kini Sah Jadi Tunangan Orang

Sekalung tahniah diucapkan kepada Sarimah Ibrahim yang baru saja melangsungkan pertunangan dengan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42, yang diadakan di sebuah hotel terkemuka Kuala Lumpur, hari ini.

Sarimah yang ditemui selepas selesai majlis pertunangan itu nyata gembira dan bersyukur kerana majlis itu berlangsung dengan lancar.

Perkenalan selama sembilan bulan ketika sama-sama menghadiri majlis makan malam seorang kenalan membuka kepada perkenalan dua pasangan ini.

"Tempoh sembilan bulan kalau diikutkan cukup untuk kami kenal hati budi masing-masing, tapi sebenarnya untuk betul kenal seseorang, sembilan tahun belum tentu cukup kerana manusia ini sentiasa berubah.

"Tapi kami senang dengan sikap masing-masing yang seterusnya membawa kepada majlis pertunangan ini malah kata putus juga disepakati untuk kami melangsungkan pernikahan yang akan diadakan pada 2 April 2015 nanti," katanya.

Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tuanku Besar Burhanuddin turut berangkat hadir ke majlis pertunangan itu.

Hadir sama, kedua-dua ibu bapa pasangan, Tunku Dara Naquiah Alharhum Tuanku Jaafar, Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha, Ibrahim Ahmad dan Elizabeth Ibrahim Hanlon.
sumber: kezoom

Ibu & Janin 7 Bulan Berkecai Di Langgar Kereta Api

Seorang ibu yang mengandung tujuh bulan sempat memohon maaf sebelum ditemui maut di lintasan kereta api berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah, Alor Star pagi tadi.

Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila serpihan anggota badannya ditemui dan dipercayai dilanggar kereta api.

Wanita itu dipercayai diseret kereta api barang dalam perjalanan dari Padang Besar ke Pulau Pinang sejauh 300 meter sebelum ditemui orang awam kira-kira jam 10 pagi.

Suami mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Saiful, 43, berkata, isterinya keluar ke kedai berhampiran kira-kira jam 8 pagi namun masih tidak pulang sejam kemudian.

"Selalunya, isteri ke kedai dalam tempoh 10 minit sahaja, namun dia didapati tidak pulang ke kediaman seperti kebiasaannya meskipun sudah jam 9 pagi.

"Lalu, saya dan bapa mertua keluar mencarinya sekitar kampung, namun masih gagal sebelum pulang ke rumah," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini.

Namun, rakannya memaklumkan ada orang digilis kereta api sebaik mereka tiba di rumah sekitar jam 10 pagi menyebabkannya bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau terkejut apabila mengenal pasti mayat itu adalah isterinya melalui pakaian dan kunci miliknya.

Menurut suami mangsa lagi, mereka memiliki seorang anak lelaki berusia setahun setengah dan sedang menunggu kelahiran anak kedua dijangka dua bulan lagi.

Beliau berkata, isterinya sempat memohon maaf kepadanya dan kedua ibu bapa Allahyarham pada malam sebelum kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat. Al-Fatihah. - 
sumber:kezoom

Sukan Asia Incheon, Perenang Jepun Mengaku Curi Kamera Jurugambar

 Perenang Jepun, Naoya Tomita disingkirkan dari Sukan Asia selepas mengaku mencuri sebuah kamera daripada seorang jurugambar di kolam renang Incheon, umum pasukannya, hari ini.

Ketua delegasi Jepun Tsuyoshi Aoki tunduk memohon maaf

Tomita, 25, yang kemudian disoal siasat polis mengenai insiden itu sebelum meminta maaf, kata Jawatankuasa Olimpik Jepun (JOC) yang menambah ia "pelanggaran salah laku yang amat serius" dalam kod tatatertib badan induk itu.

"Jawatankuasa Olimpik Jepun mengakui ia pelanggaran salah laku yang serius oleh Naoya Tomita dan mengambil keputusan untuk menyingkirkannya daripada delegasi ini.

"Delegasi Jepun dimaklumkan oleh polis Incheon pada kira-kira 6:00 petang (5:00ptg waktu Malaysia) semalam yang Tomita disyaki mencuri kamera di tepi kolam renang pada Khamis lalu.

"Polis datang kepada kami untuk meminta kerjasama dalam siasatan mereka dan mereka kemudian mengiringi Tomita ke balai polis di mana dia mengaku mencuri kamera itu," kata kenyataan JOC.

Tomita menduduki tempat keempat dalam acara 100 meter (m) kuak dada pada aksi final, semalam.

Dia sebelum ini memenangi gelaran 200m kuak dada di Sukan Asia, Guangzhou empat tahun lalu dan Kejohanan Jarak Pendek Dunia pada tahun sama.

"Dia sudah meminta maaf kepada kami. Kami membuat mesyuarat tergempar daripada pegawai tertinggi delegasi dan membuat keputusan untuk menyingkirkannya.

"Ia adalah satu pelanggaran kod salah laku yang sangat serius dalam delegasi Jepun, sesuatu yang kami tidak pernah hadapinya dalam satu tempoh yang panjang," kata JOC.

Kes ini bukan kejadian pertama yang membabitkan pihak polis di temasya Sukan Asia apabila sebelum ini seorang pegawai rasmi Iran dan pemain bola sepak Palestin turut berdepan dakwaan atas serangan seksual. - AFP
sumber:kezoom

Penjaga Kubur Terkejut Dengar Jeritan Wanita Yang Baru Di Kuburkan

Seorang penjaga kubur terkejut sebaik terdengar satu jeritan menakutkan datang dari sebuah kubur yang baharu sahaja ditanam pada hari tersebut.

Memetik laporan Metro.co.uk hari ini, pekerja tersebut yang ketakutan terus menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Dia kemudiannya menggali semula kubur tersebut dan memecahkan keranda yang menempatkan seorang wanita yang telah meninggal dunia sebelum itu.

Namun difahamkan, mereka sudah terlambat dan wanita tersebut benar-benar mati kali ini.

Menurut laporan, wanita tersebut merupakan seorang pesakit kanser berusia 49 tahun dan dilaporkan telah meninggal dunia akibat penyakit yang dihadapinya.

Pihak berkuasa hari ini turut mengesahkan kejadian yang berlaku di Tanah Perkuburan Peraia.

Manakala doktor yang mengesahkan kematian wanita terbabit, Chrissi Matsikoudi memberitahu pemberita, wanita tersebut sudah lama meninggal dunia dan mustahil untuk dikebumikan secara hidup-hidup.

“Kami telah menjalankan pelbagai ujian ke atasnya termasuk ujian kegagalan hati ke atas wanita tersebut,” jelasnya lagi.

Polis setakat ini masih belum mendedahkan nama mangsa.

Dalam pada itu pihak keluarga wanita terbabit telah membuat laporan susulan daripada tindakan doktor yang mengesahkan kematian mangsa.
sumber:kezoom

Remaja Terkejut Temui 80 Labah-Labah Dalam Pisang


Hannah John terkejut selepas mendapati pisang yang bakal menjadi santapan paginya mengandungi sekurang-kurangnya 80 labah-labah kecil di dalamnya.

CARDIFF - WALES. Seorang remaja terkejut selepas mendapati pisang yang bakal menjadi santapan paginya mengandungi sekurang-kurangnya 80 labah-labah kecil di dalamnya.

Hannah John, 17, dikatakan membawa pisang tersebut sebagai bekalannya dari rumah ke sekolah.

Menurut laporan Metro.co.uk, gadis tersebut akan mengambil pisang tersebut sebagai salah satu snek sihat semasa di dalam kelas.

Namun dia terkejut lantas menjerit sebaik sahaja mendapati bahagian dalam pisang tersebut dipenuhi labah-labah.

“Saya bawa pisang itu ke sekolah untuk sarapan pagi, tapi saya ternampak makhluk kecil dalam pisang itu,” katanya.

Jelasnya lagi melalui portal tersebut, terdapat satu lubang kecil pada pisang itu dan 80 labah-labah kecil hidup di dalamnya.
Sumber: Sinar Harian

Benarkah iPhone 6 Plus mudah bengkok?


Demonstrasi membengkokkan iPhone 6 Plus. - Sumber foto YouTube

KURANG dua minggu selepas Apple melancarkan produk terbarunya, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, timbul perkara yang tidak enak didengar mengenai peranti mudah alih itu yang didakwa mudah bengkok apabila disimpan dalam saku seluar dalam tempoh tertentu.

Pembaharuan dari segi rekaan nipis untuk telefon pintar itu bukan sahaja mengujakan peminat Apple namun pada masa sama menimbulkan kesan negatif dan mendapat kecaman hebat di media sosial.

Beberapa hari ini salah satu video yang dimuatnaik di YouTube menunjukkan demonstrasi iPhone 6 Plus dibengkokkan ditonton lebih 30 juta pelayar.

Sehingga kini, pihak Apple masih mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap kelemahan produk terbarunya itu.

iPhone 6 juga kini menjadi mangsa troll dalam sebuah iklan telefon pintar dari Korea yang membuat perbandingan dari segi kekuatan kerangka telefon itu.
Sumber: Sinar Harian

Kisah Isteri Dan Madunya Yang Dapat 1238 Share Di Facebook


Ada seorang kakak ni, dah dekat menapouse tapi masih nampak bergetah kerana kulit cerah, kuning langsat, body masih mengancam jantan miang dan kecil molek orangnya. Hanya 5 kaki tinggi lebih kurang, Kak Nani namanya.

Tapi entah macamana, saya dengar berita suaminya kawin lagi satu. Siap bersanding lagi dengan pelamin vogue, dan paling pelik buat di rumah sendiri. Bahkan dua kali ganda pelik, Kak Nani sebagai penyambut tetamu di hari bahgia suami. Juga tiga kali ganda pelik, Kak Nani sambut dgn senyuman ori di gerbang rumah. Apakah rahsia suami kak Nani itu yang bekerja hanya sebagai anggota penolong penguatkuasa.

Setahun setengah dah dapat orang baru, tak pasti lelaki ke perempuan tetapi bila hampir genap dua tahun, cik abang tu kawin lagi satu tanpa menceraikan kedua-duanya. Ringkas cerita apa yang ditulis di perenggan kedua diatas tu ,berulang bahkan isteri menyambut tetamu secara berjamaah, senyum, bangga dan tanpa sedih barang sekelumit pun.

Kak Nani pun montel, berisi dan bersusun gelang di tangan. Kusematkan di hati untuk mendapatkan petua dari cik abang apakah ilmu dimiliki.??? Sayugia, seminggu kemudian dengan beradabnya saya menemui kak Nani sebagai isteri tua sebagai minta izin untuk berjumpa cik abang.

Bila dilontarkan hajat mohon ilmu makrifat suami hebat, kak Nani dengan yakinnya berkata, Tak perlu lah jumpa suami kak, sebab boleh akak nyatakan rahsianya tanpa was-was .Saya agak kesal kerana tidak yakin dan, kak Nani dengan pantas mencelah, akak nak jadi isteri yang taat, isteri yang adil, yang saksama, beri semua madu merasa apa yang akak rasa.

Biarlah betul-betuk kak, kata saya. Jawab kak Nani, kakak mahu semua madu rasa apa yang suami beri .., kalau dulu selalu akak kena penampar dan sepak terajang, kini mereka pun dapat, lewat layan seks kena tumbuk maka mereka pun rasa, makanan kurang panas kena baling dengan pinggan mereka pun alami, kejut suruh bangun subuh kena hentak di bucu katil mereka dapat juga, tanya kenapa balik lewat dibedal dengan buckle tali pinggang mereka pun rasa. Pokoknya apa yang kak Nani rasa , mereka dapat dan rasa tanpa kecuali.Maka DAH KURANG apa yang akak dapat kerana pengagihan ADIL itu sesama kami.

Saya terkulat-kulat memikirnya dengan senyum simpulnya kak Nani menyambung, dan sekarang akak boleh tidur lena, makan selera, badan tak lebam, sihat montel dan kini suami akak tak lagi minta duit gaji akak (bini lain gaji mahal), maka dapat beli gelang-gelang emas 916 ini , sambil dia mengoyang2 kan lengan yang penuh gelang ibarat Rita Rudaini dalam filem Mami Jarum tu.
Saya batalkan hajat nak jumpa cik abang tu, sebab bersyukur. Walaupun tak dapat ilmu kawin 3, setidak-tidaknya saya masih seorang lelaki dan bukannya jantan!
sumber: http://www.gosip.asia/

Selipar yang Paling Digeruni Di Surau

Selipar menjadi barang yang paling panas setiap kali kita menjejakkan kaki ke surau mahupun ke masjid kerana seringkali menjadi mencuri tumpuan orang yang suka mencuri. Mungkin ada yang tersilap ambil tetapi kejadian mencuri selipar ini merupakan perkara biasa yang dialami.

Tetapi idea terbaru, melekatkan perkataan curi dosa mungkin akan buat anda berfikir 5-6 kali untuk menyarung di kaki.



sumber: http://www.gosip.asia/

Sofi Jikan Merajuk, Hanya Akan Berlakon Di Bawah Produksi Sendiri

Sudah acapkali pelakon berbakat besar, Soffi Jikan mengucapkan perkataan mahubersara daripada dunia lakonan.

Bagaimanapun, dia masih terbabit dalam bidang seni manakala drama dan filem lakonannya masih banyak akan menemui peminat.

Dia juga menubuhkan syarikat sendiri iaitu Iman Film Sdn Bhd yang aktif menerbitkan produk sendiri serta filem pertama berjudul "Gangster Rock" tidak lama lagi.

Justeru, ini menimbulkan persoalan sama ada benar pelakon berusia 44 tahun ini mahu berhenti berlakon atau hanya suka-suka mengucapkan perkataan itu?

Lebih mengejutkan, pelakon sinonim dengan watak samseng yang kini beralih kepada bidang perniagaan bersama syarikat Red Quattro ini digosipkan menerima bayaran hampir RM1 juta apabila berlakon dengan sebuah drama bersiri Marco Polo terbitan produksi dari Amerika Syarikat.

Apakah kenyataan ini benar atau sekadar kejutan yang sengaja dicetuskan Soffi? Ikuti temu bual wartawan dengan Soffi, baru-baru ini.

WARTAWAN: Anda seperti kecewa sangat dengan industri filem tempatan. Mengapa?


SOFFI: Saya anggap diri saya gagal dalam bidang lakonan. Ini kerana saya hanya ditawarkan watak yang ringan. Pada Oktober tahun lalu, saya umumkan nak berhenti berlakon dan diakui saya sangat bekerja keras untuk cari rezeki.

Ramai yang anggap saya main-main tapi saya sebenarnya serius. Memang saya berhenti berlakon tapi filem-filem lakonan saya masih banyak yang belum menemui penonton.

WARTAWAN: Kenapa nekad sangat nak berhenti berlakon?


SOFFI: Seperti yang dikatakan dulu, industri filem kita masih dibebankan dengan isu cetak rompak yang tak pernah selesai. Bayaran pula tak setimpal manakala watak masih sama.

Saya memang tak berminat berlakon dengan produksi lain kecuali syarikat sendiri. Banyak faedah yang saya dapat dengan syarikat sendiri seperti siri Saga dan terbitkan filem Gangster Rock.

Maksud berhenti di sini adalah saya ikut jejak idola saya seperti Ahmad Yatim dan Sidi Oraza yang terus meninggalkan bidang ini dan tidak kembali meskipun dipujuk.

Mengenai berlakon filem sendiri, saya lakukannya atas desakan rakan-rakan.

WARTAWAN: Tidak menyesal de­ngan keputusan?


SOFFI: Saya sudah berlakon lebih 50 filem dan lalui pelbagai pengalaman. Saya dah bekerja dengan pelbagai syarikat penerbitan dan menaikkan mereka. Memang sedih apabila tak dapat bersama lagi tapi saya kena berubah. Sekarang saya hanya berjuang untuk kebajikan artis.

Saya yakin de­ngan keputusan yang dibuat dan serahkan rezeki pada Allah. Orang nampak saya selalu bawa watak jahat tapi saya tetap ada perasaan.

Apabila diberikan watak saya akan buat yang terbaik.

Saya kini ambil peluang untuk tukar angin dan ini pe­ngalaman baru buat saya. Industri seni hanya bayar ibarat kais pagi makan pagi.

WARTAWAN: Adakah ini bermaksud Soffi tidak membintangi Rock 3 arahan Mamat Khalid?

SOFFI: Susah untuk saya jawab. Bagaimanapun, secara jujurnya saya beritahu belum menerima tawaran rasmi daripada pihak terbabit.

WARTAWAN: Apa yang buat Soffi kecewa sangat?

SOFFI: Paling mengecewakan apabila saya seperti diperkotak-katikkan terutama dalam soal duit.

Syarikat produksi akan mendahulukan perkara lain seperti bayaran teknikal berbanding bayaran artis.
Boleh dikatakan kami ialah orang terakhir menerima bayaran dan hasil yang diperoleh memang sikit.

Paling sakit hati apabila sesebuah produksi sudah berbincang dan memilih nama saya untuk berlakon filem mereka tetapi pada saat akhir nama saya digugurkan dengan alasan mahukan pelakon terkini. Ini sangat menghina!

WARTAWAN: Dari mana Soffi dapat modal buat filem?

SOFFI: Alhamdulillah Iman Film menerima geran diberikan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bernilai RM400,000. Saya berjanji akan buat yang terbaik kerana kumpulan produksi saya sebenarnya sudah ba­nyak menang anugerah.

WARTAWAN: Betulkah Soffi menerima bayaran RM1 juta untuk siri Marco Polo?

SOFFI: Siri ini memang mahal kerana ia difaham kan menelan belanja RM100 juta. Ia diterbit­kan The Weinstein Company dari Amerika Syarikat.

Pelakon-pelakonnya datang dari luar negara iaitu Lorenzo Richelmy dari Itali, Benedict Wong, Zhu Zhu, Tom Wu, Remy Hii dan Rick Yune. Penggambaran dibuat di Studio Pinewood di Johor.

Saya tak boleh beritahu jumlah sebenar yang dibayar kerana ia rahsia. Yang boleh dikatakan pengalaman berlakon siri ini amat berharga dan bernilai kerana ia akan ditayang­kan di seluruh dunia pada tahun ini.

WARTAWAN: Bagaimana pula dengan nyanyian?

SOFFI: Dalam filem Rock Oo! saya pernah buat single berjudul Malaikat Maut. Kini saya dah hasil­kan album berjudul Kasi Sengat yang diterbitkan bersama Edrie Hashim. Lagu-lagu yang dimuat­kan ialah Madu, Kasi Se­ngat, Gangster Rock Style, Bisik, Raja Gulung Kertas, Adi Genius dan Cinta Android. Album ini boleh diperoleh menerusi iTunes.
sumber: http://3aj-studios.blogspot.com/

Video Budak 9 Tahun Tekan Tubi 90 Darjah


Giuliano suka menghabiskan masa lapangnya dengan membina badan.


SEORANG ahli bina badan berusia sembilan tahun diberi gelaran 'budak lelaki terkuat di dunia' apabila menghabiskan cuti musim panas dengan membina otot untuk menarik perhatian rakan-rakan sekolahnya.

Giuliano Stroe yang diberi nama 'Romanian Hercules' telah menghantar video dia melakukan aksi tekan tubi 90 darjah kepada rakan-rakannya sebelum sesi persekolahan bermula.

Selepas mengimbangi berat badannya, dia menolak dirinya secara mendatar dan kemudiannya menegak serta perlahan-lahan menurunkan badannya ke arah bawah menggunakan tangannya.

Giuliano menunjukkan 'kekuatan'nya bersama adik lelakinya Claudiu, tujuh, dalamvideo berkenaan.


Mereka mula membina otot sejak kecil dengan sokongan ayah mereka, Lulian, 35 dan ibu, Ilena.

Kedua-dua mereka yang berasal dari Icoana, selatan Romania dianggap sebagai budak yang menjadi ahli bina badan terkuat di dunia, menjalani sesi latihan angkat berat selama tujuh hari seminggu. - mirror.co.uk
sumber: http://www.mstar.com.my/

Gambar Wanita Sebelum Dan Selepas Pembedahan Plastik Yang Mengubah Hidup Beliau


Reddit user Lackofa Better NameX has shared her jaw surgery story and how it changes her life.
















sumber

Misteri Menara jam di Tengah-tengah Tasik Itali Menyembunyikan Rahsia Sedih


Di bahagian barat Selatan Tyrol di Itali, kira-kira 2 km dari sempadan Austria adalah Lake Reschen.

Juga dikenali sebagai Lago de Resia di Italia, adalah tasik buatan manusia terbesar di wilayah itu, dengan kapasiti 120 juta meter padu.

Pada tahun 1920, terdapat rancangan untuk membina tasik dengan kedalaman 5 meter .

Tetapi pada tahun 1939, Edison Energia (dahulunya syarikat Montecatini itu) memperkenalkan pelan baru iaitu 22 meter yang akan menghasilkan penyatuan berdekatan tasik Reschensee dan Mittersee .

Pelan-pelan untuk tasik itu akan menyebabkan beberapa kampung berdekatan yang tenggelam, termasuk Graun dan sebahagian daripada Reschen.

Tetapi penduduk Graun ini tidak berjaya dipertikaikan pembinaan tasik, menyebabkan lebih 523 hektar (1,290 ekar) tanaman dan 163 rumah yang tenggelam.

Lebih menarik, bahagian atas menara gereja abad ke-14 daripada Graun masih boleh dilihat hari ini kerana ia melekat keluar dari tengah-tengah tasik.

Selebihnya gereja itu dirobohkan pada Julai 1950, seminggu sebelum tasik itu dipenuhi.

Pada musim sejuk, menara jam Lake Reschen boleh dicapai dengan berjalan kaki apabila tasik telah beku dan yang misterinya loceng masih boleh mendengar nada pada lewat, malam musim sejuk sejuk.






sumber: http://zamrispoon.blogspot.com/