Datuk Yusof Haslam Akui Anti Filem Anak Sendiri
Pengarah dan pelakon terkenal,Datuk Yusof Haslam akui tidak menyukai filem arahan anaknya kerana banyak menghabiskan wang serta pilihan pelakon yang tidak menepati citarasanya.
Bagaimanapun setelah melihat kejayaan demi kejayaan yang dikecapi anaknya Samsul dan Shafiq, akhirnya dia akui, transformasi dalam syarikat filemnya Skop Production, telah alami perubahan dan transformasi.
“Dulu saya buat filem mesti ada perempuan atau wanita cantik contohnya seperti filem Sembilu dan Maria Mariana. Itu antara faktor yang boleh melariskan filem, namun sekarang sudah berubah, elemen itu tidak boleh diterima pakai lagi,” katanya kepada Murai.
Menurut beliau lagi, isterinya banyak memberi nasihat kepadanya agar bersikap rasional dan terbuka. Dulu memang beliau adalah orang yang hebat hasilkan filem, sekarang sudah berubah. Industri berkembang bergantung kepada keinginan penonton.
“Isteri saya selalu ingatkan saya, tak perlu nak bersaing dengan anak sendiri, biarlah mereka tentukan dan hasilkan idea untuk pembikinan filem, kita sebagai yang senior serta selaku ibu bapanya, hanya memberikan semangat dan nasihat agar mereka gembira dengan filemnya,” ujar Datuk Yusof.
Ketika ditanya mengenai industri filem sekarang yang kini mula dipasarkan secara digital iaitu Astro First. Beliau menjawab, pada mulanya amat tidak bersetuju kerana boleh membunuh industri perfileman.
Namun setelah diperkenalkan rupa-rupanya ia amat membantu. Menambahkan lagi kutipan filem serta menyelamatkan industri filem secara tidak sengaja.
“Astro First bagi saya amat penting, saluran ini mempunyai golongan sasar yang tersendiri terutama bagi golongan dewasa dan warga emas. Golongan ini antara mereka yang kurang berminat untuk menonton wayang di pawagam, mereka lebih selesa menonton di rumah dengan harga yang berpatutan.”
Datuk Yusof juga berpendapat industri perfileman di Malaysialebih baik berbanding di Indonesia. Ia disebabkan faktor ekonomi dan jurang kemiskinan yang sangat tinggi menyebabkan mereka tidak mampu untuk menonton wayang.
sumber:http://www.murai.com.my
0 comments:
Post a Comment