Tasha Shila Nafi Memadu Asrama Dengan Hans Dalam Bilik Air
Dasyat betul tuduhan terbaru yang dikenakan terhadap Tasha Shila ini. Mana tidaknya, pelakon jelita ini didakwa memadu asrama dengan kekasih hatinya, Hans di dalam bilik air di sebuah lokasi drama bersiri Maaf Jika Aku Tak Sempurna.
Bagi Tasha, tuduhan ini adalah satu fitnah yang mengaibkan. Sumber yang membawa dakwaan ini khabarnya adalah salah seorang kru produksi drama tersebut. Terang Tasha Shila:-
Siapa yang cakap benda macam ini? Saya tak nak komen panjang-panjang selagi tak jumpa orang yang menyampaikan cerita itu! Saya sampai tak tahu nak respons apa. Memang mengejutkan sebab macam tak sudah-sudah orang nak memalukan saya dengan cerita macam ini.
Saya sedar ia bukan kali pertama dilemparkan, tapi cukup-cukuplah buat saya macam ini. Ini tuduhan melampau dan memalukan. Takkan saya tak boleh nak berfikir sampai perlu buat benda macam itu di tempat kerja?
Tasha bagaimanapun mengakui yang kekasihnya itu kadangkala hadir ke penggambaran untuk singgah mengambil dirinya dan bukannya berkepit sepanjang masa seperti yang didakwa. Terang Tasha lagi:-
Tidaklah sampai dia sentiasa berkepit sepanjang saya menjalani penggambaran. Itu tak betul langsung. Cuma kadang-kadang dia datang ambil saya selepas habis penggambaran dan singgah sekejap saya. Apatah lagi kalau sampai ke tahap orang cakap kami buat benda bukan-bukan di set. Itu memang melampau.

Sumber Harian Metro.
0 comments:
Post a Comment