Cintai Aliff, Nas Adila Enggan Lagi Dikaitkan Dengan Jamal Abdillah
Penyanyi Nas Adila akui dia kini menjalinkan hubungan cinta secara serius bersama bintang Akademi Fantasia musim ke-6, Aliff sejak 2 tahun lalu.
"Kami sebenarnya berkawan rapat dah lama kira-kira 5 tahun lalu, namun bila sudah mula rasa keserasian kami pun menjalinkan hubungan yang lebih serius iaitu bercinta," katanya kepada murai.com.my
Nas dijumpai bersama Aliff dalam majlis pelancaran single duet terbaru mereka berjudul Sakit Hati di Hard Rock Cafe.
Terdahulu Nas pernah digosipkan bercinta dengan penyanyi lagenda Dato' Jamal Abdillah, namun mereka telah menafikan yang mereka menjalinkan hubungan cinta.
Nas turut memberitahu dia berharap agar pengakuannya yang kini sudah bercinta dengan Aliff itu dapat melenyapkan gosipberkenaan.
"Saya harap selepas ini tiada lagi soalan mengenai gosip saya dan Jamal Abdillah.
"Saya pun kini sudah bahagia dengam Aliff dan kami merancang untuk berkahwin dalam jangka masa setahun dua lagi ," jelasnya lagi.
Mengulas mengenai lagu duet mereka, Aliff berkata lagu itu diciptanya pada awalnya untuk penyanyi solo tetapi berkahir dengan lagu duet selepas merasakan vokal mereka serasi bersama.
"Asalnya lagu ini adalah lagu untuk saya seorang. Tetapi memandangkan saya selalu bekerjasama dengan Nas dan selalu berduet di persembahan-persembahan pentas, saya nampak keserasian yang terjalin dan saya putuskan untuk menyusun semula lagu ini sebagai lagu duet.
"Lagu ini bercerita perihal orang ketiga yang hadir dalam hidup pasangan kekasih. Saya akui, ini merupakan luahan perasaan saya dan perkara ini pernah terjadi kepada saya dan pengalaman lalu saya dalam bercinta,"jelas Aliff.
sumber: http://www.murai.com.my
0 comments:
Post a Comment