[x]

Rozana Misbun Diarah Bayar RM500 kepada Awie

Rozana Misbun diperintah oleh Mahkamah Tinggi Syariah untuk membayar RM500 kepada Awie sebagai kos mahkamah kerana gagal hadir pada sebutan kes penjagaan anak tempoh hari.

Rozana dilihat hadir lewat sewaktu proses perbicaraan mahkamah dijalankan pagi tadi.


Peguam bela Rozana telah memfailkan permohonan bantahan awal terhadap pembatalan saman dan tuntutan hak penjagaan anak yang telah difailkan oleh pihak Awie.

Namun, mahkamah terpaksa menangguhkan segala fail permohonan tersebut kerana ingin mendengar penghujahan bantahan hak penjagaan anak daripada pihak Awie terlebih dahulu.

Peguam bela Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berkata: “Permohonan bantahan yang dibuat daripada kami kepada pihak Rozana adalah bantahan awal untuk mengenepikan perintah interim yang kami terima.

“Sepertimana yang telah dibicarakan tadi, mahkamah menolak segala permohonan fail dari pihak Rozana sehinggalah bantahan awal dari pihak Awie dihujahkan pada tarikh 17 September,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Zaidi memberitahu bahawa menceritakan serta memburukkan pihak lain kepada media tidak seharusnya dilakukan oleh Rozana.

“Apa yang boleh saya katakan adalah Rozana tidak sepatutnya membuat sidang media mengenai kes ini. Tidak boleh memburukkan pihak lain.

“Sekiranya tidak puas hati, ceritakan sahaja pada mahkamah. Sidang media tidak boleh menghakimkan apa yang kita luahkan,” katanya kepada Mangga Online ketika ditemui diperkarangan mahkamah pagi tadi.

Sebelum ini Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Osman, 46 telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 4 Julai lalu kerana mencederakan isterinya, Rozana Misbun. Bagaimanapun, Awie mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan tersebut.

Sumber : MANGGA ONLINE

0 comments:

Post a Comment