Bayi 8 Bulan Di Serang Biawak
Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan cedera teruk di muka dan kepala selepas digigit seekor biawak besar di kuarters pekerja Berjaya Resort Tioman, Pulau Tioman, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 10 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya, berkata, kejadian tersebut hanya disedari ibunya apabila terdengar tangisan kuat bayi tersebut secara tiba-tiba.
"Bayi seberat kira-kira 9kg itu diletakkan di atas lantai dapur dan pada masa itu ibunya meninggalkan bayinya sekejap untuk mengambil sesuatu sebelum terdengar bunyi bising diikuti tangisan kuat anaknya tidak seperti biasa.
"Ibu bayi malang itu bergegas mendapatkan anaknya dan hampir pitam apabila melihat seekor biawak besar sedang mengigit serta mencengkam kepala bayi perempuannya dengan kuku. Biawak itu juga cuba menarik bayinya keluar dari kawasan dapur untuk dibawa lari ke dalam semak berhampiran," katanya.
Johari berkata, ibu bayi itu berjaya menyelamatkannya sebelum meminta bantuan orang awam membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek, Pulau Tioman untuk menerima rawatan.
Katanya, bapa bayi itu juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Tioman kira-kira jam 4.51 petang semalam.
"Bayi itu telah dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut bagaimanapun keadaannya kini dilaporkan stabil," katanya.
Sementara itu, jurucakap Hospital Mersing yang dihubungi mengesahkan bayi malang tersebut telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut.

sumber:kezoom
0 comments:
Post a Comment