[x]

MH370: Enam Bulan Berlalu, Patung Beruang, Cawan Teh Pengubat Rindu

Zhang Yongli, memeluk erat patung beruang anak perempuannya, Zhang Qi yang menaiki penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac. - REUTERS

PETALING JAYA: Seorang bapa memeluk erat anak patung beruang milik anak perempuannya, seorang wanita memegang kunci kereta suaminya, pasangan yang baharu berkahwin menunjukkan bilik tidur yang dihias untuk anak mereka yang belum dilahirkan. 

Enam bulan telah berlalu, orang tersayang kepada penumpang yang menaiki penerbangan MH370 yang hilang terapksa mencari keselesaan dengan cara tersendiri, meneruskan kehidupan dengan peninggalan mangsa. 

Seorang wanita Cina memberitahu kepada Reuters bahawa dia tidak dapat keluar dari rumah tanpa membawa beg tangan kakaknya yang berada di dalam pesawat itu bersama-sama. 

Satu lagi hakikat yang perit untuk diterima apabila dia bertengkar dengan suaminya yang dirindui dalam panggilan telefon terakhir mereka. Cawan teh suaminya tetap diletakkan di atas meja, dan kini berdebu. 

Penerbangan MH370, dengan 239 orang yang kebanyakannya warganegara China hilang pada 8 Mac kira-kira sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing sekali gus menjadi misteri penerbangan yang terbesar di dunia. 

Lebih 12 negara telah terlibat dalam usaha carian pesawat Boeing 777 itu melalui udara, laut dan dasar laut untuk tetapi selepas enam bulan tiada sebarang petunjuk dapat dikesan walaupun selepas kawasan carian ditumpukan di Lautan Hindi. 

Gambar satelit yang mendedahkan serpihan ternyata sia-sia setelah dianalisis. Kekurangan berita menjadikan banyak keluarga, untuk seketika berpaut kepada harapan bahawa kapal terbang itu mungkin mendarat di suatu tempat selamat dan orang tersayang mereka masih hidup. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa berdasarkan analisis data satelit, pesawat itu berakhir di kawasan terpencil di selatan Lautan HIndi. Fokus siasatan sering diubah sepanjang siasatan dijalankan selama berbulan-bulan dengan mengambil kemungkinan penglibatan 227 penumpang dalam rampasan, sabotaj atau mempunyai masalah peribadi atau psikologi yang boleh dikaitkan dengan kehilangan. 

Penumpang dan anak kapal mungkin mati akibat lemas di lautan itu apabila pesawat diterbangkan secara autopilot, kata laporan Australia pada bulan Jun. Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss minggu lalu berkata, maklumat baharu mencadangkan bahawa pesawat itu mungkin telah bertukar arah ke selatan lebih awal daripada yang dipercayai sebelumnya dan hasilnya, tumpuan akan diberikan di kawasan selatan zon carian. 

Malaysia Airlines telah dilanda tragedi kedua pada Julai apabila Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh di zon konflik di timur Ukraine. "Untuk kejadian seperti itu yang berlaku hanya empat bulan selepas MH370, apabila kita mula untuk meneruskan kehidupan, ia hanya amat sukar untuk dihadapi," kata seorang eksekutif syarikat penerbangan itu kepada Reuters, sambil menangis teresak-esak. "Anda tidak boleh bayangkan bagaimana air mata mengalir, bagaimana emosi itu. Semua orang bagai tidak percaya ini berlaku lagi, kita akan melalui emosi ini sekali lagi."- mstar

0 comments:

Post a Comment