Demam’ iPhone 6 Melanda Dunia

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus
PENANTIAN kini berakhir… Sekarang tiba masa untuk peminat tegar koleksi keluaran Apple untuk terus berbangga dengan produk terbaharu syarikat gergasi itu.
Selepas beberapa bulan dihujani dengan spekulasi dan andaian, iPhone 6 kini di lancarkan. Seluruh dunia hari ini ibarat ‘dipukau’ dengan aura kecanggihan dan reka bentuk yang bakal dinikmati oleh pemilik iPhone 6.
Laman sosial, Twitter antara medium utama dijadikan sebagai platform untuk pengguna produk Apple dan bakal pemilik iPhone 6 meluahkan perasaan tentang keterujaan mereka terhadap produk itu.
Dengan hashtag #iPhone6, pelbagai carian mengenai peranti tersebut dapat diperolehi dimana, rata-rata mengambarkan reaksi yang positif serta tidak sabar untuk memiliki gajet tersebut.
Malam tadi, Apple melancarkan dua versi terbaharu iPhone - iPhone 6 dan iPhone 6 Plus dengan menampilkan saiz skrin besar iaitu 4.7 inci dan 5.5 inci yang disifatkan sebagai “kemajuan terbesar dalam sejarah iPhone”.
Menjadi trending di Twitter, iPhone 6 disifatkan sebagai keluaran menakjubkan yang mesti dimiliki orang ramai dengan kadar segera.


Manakan tidak, sebelum ini portal berita antarabangsa melaporkan, orang ramai dan bakal pembeli iPhone 6 mula beratur panjang dan sanggup tidur di depan Apple Store, New York untuk menjadi antara yang terawal memiliki produk terbaharu keluaran Apple itu.
Lebih membanggakan, selain iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, Apple turut memperkenalkan jam pintar yang dikenali sebagai Apple Watch.
iPhone 6 akan mula berada di pasaran pada 19 September (dijangka berada di Malaysia penghujung tahun ini), namun bakal pembeli iPhone 6 boleh membuat tempahan awal (pre-order) pada 12 September 2014 dengan harga yang ditawarkan seperti berikut (Pasaran Singapura):
iPhone 6
16GB — SG$919 dalam lingkungan RM2,331
64GB — SG$1,086 dalam lingkungan RM2,755
128GB — SG$1,198 dalam lingkungan RM3,039
iPhone 6 Plus
16GB — SG$1,086 dalam lingkungan RM2,755
64GB — SG$1,198 dalam lingkungan RM3,039
128GB — SG$1,347 dalam lingkungan RM3,418

Bakal pemilik iPhone 6 mula berada sekitar Apple Store beberapa hari lalu untuk melihat dan memiliki keluaran terbaharu Apple

Jadi, anda bersedia untuk memiliki iPhone 6 dan iPhone 6 Plus?
0 comments:
Post a Comment