[x]

Awak Sangat Biadab! : Hubungan Dah Halal, Tapi Kenapa Alyah Masih Tertekan?


Ini adalah fakta : Walaupun selebriti Malaysia mempunyai followers berpuluh ribu di Instagram, mahupun berjuta, anda kena kena tahu bahawa mereka semua sebenarnya bukan peminat pun.

Sebabnya, selain untuk menjual barangan online, kebanyakan mereka hanya layak digelar haters kerana gemar mencari peluang untuk bash selebriti. Hurm..lagi pula yang memang tengah tercemar dengan kontroversi, lagi lah mereka suka.

Turut terkena tempias haters di Instagram, Alyah yang kini masih panas dek kerana isu ‘kahwin sorok’ dengan Ramli MS dilihat menyelar tindakan salah seorang followersnya dan menggelar individu itu biadab.



Mana lah Alyah tak marah kan? Ada pula kontroversi ‘kahwin sorok’ itu dikaitkan dengan kariernya sebagai seorang penyanyi, siap downgrade Alyah pula tu. Susulan itu, ramai juga yang menyokong Alyah dan turut mengutuk individu itu yang dianggap tidak sensitif dan melampau.

Namun, kami percaya Alyah sememangnya seorang wanita yang cekal. Dalam foto yang lain, Alyah juga seakan-akan meluahkan perasaannya kepada para peminat dan berharap agar mereka memahami situasinya.



Kerana saya memiliki raut wajahnya Maka saya tahu saya mampu melalui segala keperitan ini.kerana dia ada dlm diri saya maka saya tahu saya kuat harungi ini,kerana didikan yg di tinggalkannya maka saya tahu saya bijak menanganinya.”kaulah yg akan mencorak masa depan kau sendiri dan jaga tingkah laku jg jaga mak baik baik”itulah kata kata terakhir dia utk saya.Wlu apa yg orng nak lemparkan pada saya,saya terima dgn hati yg terbuka dan pada saya kata kata fitnah,kata kata sinis jg kata kata kesat tidak mengugat pertahanan hati,perasaan jg fikiran saya tapi yg lebih utama d dunia ni adalah ibu saya dan Dgn restu dia saya begelar puan.. Izinkan saya meneruskan hidup dgn pilihan yg saya minta dari Allah swt. Buruk atau baik dia.Dia lah yg menghalalkan saya supaya saya sempurna d mata Allah swt….

Hurm..kami pun hairan juga. Kan ke hubungan mereka sudah pun ‘halal’. Malah Ramli MS sudah pun mendaftarkan perkahwinan mereka mengikut undang-undang.

Jadi, kenapa perlu ada yang mempersoalkan, malah mengutuk mereka lagi? Kan bagus kalau kita mendoakan agar rumahtangga yang mereka bina itu berkekalan ke akhir hayat. Tak gitu?




0 comments:

Post a Comment