[x]

Abby Dah Temui Pengganti?


Gagal 2 kali dalam perkahwinannya sebelum ini tidak menyebabkan Abby Abadi berputus asa untuk mencari cinta baru. Iyerlah, Abby pun masih muda dan cantik orangnya. Pasti ada jejaka di luar sana yang akan terpikat dengan bekas pelakon Gerak Khas ini. Terbaru menerusi satu gambar yang dikongsi di Instagram, Abby membayangkan yang dirinya seolah-olah telah menemui kekasih baru. Adakah Abby akan berkahwin sekali lagi dalam masa terdekat ini?

Menariknya komen daripada rakan Abby iaitu Azza juga seolah-olah mengiyakan perkara ini. Namun kebenarannya hanyalah diketahui oleh Abby. Mungkin ia sekadar gurauan semata-mata.


Sekali pandang, kacak juga jejaka yang bernama Ustaz Khairul Azli ini. Ada iras-iras bekas suami kedua Abby. Mungkin ‘taste’ Abby memang sebegini rupa. Apa pun kekacakan tidak penting. Yang penting hati yang tulus mencintai. Amboi.


Ustaz Khairul Azli Malu-malu apabila ditanya bila nak masuk meminang Abby.

Kalau betul Abby sudah bertemu pengganti dan cintanya berbalas, harap kali ini biarlah betul-betul berkekalan sehingga ke akhir hayat. Jangan gagal di tengah jalan lagi. Semoga Abby bertemu cinta yang sejati akhirnya. Sama-samalah kita doakan. 

Sumber : Forum Cari.



0 comments:

Post a Comment