[x]

Abby Abadi Tuntut Puluhan Ribu Ringgit Dari Farhan

Nampaknya belum surut lagi kisah ustazah Abby Abadi nih.Sebelum ini Abby pernah membuat report polis dimana kebanyakan peminat melihat ia ada kaitan dengan bekas suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24.

Rupa-rupanya ia memang benar, kini menerusi Harian Metro, Abby dilaporkan telah membuat tuntutan melibatkan wang yang mencecah puluhan ribu ringgit yang didakwa belum dipulangkan oleh Farhan.

Menurut Abby, sejak bercerai pada 11 Jun lalu, bekas suaminya itu terus lenyap dan gagal dihubungi.

Dek kerana itu, dia telah membuat laporan polis pada 25 Ogos lalu di Balai Polis Taman Melawati untuk tindakan selanjutnya.

“Janji-janji daripada dia kononnya untuk lunaskan wang itu daripada sebelum bulan puasa sampai bawa ke hari raya lalu langsung tidak ditunaikan.

Sekarang dah lama raya habis dia masih berdiam diri.“Saya harap tindakan undang-undang ini akan memberi pengajaran kepadanya yang bersikap lepas tangan selama ini,”

Hmm, betullah kata orang kan. time bahagia, semuanya tampak romantis,comei dan indah-indah belaka.....

Tapi bila cinta dah tiada, nak bertemu muka pun dah tak sanggup lagi.

Harapnya Farhan jangan jadi pengecut dan bersemukalah dengan Abby. Takkan takut kena cakar kot..
sumber:kezoom

0 comments:

Post a Comment