[x]

Pemilik Nissan Almera Putih, DCH 3168 Di Cari

Terpandang dilaman sosial kes sebuah kereta Nissan Sentra terjun gaung kerana dihimpit sebuah Nisssan Almera berwarna putih, no pendaftaran DCH 3168 kini sedang dicari.

Menurut tulisan pemilik fb bernama Hatake Kakashi,

"Adik ipar dan suami baru accident di jalan Paloh Hinai - Muadzam, sama lokasi bas persiaran 2 tingkat accident baru2 ni.

Nissan Almera Putih DCH3168 dr arah yg sama menuju Muadzam Shah cuba memotong tapi tak sempat, kemudian himpit kereta adik ipar dan bergesel sedikit di bahagian hadapan kemudian suami adik ipar yg cuba mengelak kereta itu membelok ke kiri dan trus jatuh ke gaung di kedalaman 10 meter dr aras jalan raya.

Saksi bgtau, Nissan Almera Putih yg dipandu lelaki cina ni tak berhenti ditempat kejadian, tapi berhenti dlm beberapa kilometer dr tempat kejadian utk tgk kereta dia, kemudian meneruskn perjalanan.

Kejadian berlaku dlm jam 12 tghari hari ni (Isnin 15/9/2014).

Minta tlg sebarkan no kereta ini kerana pemilik kereta ini belum menyerah diri di mana2 balai lagi..."

Menerusi laporan Sinar Harian pula, pemandu Almera terbabit cuba memotong dari arah belakang namun gagal lalu menghimpit kereta mereka menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bergesel.

"Suami saya hilang kawalan menyebabkan kereta kami melambung sebelum terhumban ke dalam gaung di tepi jalan dan terbalik beberapa kali.

"Saya trauma kerana terlalu terkejut dengan kejadian yang menimpa kami sehinggakan terpaksa dibantu suami untuk keluar dari kereta,” katanya yang baru sahaja melangsungkan majlis persandingan Ahad lalu.

Nazatul Shuhada berkata, dia menyesali sikap pemandu Almera terbabit kerana tidak memberhentikan kereta selepas kejadian itu sebaliknya bertindak meneruskan perjalanan.

"Selepas kereta kami terhumban ke dalam gaung, dia tidak datang membantu kami sebaliknya meneruskan perjalanan.

Kejadian tersebut menyebabkan suami Nazatul Shuhada terpaksa dibawa ke hospital berdekatan kerana kecederaan yang beliau alami.



#Mari kita sama-sama mencari pemandu ini. Semoga dia menerima pembalasan yang setimpal. Hatake juga memuatnaik printscreen pemilik kenderaan Nissan Almera DCH3168 yang merupakan seorang wanita berbangsa cina dan beralamat di Kelantan. 
sumber: kezoom

0 comments:

Post a Comment