Bayi Terperangkap Di Saluran Paip Berjaya Diselamatkan
Hasrat seorang pelajar sebuah universiti untuk menyembunyikan kelahiran bayi perempuannya tidak kesampaian apabila bayi tersebut yang dibuat dalam lubang tandas berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba.
Pelajar perempuan itu membuang bayinya ke dalam lubang itu selepas melahirkan anaknya, sebelum dia membersihkan diri dan kemudian kembali ke bilik asramanya dan meneruskan ulang kaji, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Bagaimanapun tangisan bayi yang tersekat di lubang tandas selebar tujuh inci itu berjaya mengejutkan pelajar-pelajar yang menggunakan tandas tersebut.
Pelajar terbabit kemudiannya menghubungi pihak berkuasa.
Bomba yang tiba di tempat kejadian kemudiannya berjaya memotong saluran paip itu dan suara tangisan bayi berkenaan membolehkan mereka mengagak kedudukan di mana dia tersangkut.
“Ia memang sukar untuk menarik bayi itu dari bahagian atas lubang tandas kerana dia sudah terjatuh ke dalam saluran paip di tingkat tiga dan empat bangunan berkenaan.
“Kami terpaksa memotong saluran paip di tingkat tiga untuk supaya bayi itu dapat ditolak naik ke tingkat empat dan disambut oleh anggota bomba yang berada di situ,’’ kata jurucakap bomba.
Pihak polis berjaya menemui ibu bayi malang itu dan dia merupakan pelajar yang menetap di bangunan di dalam kampus.
Dia dibawa segera ke hospital untuk rawatan dan kini pihak berkuasa sedang menanti untuk mengambil keterangan terhadapnya.
sumber – MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment