[x]

AC Mizal Tumpang Populariti Luna Maya


Penyanyi Datuk AC Mizal mengakui terpaksa menggunakan populariti aktres Indonesia, Luna Maya sebagai pasangan duet menerusi single lagu terbaharunya iaitu Paranoid kerana ingin menarik perhatian masyarakat seberang.

AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 42, berkata, sejak awal lagi dia bercita-cita untuk menembusi pasaran Indonesia dengan berduet bersama penyanyi negara itu dan membayangkan Luna sebagai artis pilihan.

"Tipu jika saya kata saya tidak menggunakan populariti Luna kerana mahu lagu ini tembus ke pasaran Indonesia.

"Dan apabila bekerjasama dengannya menerusi Maharaja Lawak Mega, saya sebagai pengacaranya ketika itu melihat dia mempunyai karakter yang tersendiri ketika menjadi juri.

“Kemudian, apabila saya memberi dia dengar lagu tersebut, dia terus berminat untuk bekerjasama kerana ia berkonsep muzik dance," katanya mepada mStar Online.
sumber: http://www.mstar.com.my/

0 comments:

Post a Comment