Sam (Bunkface) Sedia Kahwin Aida
Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam menjelaskan akan mengumumkan tarikh perkahwinannya dengan seorang penerbit rancangan bernama Aida Azira jika perkara tersebut sudah benar-benar pasti.
Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, berkata, dia memang ada perancangan untuk berumah tangga, namun masih mencari masa yang sesuai.
"Saya hanya merancang tapi Allah yang akan menentukannya. Apa yang saya boleh cakap kalau ada rezeki… adalah.
"Saya tidak mahu cakap apa-apa buat masa sekarang kerana takut kalau tidak jadi nanti orang akan bertanya. Seelok-eloknya biarlah kalau ianya benar-benar pasti baru saya akan beritahu kepada semua," ujarnya kepada mStar Online pada majlis pelancaran albumketiga Bunkface berjudul Malam Ini Kita Punya, di The Bee, Publika, di sini, Khamis.
Dalam pada itu, Sam minta peminat mendoakan sesuatu yang terbaik untuk perhubungan tersebut.
Sam
sumber: http://www.mstar.com.my/
0 comments:
Post a Comment