[x]

Jozan Bakal Dibubarkan Kerana Masalah Peribadi..?

Ramai peminat tertanya-tanya kenapa Zizan sertai kumpulan Virus bukan Jozan..

Ni Miss A nak cerita sikit kat korang.. Johan memang tidak akan menyertai Maharaja Lawak Mega 2014.. menurut Johan dia ingin rehat sebentar.. Yelar sebelum ni kan Johan mamasuki rancangan Super Spontan..

Johan berjaya menjuarai pertandingan Super Spontan 2014 dan membawa pulang hadiah RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry dan trofi..

Haa.. dah dapat hadiah macam tu patut la Johan nak berehat.. kalau Miss A pun nak rehat.., takut nanti masuk MLM 2014 pun Johan menang jugak.., habis gelap mata kumpulan lain..hehe

Tentang isu Zizan akan menyertai kumpulan Virus tu Johan tidak menghalang.. walaupun Zizan menyertai kumpulan Virus bukan manandakan Jozan telah dibubarkan, jika ada side income atau job lain mereka boleh sertai..

Betul jugak kata Johan, kalau Johan tidak sertai MLM 2014, takkan Zizan pun tak boleh nak sertai MLM 2014 kan?

Tapi korang jangan sedih-sedih sangat tau.., Miss A dengar walaupun Johan tidak menyertai MLM 2014 tapi kemungkinan besar dia akan sertai semula Maharaja LAwak Mega 2015.. 
sumber:-Miss A/UtaraNews.com

0 comments:

Post a Comment