[x]

Polis Cari Waris Budak Lelaki Ditemui Merayau Di Persiaran Gurney


Polis sedang mengesan ibu bapa kanak-kanak lelaki yang ditemui merayau-rayau sendirian di Persiaran Gurney di sini pada Khamis malam.

Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kanak-kanak lelaki itu memakai baju Melayu biru ketika ditemui berhampiran HotelGurney pada kira-kira pukul 11 malam.

"Sejak ditemui, budak itu hanya diam sahaja dan hingga kini kami tidak mendapat sebarang maklumat daripadanya.

"Tiada laporan polis dibuat mengenai kes kehilangan kanak-kanak lelaki sejak budak itu ditemui. Kami percaya umurnya antara satu atau dua tahun," katanya.

Beliau menambah, pemeriksaan kesihatan mendapati kanak-kanak lelaki itu sihat dan diaakan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

"Sesiapa yang mengenali kanak-kanak ini diminta hubungi Ibu Pejabat Polis Jalan Patani di nombor 04-2181822 atau balai polis berdekatan untuk membantu siasatan," katanya.
sumber: http://www.mstar.com.my/

0 comments:

Post a Comment