Nina Iskandar Sangkal Pertunangan Bermasalah
Pelakon berasal dari Brunei iaitu Nina Iskandar menyangkal dakwaan hubungannya dengan tunang iaitu Ahmed Haiqal, 30, bermasalah ekoran dia tidak lagi memuat naik gambar pemuda itu di laman Instagram miliknya.
Nina, 23, berkata, tindakannya itu bukan kerana hubungan mereka dilanda masalah tetapidia memilih untuk bersikap low profile selepas bertunang sejak Ogos lalu.
"Alhamdulillah hubungan kami berjalan seperti biasa cuma rasanya tidak manis jika terlalu kerap meletakkan gambar bersama dan kami lebih selesa bersikap low profile.
"Orang mungkin rasa pelik sebab sebelum ini saya banyak memuat naik gambar bersamanya dan apa yang boleh saya katakan ketika itu sedang 'seronok' dilamun cintasehingga tidak peduli pandangan sekeliling," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Nina dan Ahmed Haiqal masih belum menetapkan sebarang tarikh perkahwinan dan hanya akan berkahwin selepas mereka bersedia.
Jelas Nina lagi, buat masa ini mereka sibuk dengan tugas masing-masing dan akan mengumumkan kepada semua sekiranya sudah mempunyai tarikh perkahwinan.
"Kami belum merancang apa-apa dan Insya-Allah kami akanberitahu sekiranya sudah ada tarikh tetapi bukan dalam masa terdekat," ujarnya.
Tambah Nina, pada tahap ini dia dan Ahmed Haiqal banyak mengenali hati budi masing-masing dan tidak menafikan berhadapan dugaan sejak bertunang.
"Dugaan itu bukanlah yang besar tetapi lebih kepada proses kami untuk memahami diri masing-masing namun semuanya berjalan lancar," katanya.
sumber: http://www.mstar.com.my/
0 comments:
Post a Comment