[x]

Rita Rudaini Ada Bukti Aidil Zafuan Main Kayu Tiga Dengan Zarema

Ya masih tidak habis lagi kisah Rita Rudaini dan Aidil Zafuan ini. Selepas Aidil mengeluarkan bukti dirinya seorang ayah yang mithali baru-baru ini, kali ini Rita pula tampil memaklumkan yang dia mempunyai bukti Aidil bermain kayu tiga dengan Zarema sebelum mereka berdua berkahwin. Menurut Rita, sandiwara antara Aidil dan Zarema itu berlaku selepas 6 bulan bekas suaminya keluar rumah.

Tambah menarik, Rita turut memaklumkan yang dia menerima mesej ‘jangan gatal’ daripada telefon bekas suaminya itu. Hmmmm. Siapa pula yang menghantar mesej sebegitu kepada Rita? Agak pelik. Kata Rita Rudaini:-

Bayangkan kalau saya dapat mesej dari telefon bimbit suami berbunyi amaran Jangan Gatal, apa yang boleh saya katakan. Saya rasa dia macam tidak terima mesej yang dihantar kerana bila saya membalas mesej dia pula akan senyap.

Keesokannya dia akan mesej bertanyakan soalan yang sama seolah-olah saya tak menjawab soalannya sebelum itu. Saya kurang pasti jika ada orang yang memadamkan mesejnya termasuk menulis SMS berbunyi Jangan Gatal itu.

“Saya pun jadi takut nak balas mesejnya kerana bimbang pula dituduh nak mengacau rumah tangga orang. Bukti jelas di sini, selalunya dia akan balas membahasakan diri awak kepada saya. Tetapi mesej Jangan Gatal itu membahasakan diri dengan I.

Saya memang ada bukti mereka bersandiwara dengan saya selepas enam bulan dia keluar dari rumah. Tapi saya simpan saja bukti itu. Saya pernah tunjuk kepada dia dan dia sendiri tertunduk malu. Saya tak mahu cakap kosong.


Diharap Rita Rudaini tidak memaparkan bukti tersebut di Instagram sebaliknya menunjukkannya di mahkamah kelak. Kalau tunjuk kat Instagram tak habis-habis cerita. Biarlah mahkamah tentukan. Kalau saling berbalas-balas sampai ke kiamat takkan habis.
sumber:http://beautifulnara.com/

0 comments:

Post a Comment