[x]

Restoran Ehsan Nafi Guna Daging Babi

Beberapa hari yang yang lalu, tersebar dakwaan Restoran Al-Ehsan menggunakan daging babi sebagai hidangan di dalam Chicken Chop mereka.

Dakwaan yang dibuat oleh akaun Facebook bernama Syam Iz itu telah menjadi viral dan mendapat lebih dari 600 perkongsian. Selain itu, isu ini juga tersebar secara meluas di blog-blog dan juga Page
Facebook lain.

Hari ini, wakil Al-Ehsan telah menjawab pertuduhan tersebut serta telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan dan menuntut Syam Iz memadamkan status berkenaan dari Facebooknya.

Memetik dari jawapan Sulthan Alehsan dari Facebook , dia mengatakan Al-Ehsan menggunakan 'bacon beef' atau daging lembu dan membuat jaminan mereka menyediakan produk 100% halal.

"Kami adalah Muslim dan mengamalkan Agama Islam Syariah dalam kehidupan seharian kami. Memohon maaf untuk gangguan yang dialami. Harap disebarkan. Terima kasih."

Jelas isu ini timbul kerana salah faham dengan perkataan "bacon". Bacon mempunyai banyak maksud. Jika disebut di negara bukan Islam, perkataan bacon ini lebih menjurus kepada (hirisan)daging babi disebabkan penggunaan daging babi yang meluas di negara mereka. Tapi perkataan bacon juga boleh merujuk kepada beef bacon, atau hirisan daging lembu.
sumber:kezoom

0 comments:

Post a Comment