[x]

Gambar terbaru Ainul Aishah, pernah cetus kontroversi kerana gaun seksi

 Biarpun sering kecundang dalam percintaan, ia tidak sedikitpun melemahkan semangat pelakon yang kini juga bergelar penyanyi, Ainul AIshah.

Pernah dikaitkan bercinta dengan vokalis kumpulan Hujan, Ainul Aisahah yang mesra di sapa Ain ini juga mengakui pernah menjalinkan hubungan cinta bersama bekas gitaris band, Couple, Ojoe, namun malang baginya, apabila hubungan ini tidak seperti yang diharapkan dan terputus dipertengahan jalan.

Tidak mahu menoleh ke belakang, kini Ain semakin bahagia bersama kekasih barunya,Ben Daniel. Biarpun masih belum merancang untuk meneruskan hubungan itu ke ikatan yang lebih serius, Ain mengakui hubungan yang terjalin ini mendapat restu yang kuat daripada keluarganya.

"Alhamdulillah, keluarga saya tidak menghalang hubungan kami, lagipun Ben sudah banyak kali berjumpa ibu bapa saya, dan mereka merestui hubungan kami berdua.

"Kami masih belum berfikir untuk bertunang apatah lagi berkahwin, sebab masing-masing masih sibuk dengan kerjaya sendiri, dan kami juga sebenarnya dalam proses mengenali hati budi masing-masing, tapi kami bersyukur kerana keluarga sangat memahami keadaan kami sekarang.

"Saya suka Ben, sebab pada saya dia seorang yang sentiasa tenang, bijak dan adakalanya manja. Sebenarnya, saya sudah lama mengenali Ben, iaitu sekitar tahun 2009, tapi ketika itu kami tidak begitu rapat, selepas saya putus cinta bersama Ojoe, barulah saya mengenali Ben secara lebih serius," jelas Ainul Aishah ketika ditemui di majlis pelancaran cawangan francais, Tutti Fruitti milik keluarganya 
sumber- MANGGA ONLINE.





















0 comments:

Post a Comment