Fizz Fairuz Mohon Maaf Peluk Lisa & Miera
"Saya minta maaf awal-awal atas beberapa babak yang menjolok mata. Ini adalah dunia seni saya. Saya jalani filem ini dua tahun lalu, sewat itu saya belum kahwin... saya dapat peluk Lisa, dapat peluk Miera.
"Ada beberapa babak yang mungkin tidak menyenangkan penonton dan ingin saya tegaskan bahawa ia sekadar memenuhi kehendak skrip dan bukannya saya sengaja ingin mengambil kesempatan terhadap mereka.
"Kami semua profesional dan apa yang dilihat dalam filem itu nanti hanyalah sekadar tanggungjawab kami untuk menjayakan watak diberikan,"
Fizz ditemui media selepas majlis tayangan perdana filem berkenaan yang diadakan di Cathay E@Curve di sini pada Rabu lalu.
Ujar Fizz Fairuz, beliau tidak pernah menyimpan hasrat untuk mengambil kesempatan terhadap dua aktres iaitu Lisa Surihani dan Miera Leyana apabila terpaksa berpeluk dengan dmereka yang menjadi isterinya dalam filem terbaharu mereka berjudul Dendam Orang Mati.
Tambahnya lagi, adegan tersebut dilakukan atas dasar memenuhi kehendak skrip dan jalan cerita yang ingin disampaikan pengarahnya, Jason Chong dan ia tidak lebih daripada itu.
"Tapi selepas saya menonton filem ini, saya boleh katakan yang saya sangat berpuas hati. Banyak ilmu yang saya dapat belajar sepanjang penggambaran filem ni. Lisa juga sangat baik dan memberikan lakonannya sekaligu membantu untuk saya mengeluarkan watak saya. Walaupun kami terpaksa jalani penggambaran berjam-jam lamanya, ada yang sampai 28 jam, tapi ia berbaloi. Masa tayangan tadi, ada babak yang saya sendiri pun tutup mata", katanya lagi.

sumber:kezoom
0 comments:
Post a Comment