Sebagai Wanita, Saya Tahu Apa Yang Saya Buat – Intan Ladyana
Jika anda membaca luahan hati Kamal Adli yang kongsikan minggu lalu, pasti sedikit sebanyak anda akan menyalahkan Intan Ladyana atas perpisahan yang terjadi di antara mereka berdua. Mana taknya, Kamal Adli sanggup melutut di hadapan Intan Ladyana untuk menagih cintanya kembali tetapi kesemua itu tidak dilayan. Namun tak adillah untuk kita mendengar penerangan daripada sebelah pihak sahaja. Intan Ladyana pun pasti ada sebabnya tersendiri untuk berbuat demikian.
Menurut Intan Ladyana, keputusan untuk berpisah bukan diambil oleh dirinya sendiri sebaliknya adalah hasil perbincangan mereka berdua. Kata Intan:-
Saya anggap apa sahaja kenyataan yang keluar daripada mulut Kamal sebagai haknya. Saya tak ada apa nak komen atau nak balas apa-apa pun tentang kenyataan dia. Mungkin ada sebab dia berkata begitu. Sebagai wanita saya tahu apa yang saya buat.
Keputusan untuk berpisah ini bukan datangnnya daripada saya sendirian sebaliknya sudah dibincangkan ketika Ramadhan lalu. Dia tahu apa yang berlaku antara kami. Sudah tentu ada sebabnya berlaku perpisahan ini dan masing-masing faham dan cukup dewasa untuk menghadapinya. Saya tak akan balas apa-apa pun kenyataan dia walaupun ada beberapa kenyataan yang kurang tepat dikeluarkan.
Diminta memberi penjelasan mengapa bersikap dingin ketika Kamal Adli melutut di hadapannya, Intan Ladyana berkata:-
Waktu itu majlis anugerah dan pastinya semua orang ada tugas masing-masing. Saya memang agak sibuk memandangkan terlibat untuk menyampaikan anugerah. Lagipun waktu begitu tak sesuai untuk bercakap hal peribadi terutama tentang hati dan perasaan. Suasana kelam kabut sedikit. Lagipun kami hanya berkawan dan sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi.
Nasihat kepada Kamal Adli, silalah ‘move on’. Nampak sangat Intan Ladyana dah tak nak kat anda. Memang perit untuk menerima hakikat ini, tetapi sebagai seorang manusia, kita harus akur dengan suratan takdir. Lagi cepat ‘move on’, lagi cepat boleh cari kekasih baru. Kali ini jangan tunggu sampai 6 tahun pulak untuk masuk meminang. Sila cepat-cepat ajak kekasih baru anda nanti kahwin.

sumber:http://beautifulnara.com/
0 comments:
Post a Comment