[x]

Hilang Sabar Bila Anak Di Belasah Lagi

 Sepasang suami isteri akhirnya hilang sabar setelah beberapa kali anak mereka dipukul pelajar lain di sebuah sekolah Kuala Rompin, Jumaat lepas. Ibubapa pelajar tersebut bertindak membuat laporan polis kerana merasakan pelajar-pelajar yang terlibat itu sudah melampau.

Azlan Abd Kadir, 37, berkata, anak lelaki sulungnya itu sudah beberapa kali dipukul sebelum ini dan pernah mengalami kecederaan yang agak serius namun diselesaikan di peringkat sekolah sahaja.

“Kejadian sekumpulan pelajar yang memukul anak saya kali ini adalah kali kedua yang serius hingga menjadikan saya hilang sabar dan terpaksa membuat laporan polis kerana mereka sudah melampau.

“Anak saya ditumbuk di bahagian kepala hingga jatuh dan tangannya luka. Ada yang membaling kerusi namun dia sempat mengelak, jika tidak tentu dia akan mengalami kecederaan teruk,” katanya.

Menurut Azlan, ini bukan kali pertama dan kejadian mereka memukul anaknya sebelum ini sudah pernah diselesaikan di peringkat sekolah tetapi tidak sangka ia akan berulang semula.

“Sebelum ini anak saya cedera di mulut dan mata tetapi kami tidak buat laporan polis, cuma selesai di peringkat sekolah melalui perjumpaan dengan pelajar-pelajar berkenaan yang diatur pihak sekolah serta berakhir dengan perdamaian.

“Tidak sangka rupanya masih ada sekumpulan pelajar berkenaan yang mahu memukul anak saya hingga mendatangkan kecederaan lagi. ketika perjumpaan dengan mereka sebelum ini saya ada bertanya, kenapa pukul anak saya dan mereka menjawab dengan bersahaja iaitu sengaja pukul kerana mereka lihat anak saya seperti berlagak,” katanya yang menyifatkan jawapan yang diberikan itu sebagai tidak menghormati orang yang lebih tua,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap pelajar yang bersalah akan dikenakan tindakan agar keselamatan anaknya lebih terjamin apabila berada di sekolah atau ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya mengesahkan laporan berkaitan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 kanun Keseksaan.

“Pelajar yang dipukul mengalami kecederaan luka di tangan kanan kerana terkena bucu meja semasa jatuh akibat ditolak.

“Pada malam selepas kedua ibu bapa pelajar itu membuat laporan polis, seramai empat pelajar telah ditahan untuk membantu siasatan. Punca pergaduhan pula dipercayai disebabkan pengadu mengejek nama bapa kepada salah seorang suspek,” katanya. 
sumber:kezoom

0 comments:

Post a Comment