[x]

Kelahiran Anak Rozita Che Wan Dapat Tajaan Sepenuhnya

Alhamdulillah. Memang betullah orang kata bahawa anak itu pembawa rezeki. Belum pun dilahirkan, anak sulung Che Ta dan Zain telah pun memberikan rezeki yang tak terhingga kepada pasangan suami isteri ini. Mana tidaknya, Hospital Ampang Puteri telah bersetuju untuk menaja sepenuhnya proses kelahiran anak dalam kandungan Che Ta. Tajaan tersebut termasuk urusan di bilik bersalin, diberikan bilik penginapan serta rawatan dan layanan kelas A secara percuma.


Tak sabar rasanya nak menunggu kelahiran anak sulung hasil perkongsian hidup Che Ta dan Zain Saidin. Mesti comel dan kacak seperti ibu dan ayahnya. Rasanya Che Ta dijangka akan melahirkan anaknya dalam masa terdekat ini. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar dan bayi yang dilahirkan sihat serta sempurna. Amin.
sumber:http://beautifulnara.com/

0 comments:

Post a Comment