[x]

Gambar Miera Liyana Hanya Berbikini

Sudah lama kita tidak mendengar khabar berita pelakon dan pengacara Miera Liyana mengenai perkembangan terkini. Terbaru dia ditemui semasa tayangan filem Dendam Orang Mati yang mana ianya dikatakan agak daring kerana dalam babak tertentudia mengenakan bikini sahaja.

Walaubagaimanapun dia yang kini telah berusia 21 tahun menganggapnya sebagai satu cabaran dan pengalaman untuk karier lakonannya itu. Baginya sewaktu filem itu dalam penggambaran dia hanya berumur 19 tahun dan masih mentah dalam dunia lakonan.

“Saya buat hanyalah untuk memenuhi karakter dan menunjukkan kemesraan sahaja. Saya ada juga bercakap dengan pengarah mengenai babak tersebut tetapi dia mengatakan akan adanya proses editing dan kamera trick dilakukan di situ. Saya rasa ini yang pertama dan terakhir babak daring yang saya lakonkan itu,” katanya.

Tambahnya lagi, sekiranya ada tawaran untuk dia melakukan aksi daring sebegitu dia sekali lagi menegaskan akan menolaknya dan hanya akan memilih skrip yang bersesuaian dengan apa yang dikehendakinya.

“Saya akan pilih lagi skrip dan takkan main ambil seperti bidan terjun di mana semua projek ambil. Bagi saya nak kata saya berani buat aksi macam itu tidak juga, malah ada yang lebih ekstrim daripada saya. Itu hanyalah pengalaman untuk saya lebih pandai memilih,” tegasnya.

Sebelum memulakan aksi yang bakal mencetuskan kontroversi itu, Miera sendiri telah hubungi dan memberitahu ibunya yang juga merangkap sebagai pengurusnya untuk menjalankan aksi tersebut. Ternyata ibunya memahami dengan apa tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh anaknya itu selagi tidak mengaibkan dirinya sebagai seorang gadis.

“Sebelum itu, ada saya menghubungi dan memberitahu mama yang juga merupakan pengurus saya untuk memulakan babak ini. Apa-apa dia yang akan tahu dulu dan dia akan pastikan bahawa di set penggambaran ada yang menjaga saya dan begitu juga dengan babak yang akan dilakonkan saya itu agar tidak keterlaluan,” ujarnya.

Dia juga tidak menganggap dieksploitasi kerana beranggapan apa yang dilakukannya itu adalah sebagai satu cabaran baginya. Berlakon di samping Fizz Fairuz sendiri yang sudah dianggapnya sebagai abang tidak ada sekelumit perasaan malah mengagumi aktor tersebut di samping aktres jelitawan Lisa Surihani yang turut tampil bersama dalam filem.

“Tak boleh tutup mulut semua orang, saya masih baru ketika itu. Saya anggapnya sebagai satu cabaran. Saya bukan jenis orang yang cakap tak nak, sebab masih tidak mencubanya lagi & saya buat dan ada pengalaman itu semuanya.”

“Saya dan Fizz sudah macam adik-beradik. Kalau tengok saya pakai bikini dalam babak itu, dia dah macam tak kisah dan anggap saya sebagai adiknya. Saya tak ada rasa kesal, kerana itu semua pengalaman untuk saya pilih skrip dan saya tak rasa itu satu kesilapan.”

Buat para peminat yang ingin menyaksikan watak berani yang dilakonkan Miera Liyana boleh anda memenuhi pawagam yang berhampiran menerusi filem Dendam Orang Mati bermula pada 23 Oktober ini 
sumber:- PORTAL ROTIKAYA.

0 comments:

Post a Comment