Letak Kepercayaan, Zain Saidin Tak Halang Anak Ke Kelab Malam
Zain Saidin menjelaskan gosip yang mengatakan anak tirinya, Ammar dilihat berpeleseran di kelab malam bersama kereta mewah yang dihadiahkan oleh Che Ta bukan satu masalah baginya kerana berpendapat bahawa anak tirinya itu dalam proses membesar dan bersifat ingin mengetahui.
Zain turut memperjelaskan bahawa sifat remaja yang ingin mengetahui dan berasa curiga atas apa yang dilakukan oleh orang dewasa menyebabkan anak tirinya itu terpengaruh dan terpanggil untuk mencubanya. Zain mahupun Che‘ Ta sendiri tidak menghalang apa yang hendak dilakukannya kerana mereka cukup mengenali karakter anak-anak dan menaruh sepenuh kepercayaan.
"Kalau halang macam mana pun, kalau dia nak dia akan buat dan lagi kita halang lagi dia buat. Ini cara dia membesar rasa curiga yang ingin mengetahui. Sekiranya tidak melanggar undang-undang, agama rasanya tidak ada masalah. Ibu saya dahulu pun cukup terbuka dan benda-benda sebegini ketika saya darjah 3, ibu sudah ceritakan. Katanya lebih baik dia ceritakan daripada saya ketahuinya daripada orang lain," katanya.
"Saya dahulu pernah melalui zaman remaja. Kita sendiri yang memilih untuk ke sana. Sebenarnya banyak pengalaman yang dapat dipelajari daripada kesilapan yang lepas. Bagi saya tak perlu ada kereta mewah untuk ke kelab. Kereta Satria pun boleh,“ ujarnya sambil berseloroh.
Tambahnya lagi, kereta pertama yang dimilikinya adalah proton Satria yang dihadiahkan bapanya. Zain turut memberitahu bahawa Ammar layak untuk mendapat hadiah yang begitu berharga kerana usahanya yang cemerlang dalam peperiksaan tidak lama dahulu.
Anak-anak tirinya turut dijadikan sebagai kawan baik dan Zain turut menceritakan bahawa mereka kadang-kalanya berkongsi dan bercerita antara satu sama lain.
“Mereka lebih selesa untuk bercakap dengan saya dan bertanya soalan seperti bagaimana mahu berkawan dengan seorang wanita & ada juga meminta pendapat yang lain. Saya akan ajar benda yang baik. Dia tanya saya akan jawab dengan betul tanpa menyorokkan sesuatu daripada mereka. Kawan-kawan mereka saya dan Che Ta pun kenal,“ katanya.

sumber: kezoom
0 comments:
Post a Comment