Kerana Gelaran Datin Paduka, Produksi Takut Ambil Eina Azman Berlakon
Susah juga bila berkahwin dengan orang yang ada pangkat ini rupanya. Pasti Eina tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku. Selepas bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos lalu, secara automatik Eina Azman juga turut mendapat gelaran Datin Paduka. Sayangnya kerana gelaran ‘Datin Paduka’ ini, ada sesetengah produksi yang takut untuk mengambil Eina Azman berlakon kerana gelaran tersebut.
Eina Azman melahirkan rasa sedihnya kerana peluangnya untuk berlakon seolah-olah tertutup sejak memegang gelaran Datin Paduka. Bagi Eina, dirinya tetap orang yang sama sebelum berkahwin. Kata Eina menerusi Sinar Harian:-
Saya pelik dengan situasi ini kerana saya masih lagi orang yang sama. Saya masih lagi seperti dulu dan tiada apa-apa yang berubah
Hmmmm. Mungkin Eina Azman kena tegaskan beberapa kali kepada pihak produksi mengenai gelaran tersebut yang tidak mengubah apa-apa buat dirinya. Ia hanya sekadar gelaran sahaja. Susah jugak kalau tak ada peluang berlakon nanti. Tak apalah Eina. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Dengan ketiadaan tawaran berlakon, mungkin Eina dapat tumpukan perhatian sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

sumber: http://beautifulnara.com/
0 comments:
Post a Comment