Bapa Tiri Maut Di Langgar, Tetap Peluk Anak
Seorang lelaki yang sudah tidak bernyawa masih tetap memeluk anak tirinya yang turut cedera parah selepas dirempuh sebuah kenderaan di kilometer 7 Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi, kira-kira pukul 5.50 pagi Ahad.
Tukang masak kantin, Ellyas Salleh, 33, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak tirinya, Julia Alfiana Nasyirah Adi Kasumi, 4, menghembuskan nafas terakhir beberapa jam kemudian.
Ibu Ellyas, Zuraina Hashim, 50 berkata, kedua-dua mangsa bersama dengan menantunya, Wati Damam, 29, sedang melintas jalan untuk menahan teksi.
"Wati melintas jalan terlebih dahulu dan hanya beberapa langkah dihadapan apabila sebuah kereta merempuh Ellyas dan Julia.
"Apabila Wati menoleh ke belakang untuk mencari mereka, dia terlihat suaminya yang terbujur di atas jalan raya memeluk erat Julia," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Aminah di sini.
Seorang jiran mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Ridzuan, 44, berkata Ellyas merupakan bapa penyayang kepada tiga orang anak tirinya.
"Dia sentiasa tersenyum dan akan bermain dengan mereka terutamanya Julia, anak bongsu diantara tiga beradik itu," katanya.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata mangsa sedang melintas jalan dari arah Kampung Datuk Sulaiman menghala ke Giant Extra Taman Suria sebelum dilanggar sebuah kereta.
Pemandu kereta terbabit yang berusia 39 tahun mengalami luka ditangan.

sumber:kezoom
0 comments:
Post a Comment